Sejarah Konspirasi Undi Tidak Percaya


USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI  PENGALAMAN PAS sebagai di antara parti politik tertua di dalam negara banyak mengajar PAS dalam mengenal kawan dan lawan dalam dunia politik. Sikap berpura-pura, tikam belakang dan berbuat apa saja asalkan tercapai cita-cita di kalangan lawan cukup masak diketahui PAS
 Setiausaha Agung PH Saifuddin Abdullah menafikan akan adanya undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir pada sidang Dewan Rakyat yang akan datang dan menyatakan Majlis Presiden PH kekal menyokong Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PH
 Saifuddin Abdullah patut memberitahu rakyat bilakah kali terakhir Majlis Presiden PH bersidang dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi PH. Jika dua atau tiga bulan lepas ia tidak masuk akal kerana di dalam politik, esok macam-macam boleh jadi. Seperti kata Menteri Kewangan minggu lepas, Da Ma Cai yang menaja rombongan pegawai kanan PDRM ke Turki, sekarang sudah U-Turn pula
 Di sebalik keriuhan wujud gerakan undi tidak percaya ke atas Tun Dr Mahathir pada sidang Dewan Rakyat tidak lama lagi, Anwar Ibrahim mengemukakan teori tidak masuk akal iaitu Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang mahukan usul tersebut. PAS langsung tidak mendapat apa-apa faedah jika berbuat demikian mahupun menyokong usul sedemikian. Sepatutnya wajar kita kaji siapa yang untung jika berbuat demikian serta siapa yang benar-benar marah bila PAS bangkitkan kisah ini. Sekali lagi sejarah tidak pernah menipu
 Ramai yang lupa kisah 16 September 2008, ketika kerajaan pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi hampir ditumbangkan. Bagaimana kisah 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional diterbangkan ke Taiwan untuk berbuat 'belot' terhadap Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi, surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk mengadakan sidang khas Dewan Rakyat dengan notis undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri
 Ramai yang tidak tahu di sebalik semua itu siapa arkitek di belakangnya atau ramai juga yang tahu tetapi tidak dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh PAS sekarang. Anwar Ibrahim ialah arkiteknya dan orang yang bertanggungjawab terhadap cubaan tersebut yang pada mulanya dinafikan bermati-matian oleh beliau. Namun semuanya terbongkar adalah benar ketika perbicaraan saman beliau terhadap Khairy Jamaluddin pada 2017
 PAS tidak mendapat apa-apa faedah jika berlaku undi tidak percaya, yang paling mendapat faedah ialah Anwar Ibrahim. Jika kita lihat reaksi pertama beliau ketika mula kecoh isu ini, beliau memang marah dan tidak sangka tindakan beliau di belakang tabir dihidu PAS. Semua orang tahu Anwar Ibrahim idamkan jawatan Perdana Menteri, begitu juga semua orang tahu bagaimana DAP tidak percaya kepada Tun Dr Mahathir. Ketika cubaan Anwar Ibrahim pada 2008, ia terhalang apabila Speaker Dewan menolak usul tersebut namun dengan Nga Kor Meng dari DAP menjadi Speaker Dewan Rakyat kali ini, usul tersebut akan mendapat laluan mudah jika diangkat
 Sudah berapa lama PKR dan DAP idamkan untuk menjadi Kerajaan, setiap kali mencuba mereka gagal. Namun pada PRU14, mereka berjaya mengajak Tun Dr Mahathir bersama mereka walaupun mereka sebenarnya tidak percaya kepada beliau dan kerana itu sahaja cara untuk mereka menang PRU14 dan mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Setelah berjaya, kini sokongan terhadap Tun Dr Mahahtir bertambah kuat serta Tun Dr Mahathir seperti mahu kekal sebagai Perdana Menteri meresahkan PKR, DAP dan PAN
 Sebelum keadaan bertambah parah, membantutkan cita-cita dan agenda Malaysia Baharu mereka, mereka perlu kembali kepada rancangan asal, hanya menggunakan Tun Dr Mahathir untuk memenangi PRU14. Tun Dr Mahahtir perlu ditumbangkan atau dikeluarkan dari Kerajaan dan PH. Cara yang paling efektif, usul undi tidak percaya pada sidang Dewan Rakyat tidak lama lagi kerana mereka merasakan mereka memperolehi sokongan majoriti dan Anwar Ibrahim berpengalaman membuat “manouver“ sedemikian
 Jika PH kalah di Semenyih, jangan salahkan PAS kerana kempen dari PH sendiri yang hambar. Dengan kempen calon PH di Semenyih kebanyakkannya hanya dari Bersatu dan DAP seolah-olah memboikot, itu sebenarnya tanda jelas wujudnya pergolakan besar di dalam PH. Sekarang kita sudah tahu kisah sebenar di sebalik semua ini, cuma yang menjadi tanda tanya di kalangan anggota Parlimen PH, siapa yang menyokong Tun dan siapa yang menolak beliau. Mungkin sekarang ramai tidak berani berpihak takut dikerat atau mungkin kita patut tanya mereka menyokong siapa sebenarnya
 MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI, Ketua Pemuda,Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/02/sejarah-konspirasi-undi-tidak-percaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undi Tidak Percaya Terhadap Mahathir Kaitan Dengan Umno Pas Prk Semenyih

Undi Tidak Percaya Terhadap Mahathir Kaitan Dengan Umno Pas Prk Semenyih

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 405 hits
Sebenarnya isu mudah UMNO dan PAS telah membuktikan ketulinan kerjasama di antara mereka Jika pada awalnya hanya kepimpinan sahaja tetapi kini turut melibatkan akar umbi dari segi gerak kerja pilihanraya dan undi Maka untuk memastikan undi ...
Cakap Jela Pas Mahu Bersama Ph Tak Logik Nak Usul Undi Tidak Percaya Pm

Cakap Jela Pas Mahu Bersama Ph Tak Logik Nak Usul Undi Tidak Percaya Pm

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 378 hits
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdu Hadi mendakwa ada pihak dalam kerajaan Pakatan Harapan yang ingkar dan mencabar Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri dan pengerusi gabungan itu Beliau berkata perkara itu boleh dilihat melalui beb...
Pas Ada Maklumat Undi Tidak Percaya Tun M

Pas Ada Maklumat Undi Tidak Percaya Tun M

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 259 hits
Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan tegas mempertahankan tindakan parti itu menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Malah katanya PAS mempunyai maklumat terdapat usaha pihak tertentu dalam ...
Teori Undi Tidak Percaya Makin Ada Asas

Teori Undi Tidak Percaya Makin Ada Asas

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 275 hits
M FAQIH 20 FEBRUARY 2019KETIKA pemimpin Pakatan Harapan membelasah PAS angkara teori undi tidak percaya tiba tiba muncul sepanduk di Kuala Lumpur Ada kain rentang bertulis Mahathir letak jawatan Anwar Ibrahim PM ke 8 Demi Selamatkan Malaysi...
Prk Semenyih Pakatan Harapan Dilanda Tsunami Mahathir Bakal Berdepan Undi Tidak Percaya

Prk Semenyih Pakatan Harapan Dilanda Tsunami Mahathir Bakal Berdepan Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 488 hits
Adakah ini siri balas dendam DAP terhadap PPBM kerana kekalahan calon mereka di Prk Cameron Highlands tempohari Bermula dengan kecaman Ronnie Liu kini Boo Cheng Hau pula mendesak agar Mahathir meletakkan jawatan kerana tidak berpegang pada ...
Kalau Berlaku Undi Tak Percaya Tun M Ini Terjadi Roslan Sms

Kalau Berlaku Undi Tak Percaya Tun M Ini Terjadi Roslan Sms

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 329 hits
Kesan undi tidak percaya siapa untung KEDUDUKAN Kerajaan Persekutuan hari ini adalah seperti berikut PH 134PKR 50DAP 42PPBM 22PAN 11WARISAN 9Kiranya Tun dikenakan undi tidak percaya dan disokong suara teramai ahli ahli Dewan Rakyat maka Tun...
Undi Tak Percaya Mustahil

Undi Tak Percaya Mustahil

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 257 hits
Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018 Minggu lepas bertiup kencang khabar angin m...
Berundur Rombak Atau Undi Tak Percaya

Berundur Rombak Atau Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 467 hits
Syahmi Minhad Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018 Minggu lepas bertiup kencang ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord