Hanya 2 Hari Melihat Dunia Bayi Dijemput Sang Pencipta Sebelum Sempat Disusukan Ibu
Setiap kelahiran pastinya saat yang ditunggu-tunggu oleh seorang ibu dan keluarga yang lain. Manakan tidak setelah sembilan bulan hamil, ia adalah waktu yang dinantikan oleh setiap ahli keluarga. Apatah lagi ia suatu kelahiran yang mungkin sudah lama dinantikan.
Namun ketentuan Allah itu tiada siapa yang tahu. Baru dua hari dilahirkan ke dunia, seorang bayi telah pergi menemui sang pencipta tanpa sempat ibunya menyusukan. Tidak dapat dibayangkan kesedihan dan keperitan yang bakal dilalui sang ibu bila melihat kelengkapan bayi yang telah dipersiapkan tanpa ada yang akan menggunakannya.
Kisah sebegini tentunya bakal meruntun jiwa siapa sahaja yang membaca atau mendengarnya. Apatah lagi empunya badan yang perlu melaluinya. Itulah yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Hidayah Abdullah menerusi ciapan di Twitternya. Menurut Hidayah, ibunya kini menghadapi detik sukar apabila terpaksa melalui proses berpantang tanpa si kecil di sisi.
Ini bukan anak aku tapi adik aku… Anak syurga mama dan ayahku. Yes my mom masih muda. Aku tak boleh bayangkan my mom berpantang tanpa anak di sisi.
pic.twitter.com/7eVaKBohDX
— Hidayah Abdullah (@yayaabdullahh) March 26, 2020
Tak sempat susukan bayi
Melahirkan anak secara pembedahan, menurut ciapan Hidayah, selepas dilahirkan, arwah adiknya itu terus di bawa ke NICU. Sepanjang hari ibunya tidak sempat memegang bayi dan juga menyusukan bayi yang baru dilahirkan itu.
Nak bawa tengok anak di NICU, tapi akhirnya ke bilik pengurusan jenazah
Arwah adiknya itu hanya sempat merasa hidup di dunia selama dua hari sebelum meninggal dunia. Menurut Hidayah jururawat ada mendatangi ibunya dan memaklumkan akan bawa ibunya untuk melihat bayi yang dimasukkan ke NICU. Tapi tak sampai beberapa jam, jururawat datang kembali dan membawa ibunya ke bilik urusan jenazah.
Dalam ciapannya yang lain, Hidayah ada berkongsi mengenai Hernia Diagfarma yang mungkin merupakan faktor penyebab kepada kematian arwah adiknya.
yes that it.. https://t.co/Qbuu3cC0CC
— Hidayah Abdullah (@yayaabdullahh) March 26, 2020
Perkongsian Hidayah ini mendapat perhatian ramai netizen dan rata-ratannya meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar urusan keluarga ini sentiasa dipermudahkan tuhan. Selain itu, ramai juga yang mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah kepada keluarga Hidayah.
Semoga ibu Hidayah dan ahli keluarga yang lain tabah menghadapi ujian ini. Marilah sama-sama sedekahkan Al Fatihah buat arwah adiknya yang hanya sempat melihat dunia selama dua hari. Semoga Syurga milikmu!
Sumber: Hidayah Abdullah
The post Hanya 2 Hari Melihat Dunia, Bayi Dijemput Sang Pencipta Sebelum Sempat Disusukan Ibu appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/hanya-2-hari-melihat-dunia-bayi-dijemput-sang-pencipta-sebelum-sempat-disusukan-ibu/