Seharian Belajar Mengenal Potensi Anak Di Sekolah


Kenangan Abg Qi Tahun 1, Al-Amin Gombak. 
Jarang sekali lah aku dapat tengok satu sekolah anjur aktiviti dari kalangan ibu bapa sendiri reka idea projek untuk anak-anak di sekolah. Seingat aku, masa sekolah rendah dulu, hanya Hari Kantin atau Hari Report Card sahaja ibu bapa dibenarkan datang ke sekolah, selain dari daftar anak bayar yuran setiap awal tahun. 
Selain dari itu, memang aktiviti kelab dan persatuan anjuran guru dari sekolah sendiri. Berlainan dengan sekolah Abg Qi...
Suami julia, berbaju T Shirt hitam sedang bertungkus lumus di meja pendaftaran untuk kelas Tahap 1 menghadiri aktiviti. Sambil tu julia membantu apa yang patut, merangkap kamera dan video girl. 
Aktiviti dai T-shirt, seronok tau aktiviti ni dilakukan bersama guru dan ibu bapa wajib dalam satu kumpulan. 
Fokus sedang dai, julia duduk disebelah hanya memerhatikan cara Abg Qi mewarnakan dai di setiap bahagian bergetah.

Kelab Kelas Darjah 1 (KKD1) sehingga KKD6 ditubuh secara rasmi sejak bertahun lamanya melalui gerakan kerjasama erat Guru Besar dan gandingan guru-guru yang lain. Patutlah masa temuduga kemasukan Abg Qi ke sekolah ini, kami di temuduga sekali dengan guru-guru tentang "Kenapa hendak hantar anak ke sekolah ini?"
Mereka mencari nilai ibu bapa, apa yang kita boleh sumbangkan untuk sekolah. Itu sebab diwujudkan KKD1, Kelab Kelas Darjah 1 yang diwakili pengerusi, sehingga ke AJK tau. 
Salah satunya, suami julia sendiri. Beliau di lantik menjadi Ketua AJK Tahun 1 bagi kelas Abg Qi. Memang pada mulanya undian dikalangan ibu bapa rasa macam dirinya tidak layak. Tapi serius aku lihat dari pandangan mata kasar dan halus, suami banyak beri input menarik untuk sama-sama melaksanakan gerak kerja aktiviti Tahun 1 di sekolah Abg Qi...syabas suami ! 

Aku dalam masa yang sama memang 100% beri galakan padanya untuk menghadiri sesi mesyuarat saban hari kerap di lakukan di sekolah, aku membantu sebaik mungkin. Jemur sehingga kering.

Aku bagi galakan, KKD2 nanti harap dia dapat teruskan legasi tu, sebab apa? Sebab sayang, orang ada pengalaman kalau tak diteruskan rasa macam api di padam begitu sahaja, tidak di asahkan lagi bakat tu. Aku? Sebagai pengalak motivasi dia dalam senyap, menolong sebaik mungkin untuk jayakan aktiviti. 
Positif dari kesan ini, kita dapat melihat bukan sahaja aktiviti menarik diadakan untuk Darjah 1, tapi kerjasama ibu bapa lain dari segi sokongan, idea dan pengerak projek dari zero kepada berjaya anjurkan. Barulah pengisian anak-anak ini terisi. 
Seronok pengisian bersama guru, ibu bapa secara berkumpulan. 
Rakan seperjuangan Abg Qi, kelas 1 Zaid. 
Contoh pada tahun 2019 ini sahaja seingat aku, sudah lebih dari 3 jenis aktiviti di anjurkan dari kelab kami. Bengkel pemantapan Bahasa JawiMengenal potensi anak / Mari mewarna bersama Uneh / Dye T shirtProgram Omar dan HanaHari Keluarga Kelab Kelas Darjah 1Dan lain-lain.Semoga Tahun 2 nanti dapat beri peluang kepada ibu bapa lain pula membawa bahtera aktiviti anak-anak sekolah ini nanti lagi menarik di masa akan datang. 

Jemput tonton, ada hebahan motivasi sekali didalamnya. Nanti julia nak kongsikan rombongan Abg Qi dengan kawan-kawan sekolahnya pergi lawatan. Menariknya lawatan Tahun 1 dapat timba pengalaman tuai sayur di batas tau...yeyyy! Tunggu tau. 

p/s : Tahu tak, pertama kali aku terkesima tentang budaya sekolah ini, pertama kali aku hadiri mesyuarat ibu bapa sesi pengenalan masuk Tahap 1, selepas usai mesyuarat, semua ibu bapa gotong royong kemaskan kerusi, meja dan kutip sampah letak dalam tong sampah. Bukan itu sahaja, mereka lap meja, mop lantai kantin dan semuanya dalam keadaan bersih. Allah, itu yang pertama kali aku belajar budaya sekolah Abg Qi. 

Sebab bukan senang nak lentur diri dari kebiasaan tidak buat dan buat bila disuruh, tapi mereka tonjolkan melalui perbuatan. Yelah toleh kiri kanan semua buat, takkan kita goyang kaki? Sejak dari itu, setiap aktiviti anjuran KKD1, sudah seperti automatik kami buat bersama-sama tanpa disuruh, sangat seronok bila budaya positif di contohkan sebegini rupa. 

Didik melalui perbuatan, anak-anak melihat, sebab itu dirumah nampak Abg Qi mudah nak tolong julia bila bab mengemas, dia suka lap habuk dalam rumah. Terkadang tu, permainan pun dia lap juga hehe. 👍

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2019/11/seharian-belajar-mengenal-potensi-anak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Idea Menarik Aktiviti Bersama Anak Sempena Cuti Sekolah

5 Idea Menarik Aktiviti Bersama Anak Sempena Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 741 hits
hi there 5 idea menarik aktiviti bersama anak sempena cuti sekolah Cuti sekolah dah nak dekat ni Anda yang ada anak anak bercuti sudah ada rancangan mahu buat apa sempena cuti sekolah ini Di sini Mrs Pip senaraikan 5 idea menarik aktiviti b...
Atap Sekolah Ambruk Siswa Tk Pegayon Bekasi Belajar Di Teras

Atap Sekolah Ambruk Siswa Tk Pegayon Bekasi Belajar Di Teras

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 202 hits
Yang atapnya ambruk di TK B tapi di TK A kondisinya sudah nyaris ambruk kata Tina
Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis Cara Agar Efektif Belajar

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 418 hits
Allow selamat pagi sesi kali ini akan membahas tentang cara agar efektif belajar Belajar Efektif Di Rumah Sekolah Sangat Mudah Dan Praktis simak selengkapnya Cara belajar berhasil dengan Quipper Video andaikata di rumah rutin belajar tapi s...
Aksi Orang Tua Zaman Now Gugat Sekolah Karena Anak Tak Naik Kelas

Aksi Orang Tua Zaman Now Gugat Sekolah Karena Anak Tak Naik Kelas

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 249 hits
Langkah Yustina orang tua murid siswa di SMA Gonzaga menggugat guru kepala sekolah hingga Kepala Pendidikan DKI Jakarta lantaran anaknya tak naik kelas menjadi perhatian Yustina merasa dirugikan karena anaknya tidak naik kelas XII Dalam gug...
Masih Berusia 3 Bulan Anak Bungsu Ruben Onsu Sudah Sekolah

Masih Berusia 3 Bulan Anak Bungsu Ruben Onsu Sudah Sekolah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 483 hits
Anak bungsu Ruben Onsu Thania Putri Onsu sudah bersekolah diusia nya yang masih tiga bulan Hal tersebut diakui oleh Ruben Onsu
Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

Belajar Cara Betul Marah Disiplin Hukum Anak Baru Terserlah Kelembutan Mak Ayah

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 485 hits
Apa yang kita tanam itulah yang anak akan tuai Kelembutan kasih sayang tidak bermaksud tidak boleh memarahi Kita sebagai ibu bapa perlu mempelajari bagaimana memarahi mendisiplin dan menghukum anak anak dengan kelembutan kasih sayang Ini ad...
Beg Sekolah Smiggle Anak Frozen 2 Elsa Dan Hoodie Back Pack

Beg Sekolah Smiggle Anak Frozen 2 Elsa Dan Hoodie Back Pack

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 2285 hits
BEG SEKOLAH SMIGLLE ANAK FROZEN 2 DAN HOODIE BACKPACK Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Seperti sebelum ini mummy ada beritahu yang kami sekeluarga tak ke luar Selangor KL untuk cuti panjang kali ini Daddy pun tengah banyak kerja ...
Kisah Anak Alami Gangguan Jiwa Karena Gadget Jadi Pemarah Dan Ogah Sekolah

Kisah Anak Alami Gangguan Jiwa Karena Gadget Jadi Pemarah Dan Ogah Sekolah

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 628 hits
Penggunaan gadget smartphone sudah banyak mencandui masyarakat khususnya kalangan anak anak yang gemar bermain game online Tak sedikit diantaranya bahkan sampai mengalami gangguan kejiwaan akibat terpapar game secara intens dalam jangka wak...
Tarik Minat Anak Anda Mengenal Rasulullah Saw Dengan My Prophet Muhammad Busy Book

Tarik Minat Anak Anda Mengenal Rasulullah Saw Dengan My Prophet Muhammad Busy Book

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 481 hits
My Prophet Muhammad Busy Book 1 Selepas berbincang dengan pakar yang arif dengan perkembangan kanak kanak kami merasakan kanak kanak sangat perlu didedahkan dengan konsep tauhid dan kenali Rasulullah SAW seawal usia 2 Cerita di dalam buku i...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti