Menteri Undang Undang Loyar Burok Lebih Rela Isteri Pemimpin Pas Terus Jadi Alat Taruhan Politik




Di Dewan Rakyat semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal undang-undang, Takiyuddin Hassan menggesa undang-undang anti lompat parti dikuatkuasakan di Pulau Pinang terlebih dahulu jika pembangkang benar-benar mahu perkara yang sama dilaksanakan di peringkat persekutuan.Katanya, berikutan ada beberapa Adun di Pulau Pinang telah melompat parti dan undang-undang anti lompat juga sudah diluluskan di negeri itu, kerajaan Pulau Pinang harus memaksa mereka mengosongkan kerusi masing-masing.“Saya mencadangkan agar Pulau Pinang memecat para Adun tersebut dan membawa perkara ini ke mahkamah,” katanya ketika sesi penggulungan titah Yang Dipertuan Agong.Walaupun berkelulusan undang-undang dan merupakan seorang lawyer, dengan berhujah demikian, Takiyuddin sebenarnya lebih sesuai digelar loyar buruk saja.Sebagai orang yang berpengetahuan dalam hal undang-undang, beliau seharusnya sedar bahawa undang-undang di peringkat negeri tidak boleh mengatasi undang-undang di persekutuan.Dalam hal ini, meskipun Pulau Pinang telah meluluskan akta anti lompat parti, undang-undang itu sukar berfungsi selagi undang-undang yang sama tidak dilaksanakan di peringkat pusat.Jika dilaksanakan pun, Adun-Adun katak itu pasti akan membawanya ke mahkamah dan potensi untuk mereka menang adalah cerah.Sebab utama Adun-Adun Pulau Pinang berani melompat parti adalah kerana mereka menyedari hakikat tersebut.Cuba jika undang-undang anti lompat turut berkuatkuasa di pusat, beranikah mereka melompat?Oleh yang demikian, tindakan kerajaan Pulau Pinang tidak menguatkuasakannya adalah suatu keputusan yang tepat.Tetapi, dengan meluluskan akta itu, ia dengan jelas menunjukkan kerajaan Pulau Pinang mempunyai iltizam yang tinggi untuk membendung amalan tidak bermoral wakil-wakil rakyat melompat parti.Seharusnya, kerajaan pusat ada perasaan malu dalam hal ini dengan tidak berlengah lagi memperkenalkan undang-undang anti lompat parti di seluruh negara setelah kerajaan Pulau Pinang meluluskannya.Baik kerajaan BN, PH atau atau PN sekarang, semuanya enggan melaksanakan undang-undang anti lompat kerana sebagai kerajaan pusat, mereka berasa ada kelebihan untuk mengukuhkan kerajaan tanpa undang-undang anti lompat parti itu.Sebab itu dahulu Tun Mahathir Mohamad ketika era BN pernah memperkenalkan undang-undang tersebut, namun kemudian menarik baliknya semula lantaran beranggapan suatu kerugian jika terus dikekalkan.Malangnya, ketika menerajui negara sekali lagi melalui PH, Tun Mahathir sendiri telah dihukum kerana ketiadaan undang-undang anti lompat itu.Bukankah jika undang-undang anti lompat ada, Tun Mahathir tidak boleh ditumbangkan melalui Langkah Sheraton?Begitu pun, untuk mengharapkan PN menguatkuasakan undang-undang anti lompat parti, ia memang sesuatu yang mustahil kerana mereka sendiri pun berjaya membina kerajaan melalui amalan lompat parti.Yang memalukan dalam hal ini adalah jawapan loyar buruk Takiyuddin di mana gesaannya agar Pulau Pinang menguatkuasakan lebih dulu undang-undang tersebut tidak lebih hanya memperlihatkan keinginannya tidak mahu undang-undang anti lompat dilaksanakan di peringkat pusat.Jawapan loyar buruk itu hanya menunjukkan keinginannya menolak undang-undang anti lompat sehingga sanggup meletakkan dirinya seolah-olah begitu naif berkaitan bidang kuasa undang-undang negeri dan pusat.Lebih memalukan, ada pula yang memuji dan mengucapkan syabas kepada Takiyuddin atas jawapan loyal buruknya itu.Mentang-mentanglah satu kem, jawapan loyar buruk pun dapat sanjungan!!Sebagai pemimpin Pas, Takiyuddin sepatutnya sedar partinya sendiri menolak amalan lompat parti dengan sejak sekian lama menetapkan semua wakil rakyatnya bersumpah baiah dengan tergugur talak terhadap isteri jika berbuat demikian.Untuk itu, melalui jawatannya sekarang, Takiyuddin sepatutnya memainkan peranan lebih utama untuk menjadilan undang-undang anti lompat parti sebagai kenyataan, sekaligus membebaskan para isteri pemimpin Pas daripada berterusan dijadikan mangsa pertaruhan politik para suami dan Pas tidak perlu lagi mewajibkan sumpah baiah terhadap wakil-wakil rakyatnya.Namun, dengan berloyar buruk di Parlimen, Takiyuddin terus membuatkan isteri para pemimpin terseksa jika serta kekal diperalatkan. (Shahbudindotcom 11/08/2020)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/menteri-undang-undang-loyar-buroklebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Pas Jadi Menteri Tak Ingat Rakyat Kelantan

Pemimpin Pas Jadi Menteri Tak Ingat Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 340 hits
Setelah enam bulan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional rakyat Kelantan mula melihat betapa lembabnya prestasi menteri menteri dari parti Islam itu Bukan sahaja tiada peruntukan baharu yang dibawa balik ke Kelantan malah Menteri Ala...
Jatuh Bangun Politik Dinasti

Jatuh Bangun Politik Dinasti

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 438 hits
SEJAK sekian lama di seluruh dunia ikatan genealogi atau kekeluargaan telah digunakan sebagai dasar kesinambungan politik untuk mengekalkan kekuasaan Sehingga hari ini praktis tersebut masih menjadi kebiasaan Ada yang memanggilnya dinasti p...
Video Pemimpin Pas Pertahan Fitnah

Video Pemimpin Pas Pertahan Fitnah

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 452 hits
Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Kelantan Abdullah Zawawi Wahab berkata ucapan pemimpin PAS itu secara terang terangan menipu dan menghasut rakyat kononnya kerajaan telah menjual aset tersebut kepada orang kafir Kami mendesak pihak berkuas...
Kerajaan Cadang Buka Lebih Banyak Pusat Kesihatan Komuniti Kata Menteri

Kerajaan Cadang Buka Lebih Banyak Pusat Kesihatan Komuniti Kata Menteri

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 275 hits
Sebuah pusat kesihatan komuniti di Johor Bahru yang menyediakan sesi rundingan dan senaman percuma untuk individu menghidap 4 penyakit iaitu darah tinggi diabetis jantung dan obesiti JOHOR BAHRU Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan M...
Isteri Bekas Menteri Kewangan M 039 Sia Ditahan Akan Didakwa Berkaitan Rasuah

Isteri Bekas Menteri Kewangan M 039 Sia Ditahan Akan Didakwa Berkaitan Rasuah

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 295 hits
GEORGE TOWN Isteri bekas Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng Betty Chew yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia awal hari ini untuk membantu siasatan berhubung kaitannya dengan sebuah syarikat swasta akan didakwa di Mah
Timb Menteri Didakwa Guna Pesawat Tentera Untuk Kempen Politik

Timb Menteri Didakwa Guna Pesawat Tentera Untuk Kempen Politik

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 352 hits
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz diminta untuk memberikan penjelasan berhubung dakwaan salah guna kuasa terhadap pesawat Tentera Udara Diraja Malaysian Melalui gambar yang dikirimkan kepada SuaraTV salah seora...
Suami Inilah Alat Untuk Jahit Bekas Koyakan Bersalin Isteri Kalau 7 Anak 7 Kali Dia Menahan Sakit Hidup Hidup

Suami Inilah Alat Untuk Jahit Bekas Koyakan Bersalin Isteri Kalau 7 Anak 7 Kali Dia Menahan Sakit Hidup Hidup

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 590 hits
Episiotomi adalah pemotongan yang dilakukan ketika proses kelahiran normal dan akan dijahit Tetapi bagaimana jika jahitan bersalin terbuka Adakah ia berbahaya Prosedur episiotomi Istilah episiotomi merujuk kepada pemotongan yang dilakukan p...
Bila Menteri Pas Diakui Sebagai Bijaksana Oleh Pemikir Kerajaan Dap

Bila Menteri Pas Diakui Sebagai Bijaksana Oleh Pemikir Kerajaan Dap

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 288 hits
Ahli ahli PAS seharusnya berbangga bila Menteri Undang Undang dari PAS diakui sebagai bijaksana oleh Dr Wong Chin Huat yang bertugas selama 6 tahun di sebuah badan pemikir milik Kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Penang Institute apatah lagi b...
Pemimpin Pas Memang Suka Bohong

Pemimpin Pas Memang Suka Bohong

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 241 hits
Pengakuan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan yang mengatakan usaha penyatuan antara PAS dan UMNO bermula sejak 2015 dalam Mesyuarat Agung PAS Kota Bharu mengesahkan dakwaaan sebahagian besar pimpinan PAS pada ketika itu bahawa usah...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi