Segera Adakan Debat Antara Calon Tinggal 4 Hari Kempen



Tinggal empat hari sebelum rakyat Melaka keluar membuang undi.
Calon-calon selain BN semakin resah akibat kesukaran untuk menyampaikan manifesto parti apatah lagi memperkenalkan diri kepada para pengundi.
Justeru, calon DUN Paya Rumput, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat gesaan terbuka kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya agar melaksanakan program debat untuk setiap calon yang bertanding dan disiarkan melalui media rasmi pemerintah dalam beberapa hari berbaki ini.
“Kita mendesak kerajaan ambil sikap terbuka membenarkan kesemua calon-calon yang bertanding dibenarkan keluar ke semua media arus perdana supaya ada liputan yang adil.
“Kalau tidak pun, benarkan semua calon mengikut DUN diletakkan atas satu pentas. Adakan forum atau debat untuk semua calon-calon yang bertanding agar dapat mempersembahkan idea mereka dan yakinkan pengundi.
“Kalau tidak, maknanya Umno yang sekarang memimpin kerajaan ketakutan dan bimbang dengan keberadaan PH, apatah lagi perpecahan mereka dengan PN yang mungkin telah dirasakan akan kalah teruk dalam pilihan raya
“Pada saya keputusan kalah atau menang bukan perkara utama, yang utama adalah membenarkan proses demokrasi itu berjalan dengan baik,” ujar Shamsul kepada Suara Keadilan.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN itu lagi, debat secara langsung akan membuka minda pengundi sekali gus menarik minat mereka keluar mengundi pada 20 November ini.
“Proses itu (debat) bermakna membenarkan kempen mengikut SOP, yang mana natijah akhir dari kempen untuk mempengaruhi pengundi keluar dengan satu kefahaman, parti mana yang mereka pilih kerana pilihan raya kali ini akan bertahan usianya satu penggal, 5 tahun.
“Sekali lagi kita mendesak kerajaan dalam beberapa hari ini membuka ruang kepada semua calon untuk liputan media arus perdana,” katanya.
Sebaiknya, menurut Shamsul, jika kerajaan PN meneruskan sikap menekan aktiviti berkempen maka hal itu akan meletakkan Malaysia dalam kalangan negara yang mengalami defisit demokrasi, kerana banyak negara lain membuat pilihan raya dalam pandemik tetapi mereka membenarkan kempen.
“Kita lihat dalam hal ini kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara yang dipimpin oleh PM dan Menteri Kesihatan dari Umno, mereka telah menyukarkan proses demokrasi dengan menghalang calon berkempen sesuai dengan SOP sedia ada.
“Kita sebenarnya ada pengalaman pilihan raya, iaitu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Selepas PRN berlaku lonjakan kes, dan PRN Sabah sepatutnya jadi ukuran bagaimana kita menguruskan PRN Melaka.
“Sebab selepas PRN Melaka akan ada pula PRN Sarawak. Selepas itu ada pilihan raya umum. Tak kan kita mahu menjangkakan setiap kali pilihan raya tidak boleh berkempen?” tanyanya.
Mengulas beberapa siri kompaun yang dikenakan kepada calon Pakatan Harapan kerana menggunakan baju berlogo parti, Shamsul menganggap hal itu amat tidak masuk akal kerana calon bertanding berasaskan parti. Katanya, amat mustahil calon tidak memperkenalkan logo parti untuk diundi kepada para mengundi.
“Ini saya anggap satu keputuan yang tidak masuk akal. Kalau tidak, jangan buat PRN kerana calon yang bertanding itu mewakili parti,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33485

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Kempen Prn Melaka Akan Diumum Pada Hari Penamaan Calon Spr

Sop Kempen Prn Melaka Akan Diumum Pada Hari Penamaan Calon Spr

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 436 hits
AGENDA DAILY Suruhanjaya Pilihan Raya Prosedur operasi standard khas bagi Pilihan Raya Negeri Melaka akan dikeluarkan pada hari sama penamaan calon Isnin ini kata Suruhanjaya Pilihan Raya SPR berkata buat masa ini belum ada sebarang SOP yan...
Berapa Hari Lagi Nak Mengundi Mana Janji Boleh Kempen Di Tv

Berapa Hari Lagi Nak Mengundi Mana Janji Boleh Kempen Di Tv

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 397 hits
Janji Menteri kerajaan Perikatan Nasional untuk membenarkan calon calon dalam Pilihan Raya Negeri Melaka berkempen di media rasmi kerajaan kerana kekangan berkempen secara tradisional akibat Prosedur Operasi Piawai terlalu ketat terus ditag...
Bakal Calon Diingat Patuhi Arahan Hari Penamaan Calon Esok Spr

Bakal Calon Diingat Patuhi Arahan Hari Penamaan Calon Esok Spr

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 395 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM PUTRAJAYA Semua bakal calon dan parti parti politik yang terlibat pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Melaka diingatkan mematuhi undang undang peraturan tata etika dan arahan arahan dikeluarkan Suruhanjay...
Hari Ini Komisi I Akan Gelar Rdpu Dengan Calon Panglima Jenderal Andika Perkasa

Hari Ini Komisi I Akan Gelar Rdpu Dengan Calon Panglima Jenderal Andika Perkasa

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 325 hits
Selanjutnya diserahkan kembali kepada Pimpinan DPR direncanakan dapat diparipurnakan Senin tanggal 8 November pungkasnya
Anwar Cadang Debat Terbuka Calon Km Semua Parti

Anwar Cadang Debat Terbuka Calon Km Semua Parti

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 238 hits
FMT Reporters November 11 2021 Anwar Ibrahim mencadangkan satu debat terbuka dianjurkan antara semua calon ketua menteri daripada PH BN dan PN PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mencadangkan satu debat terbuka dianjurkan antara s...
Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis Sedunia

Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis Sedunia

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 509 hits
Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis Sedunia 9 daripada 10 warga pertengahan usia Malaysia berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka dan bagaimana ia mungkin mempengaruhi kekuatan dan pergerakan ketika usia emas merek...
Spr Di Jangka Umum Sop Pilihan Raya Negeri Melaka Pada Hari Penamaan Calon Isnin Ini

Spr Di Jangka Umum Sop Pilihan Raya Negeri Melaka Pada Hari Penamaan Calon Isnin Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 421 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka mengeluarkan prosedur operasi standard khas Pilihan Raya Negeri Melaka pada hari penamaan calon pada Isnin ini SPR berkata buat masa ini belum ada sebarang SOP yang dikeluarkan dan dimuktamadka...
Cadangan Debat Untuk Tonjolkan Kualiti Calon Km Melaka

Cadangan Debat Untuk Tonjolkan Kualiti Calon Km Melaka

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 284 hits
RAIHAM MOHD SANUSI 13 November 2021Anwar IbrahimSHAH ALAM Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tujuan beliau mencadangkan debat antara calon Ketua Menteri Melaka yang ditampilkan PH Barisan Nasional atau Peri...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam