Sejarah Tifoid Atau Demam Kepialu


Jarang kita dengar orang di sekeliling kita menghidap penyakit demam kepialu atau tifoid. Mungkin ada antara anda yang pertama kali mendengar nama penyakit TIFOID ini?
Apakah Itu Demam Kepialu? Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.
Di Malaysia, sejumlah 785 kes- kes demam kepialu telah dilapurkan pada tahun 2003 ( Kadar insiden 3.13 /100,000 penduduk)
Sejarah Tifoid/Demam Kepialu? Ia bermula dengan nama seorang wanita Mary Mallon. Beliau berasal dari Ireland kemudian berhijrah ke AS untuk mencari rezeki. Umurnya 14 tahun ketika itu.
Kerja yang dilakukan adalah menjadi tukang masak untuk keluarga orang kaya. Air tangan Mary sebenarnya mampu menyediakan hidangan yang cukup menyelerakan. Malangnya, ia membawa sejenis kuman pembawa maut – bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
Mary pada mulanya menjadi tukang masak di rumah orang kaya di Mamaroneck, New York pada tahun 1900 sebelum berpindah ke Manhattan.
Kedua-dua keluarga majikannya itu mendapat demam dan cirit-birit, sebahagian gejala tifoid atau demam kepialu, manakala seorang tukang cuci meninggal dunia.
Mary kemudiannya bekerja pula dengan seorang peguam dan berhenti selepas tujuh hingga lapan orang ahli keluarga tuannya itu mengalami peristiwa sama.
Persinggahan seterusnya adalah di Long Island di mana dalam masa dua minggu, empat hingga 10 keluarga majikannya dimasukkan ke hospital.
Mary terus bertukar-tukar majikan yang menyaksikan tiga buah keluarga lagi telah dijangkitinya.
Sehinggalah pada tahun 1906 apabila satu wabak ganjil di New York menarik perhatian Dr. George Soper.
Tifoid lazimnya menyerang golongan miskin dan persekitaran kotor. Peliknya, wabak tersebut terjadi di kalangan individu berharta. Siri penyiasatan Dr. Soper akhirnya menuding kepada seorang tukang masak yang berusia 40-an dan belum berkahwin iaitu Mary.
Dia berjaya dijejaki di sebuah penthouse di Park Avenue di mana penyakit itu sedang aktif. Dua pembantu rumah terlantar di wad selain turut mengorbankan anak perempuan pemilik kediaman itu.
Sambil bermati-matian menafikan pernah menghidap tifoid, Mary telah memaki Dr. Soper apabila diminta contoh najisnya.
Dia turut mengugut doktor berkenaan menggunakan pisau pemotong daging, memaksa pihak polis dan pegawai kesihatan New York campur tangan membawa kepada penangkapan Mary.
Kerana tidak memahami bagaimana orang sihat sepertinya boleh merebakkan penyakit, Mary cuba melawan balik dan meronta-ronta agar dilepaskan.
Semasa disoal siasat, Mary mengakui dia jarang membasuh tangannya ketika memasak kerana tidak nampak apa keperluannya.
Kultur air kencing dan najisnya yang diambil dengan bantuan matron penjara mengesahkan pundi hempedu Mary dipenuhi dengan S. thypi.
Mary enggan menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedunya itu mahupun berhenti kerja sebagai tukang masak dan tetap berdegil.
” Saya tidak membawa sebarang penyakit !” tegasnya.
Pihak berwajib terpaksa mengisytiharkan Mary sebagai musuh kesihatan awam nombor satu lalu mengasingkannya di dalam sebuah kotej di Bronx, tanpa dibicarakan.
Dia bersumpah menjadi mangsa konspirasi kerajaannya.

Bagaimanapun, dia dibenarkan bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Riverside.
Pada tahun 1910, Mary dibebaskan dengan jaminan untuk kekal dengan tugasan barunya itu.
Kerana pendapatan yang tidak mencukupi, Mary yang menukar nama keluarganya kepada Brown akhirnya berpaling tadah dan untuk tempoh lima tahun berikutnya, dia terus menularkan penyakit dan menyebabkan kematian dari dapur-dapur tempat dia bekerja.
Semasa suasana kecoh berikutan tercetusnya wabak tifoid serius di kalangan kakitangan Hospital Wanita Sloan yang meragut dua nyawa dengan 25 orang disahkan menghidapinya, Mary menghilangkan diri dari dapur tempat kerjanya.
Tidak lama kemudian, dia berjaya diberkas di Long Island tetapi enggan bekerjasama dengan pegawai kesihatan untuk mengumpul sejarah perubatannya bagi tujuan penyelidikan.
Kedegilannya itu telah menyebabkan Mary dikuarantin seumur hidup di sebuah pulau. Popularitinya ketika itu mengalahkan celebrity.
Mary meninggal dunia pada tahun 1938 akibat radang paru-paru. Bedah siasat mendapati pundi hempedunya masih lagi aktif menghasilkan S. typhi sebelum disemadikan!
Mary Mallon aka Typhoid Mary dikenal pasti sebagai pembawa tifoid pertama yang sihat, tanpa menunjukkan apa-apa tanda penyakit itu.
Bagaimanapun, pakar-pakar percaya, Mallon mungkin pernah beberapa kali mendapat jangkitan yang tidak berbahaya tanpa disedarinya, tetapi setiap kali itu jugalah dia sembuh.
Bakteria itu kekal berada di dalam tubuh badannya dan kerjanya sebagai tukang masak memudahkan perpindahannya kepada orang lain yang memakan masakannya.
Jadi,
Jangan pandang remeh pada suntikan Tifoid untuk semua pengendali makanan ya.
Demam Kepialu ini bukan benda kecik,
Ia boleh membawa maut !


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsempoi.com/sejarah-tifoid-atau-demam-kepialu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambung Bayar Superbike Risiko Atau Tidak Ini Jawapan Nya

Sambung Bayar Superbike Risiko Atau Tidak Ini Jawapan Nya

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 309 hits
Perhatian kepada semua pemilik superbike Sila fahami dan hadam apa yang admin ingin sampaikan Gejala trend Superbike Sambung Bayar sekarang semakin menjadi jadi dan mendapat permintaan yang tinggi kerana berlambaknya superbike yang murah se...
Tips Memasangkan Ring Atau Cincin Pada Kaki Lovebird

Tips Memasangkan Ring Atau Cincin Pada Kaki Lovebird

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 261 hits
Pemberian ring pada lovebird berguna untuk memberikan identitas sang pemilik atau breeder jadi saat lomba penonton atau juri akan tahu bahwa burung tersebut adalah milik Anda Banyak orang yang menggunakan ring ini sebagai indentitas sang pe...
Cara Mengatasi Diare Atau Mencret Pada Lovebird

Cara Mengatasi Diare Atau Mencret Pada Lovebird

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 481 hits
Diare atau mencret pada lovebird memang bukanlah penyakit yang serius hanya saja jika penyakit ini dibiarkan dan menjadi parah maka hal buruk bisa saja menimpa burung ini Untuk itu tindakan pencegahan sangatlah penting untuk Anda lakukan ti...
Aneka Jenis Gaya Rambut Yang Aneh Atau Lucu Neh

Aneka Jenis Gaya Rambut Yang Aneh Atau Lucu Neh

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 694 hits
Ada ada saja kreatifitas setiap manusia dalam meng explore gaya rambut mereka masing masing di era global saat ini mau tau lebih jelasnya seperti apa langsung meluncur nah ini neh contohnya
Benarkah Ini Alien Atau Ianya Ciptaan Manusia

Benarkah Ini Alien Atau Ianya Ciptaan Manusia

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 306 hits
Mayat mumia yang kelihatan seperti Alien 6 inci telah bertukar Sirius ke dalam dokumentari yang paling ditunggu tunggu di kalangan peminat UFO Penemuan ini bagaimanapun mungkin mengecewakan Dalam publisiti awal pembikin filem dokumentari me...
Pernah Mengalami 7 Hal Ini Dalam Percintaan Nggak Perlu Merasa Cupu Atau Malu

Pernah Mengalami 7 Hal Ini Dalam Percintaan Nggak Perlu Merasa Cupu Atau Malu

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 234 hits
Pernah mengalami 7 hal ini dalam percintaan Nggak perlu merasa cupu atau malu Nggak pernah ditembak nggak pernah pacaran kelewat sering di PHP susah buat move on atau diputusin melulu itu bukan berarti kamu payah
Gopal Sri Ram Pendakwaraya Khas Atau Persuruh Khas Mahathir

Gopal Sri Ram Pendakwaraya Khas Atau Persuruh Khas Mahathir

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 300 hits
oleh Ab Jalil Backer 1 Peguam Negara Thommy Thomas telah melantik bekas Hakim Gopal Sri Ram sebagai pendakwaraya khas kes berkaitan 1MDB 2 Apa yang terjadi sehingga hari ini ialah Gopal Sri Ram hanya mendakwa Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak...
Pembangunan Lanjut Atau Berhenti Saat Tersandung Kasus Suap Ini Kata Meikarta

Pembangunan Lanjut Atau Berhenti Saat Tersandung Kasus Suap Ini Kata Meikarta

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 273 hits
PT Mahkota Sentosa Utama selaku pengelola proyek Meikarta memastikan keberlanjutan proyek meski tengah terbelit kasus suap di Komisi Pemberantasan Korupsi Hal ini diungkapkan kuasa hukum PT MSU Denny Indrayana PT MSU akan bertanggung jawab ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba