Segera Nyahklasifikasi Perjanjian Maritim Malaysia Indonesia



(Sinar Harian) – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mendesak kerajaan supaya segera menyahklasifikasikan perjanjian persempadanan maritim yang telah ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 Jun lalu.
Ahli Parlimen Beluran itu berkata, desakannya itu adalah demi untuk memelihara kepentingan awam dan seterusnya menghentikan spekulasi awam berhubung perjanjian itu selepas lawatan kerja Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia.
“Penyahklasifikasian kandungan perjanjian itu bukan sahaja bakal menjawab persoalan sejauh manakah Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani tersebut tidak melibatkan kawasan blok Ambalat tetapi ia juga bakal menoktahkan spekulasi serta kebimbangan rakyat berhubung sempadan separa laut wilayah antara dua negara di Laut Sulawesi seperti yang dikatakan oleh kerajaan.
“Blok Ambalat iaitu kawasan seluas 15,000 kilometer persegi di tengah wilayah pertikaian di luar pantai Sabah ini mengandungi sumber minyak mentah terbesar di dunia dan telah dipertahankan oleh Malaysia sekian lama maka ia tidak boleh digadai sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah Ronald lagi, pakar maritim yang terlibat dalam usaha melindungi hak wilayah Malaysia telah memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menandatangani sebarang perjanjian baharu untuk menyelesaikan pertikaian sempadan yang berlarutan dengan Indonesia.
“Mereka berkata Malaysia tidak sepatutnya berkompromi terhadap tuntutannya ke atas kawasan tertentu.
“Kita tidak boleh tolak ansur atau berkompromi dalam soal kedaulatan negara khususnya perairan Sabah, yang juga melibatkan zon ekonomi eksklusif (ZEE) serta pelantar benua antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Ronald menegaskan bahawa penting untuk didedahkan apa yang dimeterai dalam perjanjian itu supaya spekulasi tidak berpanjangan.
“Ini juga sebagai bukti jelas perjanjian berkenaan tidak langsung melibatkan kawasan yang dirujuk Malaysia sebagai Blok ND6 dan Blok ND7 atau Ambalat.
“Lebih merisaukan apabila beberapa media baru-baru ini melaporkan Malaysia dan Indonesia akan bekerjasama dalam penerokaan sumber minyak dan gas di blok Ambalat yang telah merujuk kenyataan Ketua Pengarah Minyak dan Gas Indonesia sendiri, iaitu Tutuka Ariadji,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan segera untuk nyahklasifikasikan kandungan perjanjian itu akan memberi pededahan umum berhubung isu Anbalat seterusnya akan merungkai keraguan serta kerisauan rakyat khususnya di Sabah.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/08/20/segera-nyahklasifikasi-perjanjian-maritim-malaysia-indonesia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Boleh Dedah Perjanjian Dengan Indonesia Dalam Psc Cadang Khairy

Kerajaan Boleh Dedah Perjanjian Dengan Indonesia Dalam Psc Cadang Khairy

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 594 hits
agendaily com22 08 2023Khairy Jamaluddin Bagi memastikan ketelusan dan merungkai segala persoalan berhubung perjanjian maritim dengan Indonesia kerajaan campuran digesa mendedahkannya kepada Ahli Parlimen dan wakil di Sabah Bekas menteri ke...
Tak Perlu Perjanjian Damai Segera Bantu Rakyat Penganalisis Ulas Gencatan Politik Pasca Prn

Tak Perlu Perjanjian Damai Segera Bantu Rakyat Penganalisis Ulas Gencatan Politik Pasca Prn

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 400 hits
Bersih mencadangkan kerajaan dan pembangkang berdamai selepas proses pengundian pilihan raya di enam negeri Sabtu lalu PETALING JAYA Penganalisis berpendapat perjanjian damai di antara kerajaan dan pembangkang tidak diperlukan kerana pentad...
Ruang Tamu Di Indonesia Dapur Di Malaysia Rumah Dua Negara Ini Curi Tumpuan Netizen

Ruang Tamu Di Indonesia Dapur Di Malaysia Rumah Dua Negara Ini Curi Tumpuan Netizen

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 458 hits
Mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa di dunia ini wujudnya rumah yang terletak di antara dua buah negara Kenali Rumah Dua Negara Ini Dapur Di Malaysia Manakala Ruang Tamu Di Indonesia Perkongsian Osman Saide di laman Facebooknya baru ...
Nama Sama Tapi Rasa Tak Serupa Lelaki Ini Tunjuk Apa Beza Milo Dari Malaysia Dan Indonesia

Nama Sama Tapi Rasa Tak Serupa Lelaki Ini Tunjuk Apa Beza Milo Dari Malaysia Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 25/8/2023 - jumlah : 289 hits
Siapa yang tak kenal dengan minuman yang satu ini MILO ia sentiasa menjadi salah satu minuman kegemaran di negara ini Seperti yang diketahui minuman ini sangat sesuai untuk dihidangkan sewaktu sarapan pagi selain air kopi dan teh Air berper...
Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia Singapura Dan Indonesia

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 557 hits
Anda tercari cari pelaburan emas terbaik di Malaysia Singapura dan sedang berkembang di Indonesia Anda tak perlu risau sebab saya juga seperti anda Dahulu saya juga tercari cari cara nak mula melabur emas di syarikat atau bank dan paling me...
Pelancaran Super Klasik Baharu Kopi Hitam Segera Khas Untuk Cita Rasa Rakyat Malaysia

Pelancaran Super Klasik Baharu Kopi Hitam Segera Khas Untuk Cita Rasa Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 18/8/2023 - jumlah : 538 hits
Pelancaran SUPER Klasik Baharu Kopi Hitam Segera Khas untuk Cita Rasa Rakyat Malaysia Assalamualaikum semua Pernah try tak minum kopi jenama SUPER Kalau belum serius korang kena pergi try tau sebab sis suka kopi diorang especially yang 3 in...
Triti Laut Sulawesi Yang Ditandatangani Malaysia Amp Indonesia Tidak Melibatkan Ambalat

Triti Laut Sulawesi Yang Ditandatangani Malaysia Amp Indonesia Tidak Melibatkan Ambalat

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 296 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin Triti Laut Sulawesi yang ditandatangani Malaysia dan Indonesia tidak melibatkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat tetapi hanya membabitkan sempada
Rakyat Malaysia Please Take Note

Rakyat Malaysia Please Take Note

papar berkaitan - pada 13/8/2023 - jumlah : 284 hits
Assalamualaikum Rakyat Malaysia please take note Lagi lagi yang travelling berkeluarga ada anak kecil SA terfikir nak share pasal ni sama sama kita berhati hati dengan Dania pun SA dh pesan berhenti kat RNR make sure kat tempat yang ramai o...
60 Rise In Investments In Malaysia In Last 6 Months Says Amirudin

60 Rise In Investments In Malaysia In Last 6 Months Says Amirudin

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 208 hits
Caretaker Selangor menteri besar Amirudin Shari speaking at PH BN s grand ceramah at Ampang tonight AMPANG Caretaker Selangor menteri besar Amirudin Shari says Malaysia has seen a 60 increase in investments in the past six months thanks to ...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Bila Cikgu Rindu Murid Murid Lepas Habis Cuti Sekolah Be Like

Pengajaran Daripada Tragedi Kemalangan Bas Pelajar Upsi

F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu