Sejarah Orang Melayu Pahang Dan Asal Usulnya


Menurut Kitab Sejarah Melayu, Orang Melayu yang ada sekarang adalah berasal dari Raja Suran yang satu keturunan dengan Raja Iskandar Zulkamain yang datang ke Temasik,dari Temasik lahirlah satu keturunan yang besar iaitu dari seorang bernama Sang Nila Utama hingga kepada kerajaan Islam di Melaka. Keturunan ini berkembang biak sehingga melampaui seluruh keturunan yang ada di Semenanjung Tanah Melayu ketika itu. Selepas Tanah Melayu dimajukan oleh Melaka,maka ramailah penduduk Nusantara yang datang berpindah ke Melaka.
 
Kedudukan mereka berkembang di pesisiran pantai barat Semenanjung Tanah Melayu seperti di Muar,Kelang dan Negeri Sembilan. Orang-orang yang datang dari Minangkabau kebanyakannya menduduki kawasan di Rembau dan Ulu Jempul hingga ke kawasan berhampiran dengan Ulu Sungai Triang. Orang- orang Bugis menduduki Selangor dan Pantai Pahang,manakala orang Jawa di sekitar Sabak Bernam dan Johor.

Apabila Melaka berjaya menakluki negeri-negeri seperti Pahang, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan maka mereka ini pun turut sama membuka penempatan baru di bawah kekuasaan kerajaan Melaka. Orang-orang Jawa, Minang, Mendailing, Acheh, Boyan, Bugis dan lain-lain turut datang ke Tanah Melayu mencari dan membuka penempatan baru.
Di Negeri Pahang, Orang Melayu telah menduduki kawasan ini sejak dulu lagi. Mereka mengalami pelbagai perubahan agama dan budaya mengikut zaman yang ditempohi, berbagai alatan lama dijumpai di Pahang mengambarkan kegiatan yang berlaku pada zaman tersebutnya, samada di Zaman Batu, Zaman Gansa, Zaman Batu Baharu sehingga zaman pemerintahan kerajaan Hindu,Buddha dan Islam. Pada masa kedatangan Orang Islam Melaka, berlaku perubahan besar di dalam suasana masyarakat Pahang ketika itu. Mereka mulai taat melakukan suruhan agama, disamping menghargai ilmu pengetahuan. Orang Melayu juga mulai rajin bekerja, mempunyai beberapa hairaki kedudukan yang mengambarkan bahawa mereka adalah satu masyarakat yang bertamadun.

KOMPOSISI PENDUDUK PAHANG
1) Orang Asli : yakni penduduk asal yang mendiami negeri ini sejak lama dahulu,mereka mendiami kawasan pinggiran Sungai Pahang ,dikatakan dalam pantun-pantan lama;
“Asal Pahang empat saudara”

Yakni yang menguasai Negeri Pahang di zaman dahulu itu terdiri dari empat Raja Orang Asli iaitu Batin Saridun,Batin Kalun,BatinSukun & Batin Besar,Kawasan jajahan mereka meliputi Pelak,Cenor, Bera dan Mengkarak. Tasik Cini dan Tasik Bera merupakan kawasan yang didominasi oleh mereka sebagai kawasan penempatan.Catitan sejarah Cina yang ditulis oleh pengikut Laksamana Cheng Ho boleh dijadikan bukti kewujudan mereka pada masa itu. Golongan ini dikatakan oleh pedagang Cina sebagai satu kumpulan yang berbahaya selalu menganggu perjalanan pedagang Cina apabila mereka melalui kawasan pantai Pahang. Orang Melayu yang datang ke sini dari Sumatera dan Jawa ramai yang berkahwin dengan Orang Asli dan mengislamkan mereka. Maka tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian dari keturunan kita adalah dari Orang Asli;hampir 80% Orang Melayu yang ada di Pahang merupakan keturunan Orang Asli yang sudah memelok Islam sejak tahun 1700 lagi.

2) Orang Melayu Melaka, yakni golongan yang datang berpindah dari Melaka ke Pahang selepas berjaya menguasai kekuasaan politik di Pahang. Mereka ini terdiri dari anak cucu Parameswara dan Tun Perak yang ramai menguasai pemerintahan Melaka pada masa itu,Sebahagiannya adalah Orang Laut yang ramai mendiami Selat Melaka pada masa itu. Orang Laut menguasai bidang pertahanan dan perdagangan. Setelah kerajaan Melaka menguasai Pahang,maka mereka telah membuka beberapa kawasan penempatan baru seperti di Pekan yang asal namanya Indera pura, di Kuala Krau terutama di Lubuk Pelang ,Pulau Tawar dan Tembeling. Di dalam kitab Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang jelas menceritakan peranan meraka di dalam membangunkan Negeri Pahang.Tuk Shahibudin menyatakan bahawa datuknya berasal dari golongan ini yang beliau sebut sebagai Dato Perkasa. Seorang pembesar yang pernah menguasai Daerah Cenor sekitar akhir kurun ke 1500M.

3) Orang Arab : Mereka terdiri dari tiga golongan yang utama iaitu :
a) Golongan yang datang awal sebelum Melaka menakluki Pahang,mereka merupakan pedagang Arab yang datang ke Nusantara untuk berdakwah dan berniaga,mereka ini tidak dapat dikenal lagi kerana sudah menjadi Orang Melayu.Batu Nesan Pulau Tambun di Pekan merupakan indentiti kehadiran mereka ke Pahang.

b) Golongan Sheikh yakni golongan yang datang setelah Melaka menguasai Pahang terutama di Pekan,Perkampungan yang dibuka oleh mereka banyak terdapat di Kuala Pahang seperti Kampung Maulana, Kampung Serandu .Golongan ini hanya datang untuk mencari kekayaan sahaja mereka kurang berperanan di dalam bidang agama dan masyarakat.

c) Golongan Syed yang datang ke Pahang di kurun ke 17 & 18,mereka ini datang dengan penuh penghormatan kerana mereka adalah keturunan Rasullulah,kebanyakannya dari Yaman. Golongan ini kebanyakan terdiri dari guru-guru agama dari Negeri Yaman seperti dari Hadramaut. Kedatangan mereka di sambut dengan mesra oleh Penduduk Pahang dan mereka diberikan penempatan dan kuasa pemerintahan,dilantik menjadi orang besar raja seperti Tuk Kaya Jenderak.

4) Orang Minangkabau : Menurut W Linehan seorang penulis sejarah Pahang dari bangsa Inggeris, Orang Minangkabau masuk ke Pahang secara besar besaran melalui Negeri Sembilan yakni selepas penduduk Negeri Sembilan melantik Yamtuan Besar mereka yang pertama menjadi raja di sana. Kedudukan Orang Minangkabau semakin kukuh bila Raja Kechil Besar Berjaya menguasai takhta kerajaan Pahang kerana ibu beliau adalah Orang Minangkabau, Raja Siak yang berketurunan Minangkabau ramai menghantar pahlawannya ke Pahang bagi menguasai Negeri Pahang pada masa itu. Ini berlaku pada pertengahan kurun ke 17 dan awal kurun ke 18.Raja Kecil akhirnya kalah kepada Daeng Perani dari keturunan Bugis yang mempunyai tentera yang lebih kuat dan tersusun.Orang Minangkabau ramai tinggal di kawasan Cenor, Bera, Mengkarak, Temerloh dan Kuala Lipis.

5) Orang Bugis : Orang Bugis masuk ke Pahang awal tahun 1700. Apabila Sultan Abd Jalil mangkat dibunuh oleh panglima Raja Kechil maka anaknya telah memohon pertolongan dari Raja Bugis Lima Bersaudara, Maka dengan pertolongan Daeng Perani maka tentera Raja Kecil dapat dikalahkan.Beberapa orang anak Daeng Perani duduk di Pahang seperti Kadi Ismail yang tinggal di Kampung Bangau Tanjung, begitu juga beberapa orang lagi yang tinggal di Pedah di Jerantut. Lama sebelum iaitu sebenarnya seorang yang digelar Tuk Mengkasar telah membuka sebuah perkampungan di Pekan iaitu Kampung Mengkasar,Beliau ini keturunan Bugis yang datang ke Pahang pada masa Sultan Abdul Jalil 1 dan dipercayai beliau merupakan seorang mufti. Keturunan Tuk Mengkasar di Pekan telah bercampur dengan keturunan Tuk Uban @Tuk Tuan,sehingga keturunan Bugis di Pekan hampir tidak kelihatan lagi.Keturunan Bugis yang terdapat di Temerloh hari ini adalah datang dari Selangor iaitu Tuk Bangau Sumbing.

6) Orang Rao @ Rawa : kehadiran mereka ke Pahang sekitar awal tahun 1800, mereka datang kerana berdagang dan membuka tanah baru. Kebanyakan Orang Rao adalah datang terus dari Sumatera, Golongan ini ramai terdapat di Raub dan kawasan sekitarnya. Orang Rao kuat beragama dengan mengamalkan ajaran Martabat Tujuh Hamzah Fansuri dan juga mereka suka mengamalkan pelbagai Tarekat, Di antara yang terdapat di sini ialah Tarekat Naqsabandi.

Enteri copy paste kredit sepenuhnya :  https://negeripahang.comakuanakpahang.blogspot.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/04/sejarah-orang-melayu-pahang-dan-asal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Luluskan 6 000 Rumah Makmur

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Luluskan 6 000 Rumah Makmur

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 383 hits
JERANTUT Sebanyak 6 000 unit Rumah Makmur telah diluluskan untuk pembinaan sehingga April tahun ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah di Pahang memiliki rumah Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata jumlah tersebut h...
Pesta Chenor Pahang 2019 Kembali Lagi

Pesta Chenor Pahang 2019 Kembali Lagi

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 484 hits
Pesta Chenor Pahang kini kembali lagi di Pahang Jika anda tiada aktiviti pada hujung minggu ini anda boleh datang ke sana beramai ramai Mungkin inilah tempat dimana anda boleh redakan tekanan kerja selama seminggu Mungkin orang bandar ada y...
Jom Hadir Himpunan Penyatuan Ummah Pahang

Jom Hadir Himpunan Penyatuan Ummah Pahang

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 784 hits
Admin dapat jemputan ni dari sahabat sahabat di Pahang Dengar katanya ramai juga yang akan hadir di program Himpunan Penyatuan Ummah Pahang kali ini Kalau ikut pertimbangan boleh la pergi Pergi pun bukan ada sebab lain Tapi sekadar nak meli...
Pahang Mampu Cabar Harimau Selatan

Pahang Mampu Cabar Harimau Selatan

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 429 hits
TONGGAK Pahang Mohamadou Sumareh percaya pasukannya mampu bersaing dan terus memberi tekanan kepada Johor Darul Ta zim dalam perebutan kejuaraan Liga Super sehingga akhir musim ini lapor SUBKHI SUDARJI Bagi Sumareh Pahang akan tampil dengan...
Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

Suasana Penyatuan Ummah Di Pahang Isyarat Rakyat Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 355 hits
Ribuan rakyat membanjiri di Pahang semalam Ini isyarat rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan Rakyat akan terus membuat perubahan pada Pilihan Raya Umum Ke 15 kelak Politik fitnah dan propaganda tidak lagi relevan di dalam politik Malaysia ...
Hukum Cerai Isteri Ketika Hamil Harus Mufti Pahang

Hukum Cerai Isteri Ketika Hamil Harus Mufti Pahang

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 429 hits
Mahaizura Abd Malik HUKUM menceraikan isteri ketika hamil adalah harus Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata talak boleh saja jatuh pada bila bila masa Cerai ada waktu harus dan haram Kalau cerai ketika hamil hukumnya harus dan...
Exco Pahang Terima Rawatan Di Hospital Kl

Exco Pahang Terima Rawatan Di Hospital Kl

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR Exco kerajaan Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang menjadi mangsa jangkitan kuman tanah kini dirawat di hospital swasta di ibu negara Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pelajaran dan Kesihatan Pahang itu di ...
Kerjaan Pahang Tak Pernah Pinggir Pembangunan Orang Asli

Kerjaan Pahang Tak Pernah Pinggir Pembangunan Orang Asli

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 228 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang tidak pernah mewujudkan sebarang jurang perbezaan dalam soal pembangunan belia antara bandar dan luar bandar termasuk dalam kalangan belia Orang Asli Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia Belia Sukan dan Badan...
Pengalaman Saya Menuntut Di Politeknik Muadzam Shah Pahang

Pengalaman Saya Menuntut Di Politeknik Muadzam Shah Pahang

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 1318 hits
Zaman ini menuntut ilmu di Politeknik bukan lagi asing Jika dahulu pelajar lepasan SPM menjadikan Politeknik sebagai pilihan kedua untuk melanjutkan pendidikan di peringkat tinggi kini tidak lagi Mentaliti masyarakat mula berubah dan bersif...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025