Tak Perlu Perjanjian Damai Segera Bantu Rakyat Penganalisis Ulas Gencatan Politik Pasca Prn


 
Bersih mencadangkan kerajaan dan pembangkang berdamai selepas proses pengundian pilihan raya di enam negeri,Sabtu lalu.PETALING JAYA: Penganalisis berpendapat “perjanjian damai” di antara kerajaan dan pembangkang tidak diperlukan kerana pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendapat sokongan mencukupi di Parlimen setakat ini.
Kartini Aboo Talib berkata tiada juga negeri diisytihar zon konflik atau perang, walaupun Perikatan Nasional (PN) mendakwa ada referendum rakyat terhadap kerajaan susulan keputusan PRN Sabtu lalu yang menyaksikannya menguasai 146 daripada 245 kerusi.
PRN menyaksikan Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan kekal ditadbir Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) manakala PN mempertahankan Kedah, Terengganu, serta Kelantan.
Ads by Kiosked“Buat masa ini semua pihak harus mula bekerja dan menjalankan tanggungjawab, rakyat letih dengan pilihan raya dan mendengar pemimpin tidak habis-habis berebut kuasa,” kata Kartini dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada FMT.
Beliau mengulas gesaan badan pemantau pilihan raya, Bersih supaya kerajaan dan pembangkang kembali berunding melaksanakan perjanjian damai, bagi manfaat rakyat selepas berakhirnya PRN enam negeri.
Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berpendapat PN dijangka tidak “menawarkan” diri untuk menandatangani perjanjian damai itu malah akan berterusan menyerang kerajaan Anwar, dengan anggapan “mereka sudah menang besar pada PRN lalu”.
Serangan berterusan itu, menurutnya, akan menyebabkan tangan kerajaan persekutuan terikat kerana terpaksa menepis serangan pembangkang, yang dijangka lebih hebat dan panas selepas ini.
“Akhirnya rakyat yang rugi kerana masing-masing tidak menjalankan tugas hakiki mereka,” katanya.
Sementara itu, Salawati Mat Basir dari Universiti Kebangsaan Malaysia berkata politik matang boleh dimulakan dengan memberikan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang yang akhirnya digunakan untuk manfaat rakyat.
Ads by Kiosked“Jangan disekat-sekat kerana rakyat yang menderita, bagi peruntukan sama rata antara wakil kerajaan dan pembangkang…dari situ rakyat akan menilai,” katanya.
Menurut pemerhati politik bebas G Manimaran, Anwar sebenarnya tidak perlu mengalah dengan PN berikutan sokongan Ahli Parlimen kepada blok kerajaan ketika ini tetap kukuh dengan melepasi dua pertiga, melibatkan wakil rakyat gabungan PH-BN-GPS-GRS.
Katanya, PN wajar menghormati titah Yang di-Pertuan Agong supaya semua pihak bersama membina dan memulihkan negara daripada pandemik Covid-19, dengan tidak lagi berterusan “berpolitiking”.
“Jangan jadikan kerajaan semasa sebagai ‘tebusan’ hanya kerana kepentingan sempit dan kepentingan diri,” kata Manimaran. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/tak-perlu-perjanjian-damai-segera-bantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Bn Ph Kemuka Tawaran Emas Buat Rakyat Kelantan

Prn Bn Ph Kemuka Tawaran Emas Buat Rakyat Kelantan

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 409 hits
N Faizal GhazaliGabungan BN dan PH Kelantan mengemukakan tawaran emas bersama kepada rakyat negeri itu sekiranya diberi mandat mentadbir kerajaan selepas pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini Pengerusi parti parti Kerajaan Perpaduan Kelantan...
Kerajaan Cadang Sedia Dana Rm2 Bilion Bantu Naik Gaji Rakyat

Kerajaan Cadang Sedia Dana Rm2 Bilion Bantu Naik Gaji Rakyat

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 532 hits
Bagi menjayakan rancangan meringankan beban kos sara hidup dihadapi rakyat kerajaan bercadang menyediakan dana tambahan bagi tujuan menaikkan gaji rakyat negara ini Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mem...
Antara Rakyat Malaysia Yang Baik Beradab Dan Sopan Berbanding Pelakon Politik Yang Tidak Baik Kurang Ajar Dan Bebal

Antara Rakyat Malaysia Yang Baik Beradab Dan Sopan Berbanding Pelakon Politik Yang Tidak Baik Kurang Ajar Dan Bebal

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 306 hits
Undi Tuan Tuan Bertukar Menjadi Duit Untuk MerekaPagi ini saya terbaca secebis tulisan di laman Quora oleh N Varma ia itu seorang doktor bedah dari India yang telah menetap dan bertugas di Malaysia selama sembilan tahun Dia menulis How bad ...
Prn 6 Negeri 8 Daripada 10 Pemerhati Politik Ramal 3 3

Prn 6 Negeri 8 Daripada 10 Pemerhati Politik Ramal 3 3

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 285 hits
bharian com myOleh Ogos 8 2023KUALA LUMPUR Memasuki minggu kedua kempen suasana di enam negeri yang terbabit dengan Pilihan Raya Negeri semakin rancak dengan pelbagai aktiviti dalam usaha mendekati pengundi menggunakan strategi berbeza demi...
Ahli Politik Rebut Kuasa Rakyat Tak Mampu Beli Susu

Ahli Politik Rebut Kuasa Rakyat Tak Mampu Beli Susu

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 233 hits
Perdana Menteri berkata cadangan penubuhan sekolah itu adalah bagi membolehkan golongan berkenaan mendapat akses pendidikan walaupun keputusan peperiksaan mereka kurang memberangsangkan Justeru Anwar berkata pelaksanaan sekolah berkenaan ak...
Kestabilan Politik Penting Tingkat Ekonomi Taraf Hidup Rakyat Kata Ahmad Maslan

Kestabilan Politik Penting Tingkat Ekonomi Taraf Hidup Rakyat Kata Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 437 hits
KESTABILAN politik penting bagi meneruskan usaha untuk meningkatkan tahap ekonomi negara dan juga menaik taraf kehidupan rakyat kata Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan Beliau berkata keputusan Pilihan Raya Negeri yang selesai baru bar...
Kapal Selam Terlanggar Gunung Dalam Laut

Singgah Cendol Borhan Tanjung Karang

Sambutan Hari Tanah Sedunia 2025 Perkukuh Pengurusan Tanah Lestari Negara

More Than Just Sound Get The Crowd Moving With Jbl Partybox 720

Price Catcher Kpdn Cara Semak Harga Barang Terkini Di Seluruh Malaysia

Lelaki Misteri Lrt Bangsar Serang Wanita

Coros Pace 4 Bakal Dilancarkan 8 Disember Ini

Airasia Perkenal Pilihan Hijab Untuk Kru Kabin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuih Tiram

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Gelar Isteri Perompak Kerana Ambil Wang Rm50 Beli Makanan