Sedihnya Apabila Permata Negara Prince Court Medical Centre Dijual
Sejarah Pusat Perubatan Prince Court.
Projek ini dimulakan oleh PETRONAS masa PM ke-4 di mana kontrak pembinaan berharga RM357 juta diberi kepada syarikat Peremba Construction Sdn Bhd pada September 2002.
Tetapi syarikat Peremba gagal untuk menyiapkan projek tersebut dan kontrak mereka dibatalkan pada bulan Oktober 2006.
Projek pembinaan ini disambungkan oleh syarikat Sunway Construction Sdn Bhd dengan harga RM391 juta.
Akhirnya, hospital ini memulakan operasi pada akhir tahun 2007 dengan kos keseluruhan RM544 juta.
Oleh kerana perlu menanggung modal pembinaan serta kos operasi permulaan yang tinggi, Hospital ini mengalami kerugian tahunan sehingga tahun 2017 di mana mereka berjaya mencatat sedikit keuntungan buat kali pertamanya.
Pada bulan Mac 2018 pula, Khazanah Nasional membeli hospital ini dari PETRONAS dengan harga RM1.08 bilion.
Prestasi hospital ini terus memulih dan meningkat dan mereka berjaya mencatat keuntungan RM50 juta untuk tahun 2018.
Pada bulan November 2018 pula, Khazanah di bawah kerajaan PH telah menjual sebahagian dari kepentingan mereka dalam syarikat rangkaian hospital swasta IHH Berhad kepada syarikat Jepun dengan harga RM8.42 bilion.
Dengan penjualan ini, Khazanah Nasional bukan lagi pemegang saham terbesar IHH Berhad.
Tempat ini diambil alih oleh Syariakt Jepun yang membeli saham itu.
Bulan ini pula, Khazanah menjual keseluruhan kepentingan mereka dalam Pusat Perubatan Prince Court kepada syarikat IHH Berhad dengan harga RM1.02 bilion - iaitu RM60 juta di bawah harga pembelian mereka.
Khazanah tiba-tiba perlu mengalami kerugian RM60 juta ini walaupun hospital Prince Court telah berjaya dipulihkan dan mencatat keuntungan yang tinggi dan keuntungan mereka semakin meningkat.
Satu lagi hospital di Malaysia yang sebelum ini dikuasai penuh oleh PETONAS dan kemudiannya oleh Khazanah Nasional tiba-tiba menjadi milik penuh syarikat swasta di mana pemegang saham terbesarnya adalah syarikat dari Jepun.
Susah payah untuk dipulihkan.
Sebaik sahaja berjaya dipulihkan dan mula mencatat keuntungan besar yang semakin meningkat, tiba-tiba dijual pula dengan harga lebih murah kepada syarikat swasta.
#PenjualanBelumSelesai
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://thekl-chronicle.blogspot.com/2019/09/sedihnya-apabila-permata-negara-prince.html