Obesiti Malaysia Negara Orang Gemuk


Hello pembaca kesayangan,

Kali ini, Misz-ella nak kongsikan tentang Obesiti (obesity) ataupun keadaan perubatan di mana lemak badan berlebihan yang terkumpul sehingga ke satu tahap yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang dan boleh menjurus kepada kematian.

OBESITI (Obesity) adalah masalah kesihatan yang telah menular bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi di seluruh dunia. Hampir 44.3 % penduduk Malaysia adalah obese dan 1/3 penduduk dunia termasuk dalam kategori yang sama.




Paling membimbangkan apabila Malaysia dikatakan mempunyai kadar obesiti yang paling tinggi di Asia Tenggara dan dikatakan sebanyak 73 peratus kematian di hospital kerajaan disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD) terutama membabitkan masalah obesiti. 


Malaysia juga dikatakan negara orang gemuk. Almaklumlah, Malaysia kan syurga makanan, makanan dari pelusuk dunia ada di sini yang menyebabkan rakyat Malaysia terlalu menikmati makanan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Nampak sangat rakyat Malaysia suka makan tapi tak tau jaga badan, kan.
Imej dari Google
Seorang individu akan dianggap obese apabila indeks jisim badannya (BMI) mencecah 30 dan ke atas.

Kebanyakan penghidap obesititak sedar bahawa gaya hidup tidak sihat yang menjadi amalan selama ini akan mengundang impak negatif dalam hidup mereka. Ada juga yang sedar bahawa gaya hidup mereka tak sihat tetapi wujudnya mentaliti  ohh gemuk sangat comel ataupun tak pe lah gemuk asalkan sihat membuatkan mereka leka, sedar-sedar dah obese.
Obesiti menjejaskan penampilan diri dan mengundang penyakit-penyakit berbahaya seperti diabetes, hipertensi, gangguan tidur dikenali sebagai obstructive sleep apnea (OSA), strok dan penyakit jantung.  Tanpa kita sedari, obesiti sebenarnya adalah satu penyakit yang perlu diberi perhatian serius!


Baru-baru ini Misz-ella dan rakan-rakan blogger berpeluang menghadiri majlis perkongsian ilmiah iaitu Health Awareness Talk – Obesity is a disease. Find a Solution yang dianjurkan oleh Medi-excell Sdn Bhd bertempat di Restoran Hydramawt, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Perkongsian ilmu selama sejam oleh Dr. Mustafa Mohammed, Pakar Bedah Bariatric itu telah membuka minda kami tentang kepentingan menjaga pemakanan dan kesihatan bagi mengelakkan obesiti.


Imej dari Google
Menariknya sessi bersama Dr. Mustafa ialah sessi tersebut lengkap dengan ilmu pengetahuan yang sangat berguna tentang amalan gaya hidup sihat, obesiti dan cara mengatasinya. Paling penting terlebih dahulu, kita perlu tau apakah Body Mass Index (BMI) badan kita untuk memastikan adakah berat badan dan tinggi kita seimbang ataupun sebaliknya.


Sebaik sahaja BMI badan mencecah 30, maka kita telah memasuki obesiti Kelas 1.






Dr. Mustafa turut kongsikan bahawa obesiti tidak terjadi dalam sekelip mata atau dalam sehari tetapi bermula dari peringkat kanak-kanak lagi.



Salah satu cara ke arah gaya hidup yang lebih sihat ialah dengan mengamalkan pengambilan sarapan. Nasihat Dr. Mustafa, sarapan pagi sangat penting kerana kalau tak sarapan pagi, kita akan terdedah kepada risiko mengambil makanan berlebihan di kemudian hari *sebab dah terlalu lapar, kan*


5 Cara ke arah gaya hidup sihat adalah :
Jadi lebih aktif setiap hari
Minum air kosong banyak-banyak
Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
Tutup TV serta telefon bimbit. Lakukanlah aktiviti fizikal
Berhati-hati ketika pilih kudapan, pilihlah yang lebih sihat dan baik untuk badan



Turut dikongsikan bersama kami adalah fakta tentang senaman. 15 minit pertama semasa bersenam, hanya gula dan karbo dibakar oleh badan kita. Hanya  selepas 30 minit bersenam barulah badan kita bersedia untuk memasuki fat burning zone. Ini bererti, kita perlu bersenam sekurang-kurangnya sejam, kalau tak, kita penat beria-ia, berpeluh beria-ia tapi lemak tak terbakar dan misi pun tak tercapai, kan. So, keep pushing guys .. jangan give up, k.




Orang kata, kalau nak kurus kena pilih diet yang tinggi serat (fibre) iaitu bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran tetapi kena berhati-hati dan pilihlah buah yang betul kerana didalam buah-buahan juga terdapat gula. Nampaknya lepas ni kita kena makan buah pisang lebih lah kerana kandungan gula didalam sebiji pisang adalah lebih rendah berbanding dengan didalam buah-buahan lain.






Satu lagi fakta yang dikongsikan bersama kami pada majlis itu ialah tentang peratusan kandungan gula didalam segelas bubble tea. Kedai-kedai yang menjual bubble tea tumbuh bagai cendawan seterusnya mencetuskan kegilaan terhadap bubble tea ini .. kalau tak minum bubble tea, macam tak ikut trend lah tapi tahukah anda bahawa peratusan gula didalam segelas bubble teaadalah sangat tinggi, tidak bagus untuk kesihatan sekiranya diambil secara berterusan? *Oh dear .. nasib baik Misz-ella bukan peminat bubble tea*


Berbalik kepada obesiti yang menjadi topik utama blog post ini, walaupun terdapat kesedaran, keazaman atau semangat untuk menurunkan berat badan agar ia kembali normal di kalangan pesakit obesiti, mereka mungkin MEMERLUKAN LEBIH BANTUAN, bukan sekadar hanya diet sihat, senaman atau sebagainya.


Antara kaedah penurunan berat badan yang selamat dan semakin menjadi pilihan ramai adalah pembedahan bariatric, iaitu sejenis pembedahan sistem pencernaan dalaman bagi membantu mereka yang menghidap berat badan yang melampau (obesiti) mencapai berat badan ideal.

Terdapat beberapa jenis pembedahan bariatric yang secara asasnya akan mengurangkan saiz perut pesakit obesiti.

Menurut Dr. Mustafa, selepas melalui pembedahan bariatric atau juga dikenali sebagai pembedahan pintasan gastrik, kuantiti serta jumlah nutrisi yang berjaya diserap oleh tubuh badan pesakit dapat dikawal secara semulajadi dan ini akan mendorong pesakit mendapat berat badan ideal. Tahap kesihatan dan kecergasan juga akan menjadi lebih baik.

Walaupun begitu, pembedahan bariatric bukan untuk semua orang kerana pesakit obesiti perlu menjalani ujian saringan dibawah kawalan pakar bedah batriatric terlebih dahulu untuk memastikan samada pesakit tersebut benar-benar layak menjalani pembedahan bariatric atau sebaliknya.

Antara syarat-syarat asas yang perlu ada pada seseorang ingin menjalani pembedahan bariatric adalah pesakit perlu memiliki bacaan BMI melebihi 30, pesakit obesiti yang juga mempunyai penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis, kesukaran untuk tidur malam dan sebagainya, pesakit obesiti yang gagal menurunkan berat badan melalui diet serta senaman. Pesakit obesiti juga perlu berumur 18 tahun bagi membolehkan beliau menjalani pembedahan bariatric ini. Meskipun begitu, terdapat juga pesakit obesiti di kalangan remaja dan kanak-kanak yang memerlukan pembedahan Bariatric *bergantung kepada hasil ujian saringan yang dijalankan ke atas mereka* dan ianya hanya akan dilakukan selepas sessi rundingan bersama ibu bapa atau penjaga mereka.


Penyanyi Aishah
Di antara pesakit obesiti yang telah menjalani pembedahan bariatric bersama Dr. Mustafa adalah Rahim Sepahtu, penyanyi Aishah dan Alif Johan (anak kepada penyanyi Nora) dan ramai lagi.





Turut berkongsi pengalaman menjalani pembedahan bariatric adalah pelawak terkenal Rahim Sepahtu. Obesiti yang dihidapi beliau sebelum ini telah mencapai peringkat bahaya sehingga menganggu kehidupan beliau. Beliau menghadapi masalah jantung yang terhenti secara tiba-tiba sewaktu tidur dan terpaksa tidur menggunakan CPAP machine. Beliau juga tidak 'fit' untuk bersukan malah tidak pernah bermimpi untuk melakukannya.
Selepas menjalani pembedahan bariatric, beliau bukan sahaja  mendapat berat badan ideal malah ibarat mendapat ‘hidup baru’ apabila tahap kesihatan dan kecergasan beliau berjaya ditingkatkan. Berat badan ideal bersifat kekal tidak akan berhadapan dengan masalah ‘kembali ke zaman obesiti sekali lagi’ *tiada masalah rebounce weight atau yo-yo effect*






Rahim Sepahtu pada hari ini





Dr. Mustafa telah berjaya merubah penampilan ramai pesakit obesiti yang kini menjalani kehidupan yang lebih baik serta memiliki tahap kesihatan yang lebih memuaskan.



Terima Kasih diucapkan kepada medi-excell Sdn Bhd dan Dr. Mustafa di atas majlis perkongsian berilmiah yang sangat bermakna ini.





Kami pulang dengan membawa mesej yang penuh bermakna dari Dr. Mustafa. Paling best ialah Jangan Berhenti Makan tetapi ubahlah cara pemakanan agar lebih sihat.





Buat mereka yang menghidap obesiti dan memerlukan khidmat rundingan serta bantuan, sila hubungi Puan Rafeah di talian 016-2330678. Akhir kata, jangan lupa untuk Follow Instagram Dr. Mustafa Mohammed di instagram.com/dr.mustafamt untuk maklumat terkini tentang obesiti dan pembedahan bariatric



























Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2019/09/obesiti-malaysia-negara-orang-gemuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Temui Raja Malaysia Jokowi Mau Pertamina Petronas Garap Proyek Di Negara Lain

Temui Raja Malaysia Jokowi Mau Pertamina Petronas Garap Proyek Di Negara Lain

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 433 hits
Pertemuan bilateral antara Presiden Joko Widodo dengan Raja Malaysia Al Sultan Abdullah Ri ayatauddin Al Mustafa Billah Shah salah satunya membahas kolaborasi antara Pertamina dan Petronas Kedua negara ingin dua perusahaan itu menggarap pro...
50 Negara Antara Wajah Paling Cantik Didunia Malaysia Ke 25

50 Negara Antara Wajah Paling Cantik Didunia Malaysia Ke 25

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 1066 hits
Kecantikan bukan sekadar raut wajah namun kecantikan sebenar bersama keperibadian keterampilan diri bersama adab sopan menjaga tuntutan agama adat dan tatasusila secara keseluruhanya Tidak mustahil ada yang lebih cantik cuma tidak menonjolk...
Ingatkan Malaysia Je Rupanya Ini Negara Negara Lain Yang Turut Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

Ingatkan Malaysia Je Rupanya Ini Negara Negara Lain Yang Turut Sambut Hari Merdeka 31 Ogos

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 412 hits
Semalam rakyat Malaysia amat bertuah kerana sekali lagi diberi peluang untuk mengecapi nikmat keamanan apabila kita menyambut Hari Kemerdekaan Ke 62 Seperti yang kita semua sedia maklum 31 Ogos setiap tahun di tetapkan sebagai Hari Merdeka ...
Pantun Hari Kemerdekaan Negara Malaysia

Pantun Hari Kemerdekaan Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 989 hits
Ada pelbagai cara rakyat Malaysia meraikan hari Kemerdekaan Malaysia Ada yang menyambutnya dengan melihat perarakan mega di ibukota Ada yang menyambutnya dengan shopping sakan sempena tawaran Hari Merdeka Ada pula yang pergi bercuti bersama...
Cintailah Negara Kemerdekaan Negara Malaysia Ke 62

Cintailah Negara Kemerdekaan Negara Malaysia Ke 62

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 848 hits
kredit The Patriots Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda semua Bertemu kembali paga entri kali ini Beberapa hari yang lepas Naim tidak menulis entri kerana ada beberapa urusan peribadi sedikit Hari ini penghulu segala hari iaitu har...
Tolak Gojek Masuk Malaysia Pengusaha Taksi Ini Hina Indonesia Dengan Sebutan Negara Miskin

Tolak Gojek Masuk Malaysia Pengusaha Taksi Ini Hina Indonesia Dengan Sebutan Negara Miskin

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 305 hits
Transportasi online asal Indonesia GoJek akan beroperasi di Malaysia Hal ini sudah disetujui kabinet Perdana Menteri Mahathir Mohamad Dilansir dari Nikkei Asian Review permohonan Gojek ini disetujui pada Rabu Namun kehadiran GoJek di Malays...
Cara Nak Beli Tiket Zoo Negara Legoland Malaysia Dan Aquaria Lebih Murah

Cara Nak Beli Tiket Zoo Negara Legoland Malaysia Dan Aquaria Lebih Murah

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 1027 hits
Cuti sekolah dah dekat ni dan juga anak anak ramai dah habis peperiksaan seperti UPSR dan juga peperiksaan akhir tahun Sekarang masa yang sesuai untuk ibu bapa merancang untuk percutian yang lebih bermakna dengan anak anak Kalau nak bawa be...
Jokowi Ajak Raja Malaysia Keliling Kebun Raya Bogor

Jokowi Ajak Raja Malaysia Keliling Kebun Raya Bogor

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 367 hits
Setelah itu Jokowi mengajak Raja Abdullah meninjau Kebun Raya Bogor Jokowi tampak menyopiri Raja Abdullah menggunakan mobil golf Di belakangnya ada Iriana dan Permaisuri
Malaysia Baharu Wang Hantaran Pun Kena Cukai Yana Najib

Malaysia Baharu Wang Hantaran Pun Kena Cukai Yana Najib

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 427 hits
Anak perempuan Datuk Seri Najib Razak secara sinis meminta semua suami di luar sana berjaga jaga kerana pemilikan kediaman bersama pasangan suami isteri pemberian hantaran oleh suami serta hadiah perkahwinan oleh rakan rakan kini dianggap s...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Importance Of Domain Valuation

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Makan Di Ayam Gepuk Top Global


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan