Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis Sedunia


Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis Sedunia | 9 daripada 10 warga pertengahan usia Malaysia berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka dan bagaimana ia mungkin mempengaruhi kekuatan dan pergerakan ketika usia emas mereka
Anlene menyeru warga Malaysia agar mengambil langkah proaktif dalam penjagaan tulang sempena Hari Osteoporosis Sedunia
Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis Sedunia
Dalam tinjauan terbaru yang dijalankan di kalangan warga Malaysia berusia 40 hingga 59 tahun, didapati bahawa 95% daripada responden berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka dan bagaimana ianya mungkin boleh mempengaruhi kekuatan dan pergerakan mereka apabila usia mereka meningkat. Tiga faktor penyumbang utama yang membimbangkan mereka adalah kurang bersenam, pendedahan kepada cahaya matahari yang tidak mencukupi (untuk penghasilan vitamin D dalam badan bagi membantu penyerapan kalsium) dan mengelak daripada mengambil  produk tenusu (yang merupakan sumber kalsium harian).
Hasil tinjauan juga mendapati bahawa walaupun rakyat Malaysia dalam pertengahan usia menyedari tentang kepentingan memiliki tulang yang kuat, 42% berkata tumpuan mereka pada masa kini adalah melindungi diri daripada dijangkiti COVID-19 dan 33% daripada mereka berpendapat bahawa mereka sudah melakukan yang terbaik untuk kesihatan mereka termasuklah kesihatan tulang. 
Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis SeduniaTinjauan ini dilakukan oleh Anlene, Susu Tepung Dewasa No. 1 di Malaysia* yang sentiasa menyokong dan menggalakkan orang ramai supaya menjaga tulang, sendi dan otot yang kuat melalui pemakanan serta gaya hidup yang sihat. Tinjauan ini dilakukan secara blind survey pada awal bulan Ogos di kalangan 320 responden pertengahan usia untuk mengenal pastpemahaman mereka mengenai kesedaran dan pandangan mereka tentang penjagaan kesihatan tulang secara am.
Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis Sedunia
“Melalui respons mereka, kami dapati masih ada jurang dalam pemahaman mereka mengenai kesihatan tulang. Terutamanya berkaitan dengan penjagaan tulang dan sama ada mereka memberi perhatian yang mencukupi untuk menyokong tulang, yang berfungsi bersama dengan sendi dan otot untuk membantu kita bergerak dan menjalani kehidupan seharian,” kata Puan Megawati Suzari, Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik & Pematuhan di Fonterra Brands Malaysia.
Untuk membantu warga Malaysia memahami kesihatan tulang dengan lebih baik dan menggalakkan mereka supaya lebih prihatin terhadap penjagaan tulang mereka, Anlene melancarkan kempen pendidikan sempena Hari Osteoporosis Sedunia 2021, yang jatuh pada 20 Oktober setiap tahun. Kempen ini akan mengetengahkan bagaimana tulang kita yang mungkin menjadi semakin lemah seawal usia 30-an setelah mencapai puncak jisim tulang. Jadi  kita perlu melakukan intervensi gaya hidup untuk membantu melambatkan proses ini supaya tulang kita boleh terus memberi sokongan kepada gaya hidup yang aktif berserta dengan pergerakan yang baik sehingga ke usia emas.
Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis SeduniaMegawati menasihatkan: “Orang dewasa boleh menjaga kesihatan tulang mereka dengan melakukan senaman berkala untuk membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat; dan mengambil diet seimbang yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein. Mengekalkan berat badan dalam julat normal indeks jisim tubuh juga penting kerana kurang berat badan (Indeks Jisim Tubuh kurang daripada 19kg/m2) mampu mempengaruhi kesihatan tulang kita.
Apa yang menarik ialah, tinjauan Anlene juga turut mendapati bahawa 30% responden tidak tahu berapa banyak kalsium dan vitamin D yang harus diambil setiap hari; dan hanya 30% responden meminum susu setiap hari.
Untuk ini, Megawati menjelaskan lebih lanjut: “Orang dewasa disarankan untuk mengambil sekitar 1,000 – 1,200mg kalsium dan 15 - 20mcg vitamin D dalam sehari, sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan tulang harian mereka. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa dalam diet harian yang kekurangan makanan kaya dengan kalsium, mungkin sukar untuk memenuhi keperluan kalsium harian kita. Sebagai contoh, kita mungkin perlu mengambil 200 - 240 mangkuk nasi untuk memenuhi kalsium harian yang kita perlukan.
Oleh itu, ia adalah penting untuk mengenal pasti sumber makanan yang kaya dengan kalsium dan mengambil makanan tersebut dalam diet seimbang kita. Sebenarnya, kalsium boleh didapati dalam sumber makanan seperti susu, sayuran berdaun hijau, ikan bilis, produk soya atau produk diperkaya kalsium lain. Manakala vitamin D boleh didapati dalam ikan berlemak (sebagai contoh salmon, sardin), kuning telur dan produk diperkaya vitamin D termasuk susu.” 
Tambahnya lagi: “Oleh itu, kami menggalakkan semua orang dewasa untuk membuat pilihan makanan yang bijak dan mengambil susu sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Produk tenusu yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein membantu untuk memenuhi keperluan pemakanan harian mereka”.
Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis Sedunia
Sebagai contoh, setiap gelas susu Anlene™ dilengkapi dengan zat-zat utama yang penting untuk menyokong keperluan pemakanan harian orang dewasa. Rangkaian ACTIFIT 3X ™ dilengkapi dengan kalsium tinggi, protein tinggi, kolagen, dan vitamin B2, B6, B12, C, D, dan E. Manakala Anlene™ GOLD 5X™ dirumuskan secara saintifik untuk orang dewasa berumur 45 tahun dan ke atas, dengan zat-zat penting seperti tersebut tadi, ditambah dengan MFGM Active™, yang membekalkan membran globul lemak susu. Ia juga tiada  gula tambahan.
Kajian menunjukkan bahawa peserta yang mengambil 2 gelas susu yang ditambah dengan MFGM (Membran Globul Lemak Susu) dan zat-zat penting berserta dengan senaman berkala setiap hari, mengalami peningkatan fleksibiliti sebanyak 2 kali ganda, peningkatan keseimbangan sebanyak 3 kali ganda dan peningkatan jisim otot sebanyak 40% lebih banyak berbanding kumpulan kawalan.
Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis Sedunia
Bercakap dalam rancangan temu bual TV sebagai sebahagian daripada kempen Hari Osteoporosis Sedunia, Profesor Madya Dr Nor Faissal Yasin, Pakar Perunding Kanan Surgeri Ortopedik, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan UM Specialist Centre menasihati rakyat Malaysia untuk memberi perhatian kepada risiko mengalami penyakit yang berkaitan dengan tulang, seperti osteoporosis yang mungkin  dihadapi oleh hampir 1 daripada 4 rakyat Malaysia (terutamanya golongan wanita) berumur 50 tahun dan ke atas.
“Osteoporosis ialah penyakit senyap yang sering hanya diketahui apabila berlakunya keretakan tulang, biasanya pada pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang belakang. Faktor risiko termasuk kekurangan pengambilan kalsium dan vitamin D, kekurangan aktiviti fizikal, kurang berat badan, merokok, pengambilan alkohol secara berlebihan, usia lanjut, serta sejarah keluarga,” kata Dr Nor Faissal.
Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis Sedunia“Orang dewasa pertengahan usia harus memandang serius terhadap penjagaan tulang. Pencegahan osteoporosis merupakan amalan sepanjang hayat, yang boleh bermula dengan mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat termasuklah amalan pemakanan yang seimbang dan kekal aktif secara fizikal dengan lebihkan masa berjalan setiap hari. Selain itu, warga Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas juga disyorkan untuk berunding dengan pakar penjagaan kesihatan untuk menilai kesihatan tulang mereka setiap tahun,” tambahnya lagi.
Anlene Lancar Kempen Pendidikan Sempena Hari Osteoporosis SeduniaTulang yang kuat merupakan salah satu asas untuk menyokong pergerakan, ketahui apakah Usia Pergerakan anda dengan menilai postur, kekuatan, kelenturan dan keseimbangan anda dengan kuiz dalam talian Anlene Move Check https://movecheckquiz.anlene.net.my/ .


Tentang Fonterra
Kami merupakan sebuah syarikat pemakanan tenusu global yang dimiliki oleh 10,000 orang peladang dan keluarga mereka. Kami membina kepakaran menerusi warisan ribuan peladang yang menjadikan New Zealand sebagai peneraju tenusu di dunia.  Menerusi semangat kerjasama dan sikap serba boleh, kami menjadi pengeksport tenusu yang terkemuka di peringkat global. Warga kami seramai 22,000 orang berkongsi kebaikan pemakanan tenusu dengan warga dunia menerusi jenama penyelesaian khidmat makanan pengguna dan ramuan yang inovatif dan operasi perladangan dan pemprosesan kami di empat buah benua.
Fonterra Brands Malaysia memulakan operasinya di Shah Alam, Selangor pada 1975. Hari ini syarikat memiliki dua kilang pengeluaran, Susumas dan Dairymas, dan seramai 700 pekerja yang berusaha untuk menyediakan khasiat tenusu terbaik untuk rakyat Malaysia. Semua produk tenusu Fonterra Brands Malaysia memiliki sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT). Fonterra Brands Malaysia turut mematuhi standard industri antarabangsa dan tempatan dan memiliki sijil FSSC22000, Veterinary Health Mark dan GMP. Fonterra di Malaysia dikenali menerusi jenama terkemuka termasuklah Anlene, Anmum Materna, Anmum Lacta, Anmum Essential, Fernleaf, CalciYum dan Chesdale. Bagi bahagian khidmat makanannya, Anchor Food Professionals, dikenali menerusi jenama Anchor, Mainland dan Perfect Italiano.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/11/anlene-lancar-kempen-pendidikan-sempena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Osteoporosis Sedunia 9 Daripada 10 Warga Pertengahan Usia Malaysia Berasa Bimbang Akan Kesihatan Tulang Mereka

Hari Osteoporosis Sedunia 9 Daripada 10 Warga Pertengahan Usia Malaysia Berasa Bimbang Akan Kesihatan Tulang Mereka

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 227 hits
Bagaimana ia mungkin mempengaruhi kekuatan dan pergerakan ketika usia emas merekaAnlene menyeru warga Malaysia agar mengambil langkah proaktif dalam penjagaan tulang sempena Hari Osteoporosis SeduniaDalam tinjauan terbaru yang dijalankan di...
Ptti Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar

Ptti Lancar Kempen 2 Juta Bangkit Belajar

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 296 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraPTTI LANCAR KEMPEN 2 JUTA BANGKIT BELAJARSelepas lima tahun mengukuhkan jenamanya sebagai pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia PTTI terus dedikasi meneruskan...
Hiburan Ds Vida Buat Majlis Hari Jadi Tema Perkahwinan Sempena Resepsi Nikah Yang Tak Jadi

Hiburan Ds Vida Buat Majlis Hari Jadi Tema Perkahwinan Sempena Resepsi Nikah Yang Tak Jadi

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 191 hits
Berikutan majlis perkahwinan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya Iqbal Zulkefli tidak menjadi kenyataan nampaknya resepsi tersebut telah bertukar menjadi majlis sambutan hari jadi Vida pula yang dis...
Sop Kempen Prn Melaka Akan Diumum Pada Hari Penamaan Calon Spr

Sop Kempen Prn Melaka Akan Diumum Pada Hari Penamaan Calon Spr

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 282 hits
AGENDA DAILY Suruhanjaya Pilihan Raya Prosedur operasi standard khas bagi Pilihan Raya Negeri Melaka akan dikeluarkan pada hari sama penamaan calon Isnin ini kata Suruhanjaya Pilihan Raya SPR berkata buat masa ini belum ada sebarang SOP yan...
Hadith Doa Hari Ini 1 November 2021 25 Rabiul Awwal 1443h Isnin

Hadith Doa Hari Ini 1 November 2021 25 Rabiul Awwal 1443h Isnin

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 278 hits
Hadist Hari Ini Isnin 25 Robiul Awwal 1443 Dari Sayyidina Abdullah bin Mas ud berkata Baginda Rasulullah tidur di atas selembar tikar lalu bangun sedang di lambungnya tampak bekas tikar itu Kami berkata Ya Rasulullah alangkah baiknya kalau ...
Tampil Bergaya Di Hari Raya Dengan Nazrai Face Mask Extender

Tampil Bergaya Di Hari Raya Dengan Nazrai Face Mask Extender

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 181 hits
Tampil Bergaya Di Hari Raya Dengan NAZRAI Face Mask Extender Assalamualaikum semua Huwaaa kerajaan dah umumkan bahawa Selangor akan menjalani temph PKP lagi Time hari raya pulak tu Haish sedihnya tak dapat balik kampung Tapi sis tak kira ra...
Covid 19 4626 Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 4626 Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 189 hits
Covid 19 4626 kes baharu hari ini Kementerian Kesihatan hari ini melaporkan 4 626 kes baru Covid 19 Kes kumulatif kini berjumlah 2 476 268 Jangkitan baru yang dilaporkan hari ini adalah yang terendah dalam 133 hari sejak 21 Jun Jumlah kemas...
Hiburan Hukum Sambut Hari Atau Berpakaian Halloween Bagi Umat Islam Adalah Haram Pu Syed

Hiburan Hukum Sambut Hari Atau Berpakaian Halloween Bagi Umat Islam Adalah Haram Pu Syed

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 327 hits
Pendakwah bebas dan peserta Pencetus Ummah PU Syed mengingati orang ramai bahawa perayaan Halloween sama sekali tidak boleh disambut oleh umat Islam ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut perkongsian yang dibuat oleh pendakwah itu di Instag...
Mengapa Semuanya Jatuh Pada Hari Jumaat

Mengapa Semuanya Jatuh Pada Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 255 hits
Dolar AS mengukuh selepas hasil bon kerajaan AS meningkat di tengah tengah berita bahawa penunjuk inflasi pilihan Rizab Persekutuan menunjukkan bahawa harga terus meningkat lebih cepat daripada sasaran 2 Sebaliknya euro yang sangat tertekan...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je