Ruang Tamu Di Indonesia Dapur Di Malaysia Rumah Dua Negara Ini Curi Tumpuan Netizen


Mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa di dunia ini, wujudnya rumah yang terletak di antara dua buah negara. (📸 ©ohbulan.com) klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)

Kenali Rumah Dua Negara Ini, Dapur Di Malaysia Manakala Ruang Tamu Di Indonesia Perkongsian Osman Saide di laman Facebooknya baru-baru ini menarik perhatian netizen apabila dia menceritakan tentang sebuah rumah unik yang terletak di dua sempadan negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Terletak di Pulau Sebatik. (📸 ©ohbulan.com) Rumah tersebut terletak di Pulau Sebatik, iaitu di sebelah timur laut Kalimantan dan menjadi sebahagian daripada wilayah Kalimantan Utara.

Sebenarnya, Pulau Sebatik terbahagi kepada dua bahagian di mana di bahagian Utara ia adalah milik Malaysia manakala di Selatan pula milik Indonesia. Ruang tamu di Indonesia, dapur di Malaysia. (📸 ©ohbulan.com) Berkongsi pengalamannya ke rumah itu, Osman berkata konsep dalaman rumah itu terbahagi kepada dua. Di bahagian ruang tamu yang terletak di wilayah Indonesia, konsep budaya masyarakat negara itu ditonjolkan manakala di bahagian dapur yang dimiliki Malaysia, binaannya bercirikan masyarakat Malaysia.

Ceritanya juga, ruang tamu rumah tersebut dicat dengan warna merah dan putih bagi melambangkan negara Indonesia, manakala di bahagian dapur yang terletak di Malaysia pula terdapat bendera jalur gemilang yang berkibar di bahagian beranda. Kadang-kadang keliru Rumah Dua Negara. (📸 ©ohbulan.com) Hari ini berpeluang berkunjung ke sebuah rumah yang dibina di atas tanah milik 2 negara iaitu Malaysia dan Indonesia yang terletak di Sungai Aji Kuning di pulau Sebatik. Sebelum ini pernah juga menjejak kaki ke tempat ini tetapi hanya melihat dari luar rumah sahaja dan berkata dalam hati ‘owh ini rupanya rumah dua negara’.

Kali ini berpeluang masuk ke dalam rumah ini dan mengetahui dari dekat lagi, uniknya rumah ini, dari dalam kita akan melihat secara jelas di bahagian ruang tamu rumah merupakan kawasan negara Indonesia manakala ruang dapurnya pula merupakan kawasan negara Malaysia.

Begitu pula Pulau Sebatik secara sedar atau tidak, bolehlah disifatkan antara pulau yang unik kerana pulau tersebut dimiliki oleh dua negara.

Menariknya, binaan dalamannya rumah dua negara ini, di bahagian ruang tamu iaitu kawasan negara Indonesia ditonjolkan konsep budaya masyarakat Indonesia manakala di bahagian dapurnya iaitu kawasan Malaysia, binaannya bercirikan masyarakat Malaysia dan bakal ditambah baik di masa akan datang.

Sempadan kawasan kedua-dua negara didalam rumah ini terletak betul-betul di tengah-tengah rumah iaitu terdapat tanda sempadan di laluan jalan dari arah ruang tamu menuju ke ruang dapur rumah.

Merasakan sebagai satu pengalaman sangat bermakna semasa berada di dalam rumah ini, sesekali terfikir-fikir secara keliru ‘aku sebenarnya berada di Malaysia atau di Indonesia?, sekejap ke dapur (ke Malaysia) dan sekejap ke ruang tamu (ke Indonesia), eh pening !?!? haha

Apa yang memperlihatkan sesuatu yang menarik di rumah dua negara ini, di kawasan negara Indonesia rumah ini telah di cat berwarna merah dan putih iaitu simbolik kepada bendera negara Indonesia di keseluruhan dinding pada luar rumah sebagai persiapan menyambut 17 Agustus iaitu hari kemerdekaan negara Indonesia yang jatuh pada sabtu ini, manakala di kawasan Malaysia iaitu di dapur terdapat bendera jalur gemilang dipasang berkibar di bahagian beranda dapurnya.

Sesekali terfikir juga, pemilik rumah ini adakah memiliki dua taraf kewarganegaraan? haha abaikan soal itu, asalkan ianya unik dan jadi tumpuan umum.

Apapun, itu soal sempadan dua negara, keunikannya berbeza-beza di satu-satu tempat. Tapi tahukah anda, sempadan poligami terletak dimana? sempadan poligami tidak terletak di mana-mana tapi terletak dihadapan kita, iaitu ketika kita melihat isteri kita, itulah sempadannya. haha

SOURCE: Facebook Osman Saide , Youtube The Akis

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2023/08/ruang-tamu-di-indonesia-dapur-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jubin Cantik Latest Design Dan Up To Date Untuk Rumah Dapur Bilik Air Dan Ruang Tamu

Jubin Cantik Latest Design Dan Up To Date Untuk Rumah Dapur Bilik Air Dan Ruang Tamu

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 437 hits
Baru baru ini mummy telah hadir ke Grand Opening Showroom Jubin Cantik di Shah Alam Ada banyak pilihan idea untuk jubin tiles untuk rumah jubin back splash dapur jubin tiles untuk bilik air jubin mozek untuk ruang tamu dan idea untuk bilik ...
Hisense Memperkenalkan Dua Tv Luar Biasa Siri U7k Uled Mini Led Dan Siri U6k Vidaa Di Pasaran Malaysia

Hisense Memperkenalkan Dua Tv Luar Biasa Siri U7k Uled Mini Led Dan Siri U6k Vidaa Di Pasaran Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 274 hits
Hisense syarikat kuasa global dalam industri elektronik teruja untuk mendedahkan dua siri televisyen yang luar biasa Siri LED Mini U7K ULED Hisense dan Siri VIDAA U6K ULED Hisense yang akan dilancarkan tidak lama lagi Bermula dari 5 Ogos hi...
Kuiz Dalam Talian Kemerdekaan Milik Kita Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia

Kuiz Dalam Talian Kemerdekaan Milik Kita Anjuran Perpustakaan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 491 hits
Assalamualaikum wbt Hai pengguna setia Perpustakaan Negara Malaysia Semarakkan rasa cinta anda kepada Negara Malaysia Jom sertai Kuiz Dalam Talian Kemerdekaan Milik Kita diadakan bersempena Bulan Kemerdekaan 2023 anjuran Perpustakaan Negara...
Sudah Tunjuk Lesen Digital Dua Lelaki Malaysia Kecewa Tetap Kena Saman Di Thailand

Sudah Tunjuk Lesen Digital Dua Lelaki Malaysia Kecewa Tetap Kena Saman Di Thailand

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 258 hits
Umum sedia maklum pada Februari lalu kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan bahawa Lesen Kenderaan Motor dan Lesen Memandu Malaysia persendirian diubah mod kepada paparan digital Ini bermaksud setiap pengguna dan pe...
Rasai Kombinasi Dua Jenama Ikonik Pizza Hut Malaysia Dan Coca Cola

Rasai Kombinasi Dua Jenama Ikonik Pizza Hut Malaysia Dan Coca Cola

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 279 hits
Pizza Hut Malaysia dan Coca Cola teruja mengumumkan kolaborasi ikonik dua jenama terkemuka yang menampilkan dua variasi perisa baharu yang lazat Hawaiian Cola Pizza dan Krispy Cola Wingstreet Menariknya setiap hidangan adalah hasil gabungan...
Nasib Baik Malaysia Tak Dinamakan Ikut Nama Penjajah Ini 4 Nama Negara Punca Dari Kesilapan

Nasib Baik Malaysia Tak Dinamakan Ikut Nama Penjajah Ini 4 Nama Negara Punca Dari Kesilapan

papar berkaitan - pada 15/8/2023 - jumlah : 334 hits
Nasib baik Malaysia tak dinamakan ikut nama penjajah ini 4 nama negara punca dari kesilapan Nama sesebuah negara merupakan satu elemen penting yang menjadi identiti kelompok kepada sesebuah masyarakat Walaupun demikian bukan semua negara du...
Kebal Sungguh Budak2 Ni Selamba Main Tepi Kubur Gelagat Budak Budak Ini Curi Tumpuan Ramai

Kebal Sungguh Budak2 Ni Selamba Main Tepi Kubur Gelagat Budak Budak Ini Curi Tumpuan Ramai

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 221 hits
Zaman bermain ketika kanak kanak sudah menjadi lumrah bagi menghilangkan rasa bosan mereka Apatah lagi jika hidup berjiran daripada pagi hingga ke petang hanya memikirkan permainan untuk main bersama sahaja Lain pula yang terjadi pada video...
Baru 4 Hari Kahwin Bini Tak Pandai Masak Minta Pendapat Hal Rumah Tangga Lelaki Diperli Netizen

Baru 4 Hari Kahwin Bini Tak Pandai Masak Minta Pendapat Hal Rumah Tangga Lelaki Diperli Netizen

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 394 hits
Setiap hari memang ramai ahli yang akan berkongsi di group B40 Buat Perangai Apa Harini dan pasti meraih perhatian rakan ahli yang lain 5 days ago Suami Ada Hak Tak Benarkan Isteri Kerja Lelaki Tak Puas Hati Isteri Tak
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Drama Pabila Dia Tersenyum

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain