Cadangan Debat Untuk Tonjolkan Kualiti Calon Km Melaka




RAIHAM MOHD SANUSI | | 13 November 2021
Anwar Ibrahim


SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tujuan beliau mencadangkan debat antara calon Ketua Menteri Melaka yang ditampilkan PH, Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) adalah bagi menonjolkan kualiti mereka sebagai pemimpin.


Ketua Pembangkang itu berkata, budaya debat dan berwacana sepatutnya dijadikan wahana terbaik bagi menyampaikan wawasan, misi serta matlamat mereka kepada rakyat demi kepentingan negeri sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


"Respons daripada calon Ketua Menteri Melaka dari BN bahawa beliau tidak bersedia untuk berdebat sangat tidak matang dan mengecewakan.


"PN pula nampaknya mungkin cenderung untuk pilih jalan yang sama kerana sehingga hari ini belum ada respons balas daripada mereka," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Sabtu.



Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada Jumaat mencadangkan agar diadakan debat terbuka antara calon-calon Ketua Menteri Melaka sempena PRN kali ini bagi melonjakkan imej Malaysia sebagai negara demokrasi contoh.


Menerusi perkongsi video ucapannya yang turut dimuat naik menerusi hantaran itu, Anwar turut menekankan tentang mengapa perlunya ada perbebatan, perbahasan atau dialong antara ketiga-tiga calon Ketua Menteri itu.


Menurutnya, ruang perdebatan, perbahasan atau dialog dalam proses pilihan raya di negara ini merupakan sesuatu situasi yang harus diperbetulkan.


Tegas beliau, kesemua calon itu perlu menyatakan dasar dan usaha yang akan mereka lakukan sekiranya mereka menang dan dipilih rakyat pada PRN berkenaan.


"Ini supaya rakyat boleh pegang janji mereka dan tuntut supaya mereka melaksanakannya.


"Setakat ini hanya calon daripada PH, Adly Zahari yang bersetuju, yang lain (calon BN) elak nak lari dan satu lagi (calon PN ) tak tahu ke mana. Jadi kita tak nak tengok keadaan yang serabut di Melaka," katanya.


Rabu lalu, PH menamakan Adly yang juga Ketua Menteri Melaka dari tahun 2008 hingga 2020 merangkap Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai calon Ketua Menteri Melaka yang baharu.


Bagaimanapun, BN terlebih dahulu menamakan calon Ketua Menteri mereka iaitu bekas Ketua Menteri Melaka sebelum ini, Datuk Seri Sulaiman Md Amin sejak pengumuman calon oleh parti-parti bertanding.


Namun berbeza bagi PN yang masih belum menamakan calon Ketua Menteri mereka sehingga kini.


Sebaliknya, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat hanya mengesahkan bahawa calon Ketua Menteri itu akan dipilih daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Katanya, PN akan mengumumkan nama calon berkenaan beberapa hari sebelum hari pengundian pada 20 November depan.



© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/cadangan-debat-untuk-tonjolkan-kualiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Tolak Debat Calon Km Melaka Disiarkan Di Rtm

Kerajaan Tolak Debat Calon Km Melaka Disiarkan Di Rtm

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 259 hits
MALAYSIA POST FAKTOR hanya Pilihan Raya Negeri merupakan alasan debat antara calon Ketua Menteri Melaka ditolak untuk disiarkan menerusi platform media rasmi kerajaan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata ianya tidak...
Barisan Nasional Tanding Sendirian Tampilkan 28 Calon Pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ini

Barisan Nasional Tanding Sendirian Tampilkan 28 Calon Pada Pilihan Raya Negeri Melaka Ini

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 303 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional menampilkan 28 calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka sekali gus bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama parti lain Pengarah Pilihan Raya BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dalam PRN itu UMNO menampilkan...
Prn Melaka Semua Calon Pn Wajib Tandatangani Akujanji Anti Rasuah

Prn Melaka Semua Calon Pn Wajib Tandatangani Akujanji Anti Rasuah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 257 hits
Perikatan Nasional mewajibkan kesemua 28 calonnya dalam Pilihan Raya Negeri Melaka menandatangani surat akujanji menentang rasuah dalam tempoh sehari dua lagi Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi menunjukkan komitmen gabung...
Tahniah Calon Barisan Nasional Prn Melaka

Tahniah Calon Barisan Nasional Prn Melaka

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 269 hits
Setinggi tahniah kepada semua calon yang tersenarai bakal membawa obor BN dalam PRN Melaka Kesemuanya ada kekuatan dan keistimewaan tersendiri Keberanian kepimpinan parti untuk membariskan beberapa wakil generasi muda merupakan petanda baik...
Calon Ketua Menteri Melaka Dari Pn Masih Misteri

Calon Ketua Menteri Melaka Dari Pn Masih Misteri

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 389 hits
November 12 2021 Perbincangan untuk menentukan siapa calon Ketua Menteri Melaka dari Perikatan Nasional telah berlangsung namun identitinya biarlah terus menjadi misteri kata Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful ...
Prn Melaka 11 Calon Dari Pkr 9 Amanah 8 Dap

Prn Melaka 11 Calon Dari Pkr 9 Amanah 8 Dap

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 299 hits
FAZLI RADZIPakatan Harapan menampilkan 28 calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka dengan 11 calon diwakili PKR sembilan dari AMANAH dan lapan calon diwakili DAP Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR berkata kesemua calo...
Prn Melaka Sulaiman Md Ali Calon Ketua Menteri Bn Mohamad Hasan

Prn Melaka Sulaiman Md Ali Calon Ketua Menteri Bn Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 250 hits
Fareez AzmanDatuk Seri Sulaiman Md Ali dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya Barisan Nasional diberi mandat untuk membentuk kerajaan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri pada 20 November ini Gambar fail AYER KEROH Datuk Se...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi