Sejauh Mana Guru Menginspirasikan Saya


Tak dapat nak dinafikan lagi bahawa guru sangat memainkan peranan penting dalam melahirkan murid yang berinspirasi. Banyak saja contoh-contoh daripada pemimpin hebat yang sebenarnya juga datang daripada gurunya yang hebat juga.

 Siapa kah guru inspirasi anda?

Dalam artikel sebelum ini saya pernah kongsikan  pengalaman saya dengan guru Bahasa Melayu saya semasa di sekolah rendah dahulu, iaitu Cikgu Zairi. Kisah saya menjadi "posmen karat" juga menjadi kenangan indah saya, yang saya akan ingat sampai bila-bila.


Untuk kali ini pula saya nak kongsikan kisah saya dengan beberapa orang guru yang banyak mempunyai cerita dan pengalaman yang banyak memberi kesan kepada saya. Antaranya Cikgu Siti Hatifah, Cikgu Yazid dan Ustad Mad.



Ustad Mad


Saya tak ingat pulak nama penuh Ustad Mad. Tapi beliau sangat dihormati sebagai seorang warden. Dia punya tahap garang, sampai dengar enjin motor dia pun semua pelajar asrama dah bergerak bingkas ke surau. Hahahahha.. especially masa kejut bangun Subuh. Legend sungguh!



Cikgu Yazid
Cikgu Yazid merupakan cikgu Kimia saya. Pada saya beliau, terlihat guru yang bijak, dan juga sangat aktif dengan benda-benda yang berkaitan dengan olahraga. Walaupun beliau seorang yang serius, tetapi lawak beliau cukup mengesankan dan penuh dengan jenaka.

"Saya ingatkan itik saja yang tidur berdiri, rupanya orang pun pandai tidur berdiri!"

Gurau beliau setiap kali kami tidur dalam kelas. Itu juga yang jadi bahan jenaka kami bila ada rakan yang tidur. 

Kerana subjek Kimia nih memang tak faham dan membosankan, (sebab tak boleh nak bayang), maka ada lah beberapa kali saya pernah ponteng kelas Kimia. Hahahaha.. nih benda jahat ok, adik-adik jangan tiru!

Tapi sepandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah. Pengalaman ngeri gila bila kena cekup dengan Cikgu Yazid sebab ponteng kelas sebab beliau sendiri yang cekup saya. Huhuhu.. dia punya rasa menyesal dan bersalah tu memang sampai hari ini pun saya terasa.

Nak lagi best, mungkin sebab ponteng kelas Kimia dulu, rasa macam kena sumpahan pulak bila sekarang nih saya pulak kena jadi Cikgu Kimia. Hahahahahhaa... amekkau!



Cikgu Siti Hatifah
Cikgu Siti nih adalah cikgu Bahasa Melayu. Memang sangat hebat kalau dia ajar BM. Confirm dapat A. Seorang guru yang sangat rajin, penyayang dan juga tegas yang bertempat.


Selepas tamat sekolah, memang tak pernah bertemu beliau, sehingga lah kami terserempak  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, masa nak balik ke kampung dari Sarawak lebih kurang tahun 2013 macam tu. Masa tu beliau dah jadi Nazir di Perlis.


Kenangan dengan Cikgu Siti Hatifah, guru Bahasa Melayu saya
Dan tak sangka, lagi sekali kami bertemu semasa menghadiri Bengkel Sindikasi Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara yang dikendalikan oleh Prof Datuk Dr Ibrahim Bajunid. Saya berada di meja guru anugerah antarabangsa dan Cikgu Siti di meja pegawai JPN. 

Rasa bangga sangat bila Cikgu Siti bersemangat nak memperkenalkan saya sebagai anak murid beliau dengan rakan-rakan beliau semasa mesyuarat tersebut. 


Demikianlah kisah ringkas bagaimana 3 orang guru telah menginspirasikan saya untuk menjadi seadanya saya pada hari ini. Bukan 3 orang ini sahaja, tetapi semua guru-guru saya telah berjaya mencorakkan saya dengan sebaiknya. Jasa dan pengorbanan guru-guru tak ternilai dengan wang ringgit dan harta. 



Special shoutout juga buat semua guru dan pendidik saya di:SK Dato Ahmad Musa, PerlisSMK Agama Arau, Perlis Universiti Sains Malaysia, Pulau PinangIPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang



Yang hanya saya mampu ucapkan hanyalah, ucapan jutaan terima kasih buat guru-guru yang telah berjaya mendidik saya dengan sempurna. 


Pengumuman Penganugerahan Guru Inspirasi akan diadakan pada 13 Mei 201
Bagi yang menyertai Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019, boleh lah mula mengikuti perkembangan guru-guru yang dinobatkan sebagai guru inspirasi pada tahun ini. Dijangkakan pengumuman Penganugerahan Guru Inspirasi akan diadakan pada 13 Mei 2019,  3 hari sebelum Hari Guru disambut. 


Semoga kita sama-sama terus menginspirasikan!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikguhailmi.com/2019/04/sejauh-mana-guru-menginspirasikan-saya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pgb Perlu Nilai Semula Agihan Tugas Guru Di Sekolah Dr Amin Senin

Pgb Perlu Nilai Semula Agihan Tugas Guru Di Sekolah Dr Amin Senin

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 366 hits
Dr Amin Senin KPP Kementerian Pendidikan MalaysiaPUTRAJAYA Kementerian Pendidikan menasihatkan seramai 10 500 pengetua dan guru besar di negara ini menilai semula agihan tugas yang diberikan kepada guru agar tidak membebankan dan mengganggu...
Johor Fm Bicara Hari Guru 2019

Johor Fm Bicara Hari Guru 2019

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 858 hits
Johor FM Bicara Hari Guru 2019 Ni program besar yang diamanahkan pada kami selain daripada publisiti Memang all out Pelbagai rintangan dilalui Banyak pengalaman dan dugaan baharu Alhamdulillah Berjaya diselesaikan dengan sebaiknya Terima ka...
Pibg Buat Kejutan Hari Guru Cuci Kereta Cikgu

Pibg Buat Kejutan Hari Guru Cuci Kereta Cikgu

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 386 hits
KOTA BHARU Sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaan Jelor di sini hari ini tampil kelainan apabila ibu bapa hadir membuat kejutan untuk membasuh kereta guru Kehadiran 15 ibu bapa seawal jam 8 pagi tadi dengan masing masing membawa baldi cec...
Hadiah Untuk Hari Guru Cikgu Tadika Dan Cikgu Mengaji

Hadiah Untuk Hari Guru Cikgu Tadika Dan Cikgu Mengaji

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 960 hits
HADIAH UNTUK HARI GURU CIKGU TADIKA DAN CIKGU MENGAJI Walaupun hari guru jatuh pada bulan Mei Rata rata banyak sekolah yang dah Sambut Hari Guru awal yakni sambut Hari Guru pada bulan ni Mungkin kerana bulan depan kita dah Sambut bulan Rama...
Ditegur Karena Main Ponsel Murid Di Pontianak Hantam Ibu Guru Dengan Kursi

Ditegur Karena Main Ponsel Murid Di Pontianak Hantam Ibu Guru Dengan Kursi

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 379 hits
Seorang guru Sekolah Menengah Pertama Darrusalam Kecamatan Pontianak Timur Nuzul Kurniawati menjadi korban penganiayaan yang dilakukan oleh muridnya sendiri berinisial NF Rabu sekitar pukul 10 00 WIB Peristiwa tersebut terjadi ketika proses...
Unggul 62 Prabowo Tak Lupa Terima Kasih Pada Perawat Bidan Guru Honorer

Unggul 62 Prabowo Tak Lupa Terima Kasih Pada Perawat Bidan Guru Honorer

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 239 hits
Senyumperawat com Hasil hitung cepat di televisi sudah diumumkan untuk hasil penghitungan Pilpres 2019 Menurut hasil tersebut Paslon 01 lebih unggul daripada 02 Namun internal Paslon 02 mengklaim meraih kemenangan 62 berdasarkan hasil real ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa