Covid 19 As No 1 Di Dunia Cabar Ego Trump Nato
Amerika Syarikat kini mempunyai jumlah kes positif COVID-19 tertinggi di dunia melepasi China dengan 82,404 kes keseluruhan.
BILANGAN kes positif jangkitan COVID-19 di seluruh dunia buat pertama kalinya melepasi angka setengah juta pada Khamis. Ia menyaksikan pertambahan 59,089 kes dalam tempoh 24 jam, berbanding 466,955 kes pada Rabu.
Buat pertama kalinya juga, Amerika Syarikat (AS) mengatasi China dan Itali untuk muncul sebagai negara paling ramai kes positif COVID-19. AS mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes sebanyak 17,119, menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 82,404.
New York, Washington dan California merupakan bandar yang paling terjejas teruk di negara Uncle Sam itu. Angka kematian di Amerika Syarikat pula melepasi paras 1,000 mangsa dengan keseluruhannya sebanyak 1,178 kes.
Menurut statistik Universiti Johns Hopkins, setakat jam 6 pagi waktu Malaysia, China berada di kedudukan kedua dengan 81,782 kes, diikuti Itali 80,589 kes. China setakat Khamis merekodkan dua hari tanpa kes tempatan dan hanya mempunyai pertambahan kes import.
Sementara itu, Itali masih kekal sebagai negara yang mempunyai kes kematian paling tinggi di dunia dengan 8,215 mangsa.
Ini diikuti dengan Sepanyol dengan jumlah 4,154 kes, manakala China 3,169 kes. Secara keseluruhan, jangkitan COVID-19 di seluruh dunia mencapai angka 526,044 kes dengan 23,709 kematian.
Bagaimanapun, terdapat 122,066 kes yang telah sembuh dan dibenarkan keluar daripada hospital. Pandemik COVID-19 kini telah menular di 175 negara setakat ini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Novel Coronavirus terus mengganas di seluruh dunia tanpa sebarang petanda akan berhenti dalam masa terdekat. Virus yang menyebabkan penyakit yang digelar COVID-19 ini telah menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Ketua Pengarahnya menggesa agar dunia perlu melakukan tindakan yang agresif dan taktikal bagi memeranginya.
Beliau menyeru agar ujian saringan diperhebat, pengasingan serta rawatan pesakit dipertingkat, malah penjejakan dan kuarantin diperluas untuk mengesan punca jangkitan. Namun masih ada nada egois dari sesetengah pemimpin dunia yang seolah-olah memandang enteng ancaman biologikal tersebut.
Ironinya para pemimpin yang jahil itu bukan datang dari negara yang kecil anak, apatah lagi dari negara miskin atau mundur. Mereka ini semua para pemimpin negara-negara besar yang popular. Contohnya Presiden AS, Donald Trump dan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro. Mereka berdua ini bagaikan masih bermimpi kononnya COVID-19 itu tidak akan ‘goyang’ negara mereka.
Terbaru, lihat ini..
E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.
Bab I Demokrasi, Bukan 'Pintu Belakang'. PH Jadikan Tun ...Agama Mengawal Politik, Bukan Politik Memaksa Isla...LGE Bertauliah Palsu Rosakkan Ekonomi Nagara. Per...Siasat, Siapa TIDAK Sekat Pelancong China? Ada Uns...Isu M/Kesihatan&Air Panas, Bukti LKS ‘tak reti bah...DAP Pro Melayu? Pengerusi Biro Strategi..BERSATU ...Penyokong DAP berhimpun bantah tindakan ADUN Trono...Memperkenalkan 'persaudaraan majmuk', Bukan 'ekstr...Pintu Demokrasi, Gabungan MN, Sila Hadzam Ayat 67 ...Haramkan Radikal Cina Dong Zong -Prof Kok SeongBab 2
Perlu Bijaksana Satukan Umat Melalui Elemen Islam....DAP-PAS Ke Arah Kerjasama Sihat?Strategi DAP Tawan M'sia. Ini..trategi DAP Tawan M'sia. Ini..Beza Jauh PAS/DAP. Soal Kepimpinan, Lantik Non Mus...Bersambung..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/03/covid-19-as-no-1-di-dunia-cabar-ego.html