Ditahan Polis Kerana Solat Tanpa Permit Pemuda Kongsi Kisah Menginsafkan Ziarah Tanah Uighur
Umum mengetahui konflik yang melanda Xinjiang antara etnik Uighur dan kerajaan komunis China yang didakwa menekan penduduk Islam di sana. Mereka dikatakan dilarang mengamalkan agama serta boleh ditahan polis jika solat tanpa permit.
Pelbagai media antarabangsa telah melaporkan tindakan kerajaan negara itu terhadap etnik minoriti Uighur yang majoritinya beragama Islam.
Bahkan, ada dakwaan yang menyatakan penduduk Islam di sana tidak dibenarkan menyimpan janggut, berpuasa, pergi ke haji, malah memerlukan permit untuk menunaikan solat.
Seorang warga Malaysia yang ke sana sempat merasai pengalaman etnik Uighur apabila mereka ditahan askar dan polis bersenjata hanya kerana solat di dalam masjid tanpa permit. Mari kita baca perkongsian oleh Tuan Zikri Fuad ini.
Hampir setiap tempat ada mesin pengimbas
Menurut Zikri, kawalan di wilayah Xinjiang ini cukup ketat dan mempunyai banyak checkpoint untuk pemeriksaan oleh pihak askar dan polis. Bahkan, hampir setiap lokasi mempunyai mesin pengimbas badan.
Selepas mereka berpuas hati, barulah kami dibenarkan masuk ke bilik hotel. Tapi lepas tu, kalau nak jalan-jalan sekitar, pemandu pelancong kami kena ada kerana passport kami dipegang oleh pihak hotel. Nak jalan-jalan sini pun, ada checkpoint setiap 150-200m.
Pintu scanner ni, ada di hampir semua tempat. Masuk tandas ada, masuk restoran ada, masuk kedai ada, masuk bazaar ada…
Pengimbas di masjid ditutup
Masjid di Turpan yang InsyaAllah kami akan ingat sampai ke akhir hayat. Kami sampai, mesin pengimbas ditutup dan tiada polis kawal pintu utama. Sebelum nak tunaikan solat Zohor dan Asar qasar berjemaah, angin dan hujan turun dengan lebat. Kawasan ni adalah tandus, jarang hujan.
MasyaAllah. Semasa solat, air menitik di atas bahu kami… dan air mata kami pun sama-sama menitis, menangis melihat nasib saudara Muslim di sini.
Selesai solat, kami berdoa dengan penuh khusyuk dan seusai doa, pihak askar dan polis lengkap bersenjata dengan jaket kalis peluru telah mengepung dan menahan kami.
Kesalahan.. sebab kami masuk masjid, dan kami solat tanpa permit polis. Kami diiring ke balai polis yang macam kem tahanan. Siap ada mesingan di atas pintu, dan siap kenderaan perisai di dalam balai menyambut ketibaan kami.
Kami sempat SMS kedutaan dan pegawai di konsulat Malaysia di Kunming, memberikan koordinat GPS, peristiwa dan minta mereka selamatkan kami jika tiada berita dalam 2 jam.
Alhamdulillah selepas 4 jam, soal siasat dan perbincangan bersama ketua balai, tourguide dan ketua ekspedisi, kami dilepaskan.
Kredit: Zikri Fuad
“Kami tunggu utk bersolat Jumaat. 4 Jam… masuk untuk pelancong boleh, tapi masuk nak solat tak boleh. Setelah berjam diskusi dengan pihak keselamatan, kami dihalau oleh mereka.” -Zikri Fuad
“Dalam tandas nak masuk pun ada ‘scanner’ dan ada polis jaga. dan ada SB juga (special branch).” -Zikri Fuad
Anda boleh teruskan membaca pengalaman mereka di sana yang sangat membuka mata dengan gambar-gambar di sini atau Facebook beliau, Zikri Fuad.
Sumber: Zikri Fuad
The post Ditahan Polis Kerana Solat Tanpa Permit, Pemuda Kongsi Kisah Menginsafkan Ziarah Tanah Uighur appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2019/12/25/ditahan-polis-kerana-solat-tanpa-permit-pemuda-kongsi-kisah-menginsafkan-ziarah-tanah-uighur/