Ini 3 isu politik yang hangat diperdebatkan orang ramai minggu ini. Tiga situasi ini sedang dihadapi Tun Dr Mahathir Mohamad, individu yang mengambil alih jawatan perdana menteri bermula 10 Mei 2018.Minggu lepas bertiup kencang khabar angin mengenai pergolakan dalaman Pakatan Harapan (PH). Dikatakan wujud usaha melakukan undi tidak percaya oleh ahli Parlimen terhadap Dr Mahathir.Khabar angin ini diperkuatkan lagi dengan pertemuan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Dr Mahathir. Dalam pertemuan tersebut, PAS menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan perdana menteri.Ditambah pula seruan Dr Mahathir supaya penjawat awam setia kepada negara, bukan kepada pemimpin atau parti politik. Seruan tersebut disampaikan beliau ketika berucap dalam perhimpunan bulanan penjawat awam di Putrajaya.Ini juga memberi asas kukuh kepada khabar angin yang menyatakan kepimpinan kerajaan PH sedang bergolak.Penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang dibarisi 16 ahli dan diketuai Dr Mahathir sendiri, memperkukuhkan lagi dakwaan barisan Kabinet sedia ada tidak berfungsi dengan baik.Walaupun sebahagian besar pemimpin atasan cuba menafikan dakwaan tersebut, namun kenyataan Tun Daim Zainuddin menjelaskan segala-galanya.Dr Mahathir tidak akan mudah berundur kerana masih banyak perkara yang belum dilaksanakan sebaiknya. Jika berlaku usul undi tidak percaya, ini merupakan yang pertama dalam sejarah Malaysia. Namun, amat mustahil usul undi tidak percaya berlaku.Pertama, jika berlaku usul undi tidak percaya, perdana menteri perlu berundur dan semua barisan menteri Kabinet sedia ada akan kehilangan jawatan masing-masing. Ini akan merugikan semua barisan menteri, baik dari PPBM, DAP, PKR mahupun Amanah.Ke-2, jika berlaku undi tidak percaya, ia menampakkan kerajaan PH pakatan lemah dan seakan-akan memberi bonus kepada pembangkang untuk melakukan serangan. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |