Sedih Bila Masjid Berebut Simpan Duit Bukan Berlumba Bantu Orang Miskin




Mana maruah Melayu, 80% gelandangan Islam makan di gereja


Lebih 80 peratus daripada kira-kira 100 orang gelandangan atau warga miskin kota yang menerima bantuan makanan di sesebuah gereja pada satu-satu masa terdiri daripada Melayu beragama Islam

Pendedahan tersebut diakui seorang ibu tunggal ketika kebetulan ditemui Malaysia Dateline di Surau Balai Islam berdekatan Bulatan Pahang, Kuala Lumpur semalam

Hanya mahu dikenali sebagai Junaidah (bukan nama sebenar), 50, beliau yang menjaga seorang anak lelaki menghidap penyakit ulser tulang memberitahu ramai gelandangan Melayu terpaksa mengharap bantuan daripada pihak gereja dan NGO berlatar belakangkan Kristian

Ujarnya, sebuah gereja berhampiran Dataran Merdeka menyediakan sarapan mulai jam 8 pagi setiap hari manakala satu gereja lagi di Bukit Nanas menjamu makanan tengah hari kepada warga miskin kota juga setiap hari

“Bagusnya lagi, pihak gereja menghormati gelandangan beragama Islam. Kami akan makan terlebih dahulu selepas wakil daripada kami diminta membacakan doa makan. Kemudian, baru doa untuk penganut mereka pula dibaca

“Selain makanan, gereja dekat Dataran Merdeka itu siap beri sabun, benarkan gelandangan cuci baju dan sediakan ampaian untuk menjemur pakaian,” ujarnya yang kali terakhir menerima bantuan makanan di gereja terbabit selepas Aidilfitri tahun lalu

Beliau yang tiba di surau itu bertanyakan pada Malaysia Dateline tentang imam untuk memohon bantuan wang ihsan selepas kira-kira sejam berlalunya solat Asar berjemaah

“Minta bantuan pada Baitulmal setakat RM250 hingga RM300 sebulan. Sewa bilik di KL pun sudah RM300

“Saya dengan anak berusia 25 tahun mulai tahun 2016 tidur di sekitar Masjid Negara kerana tak mampu menyewa bilik,” ujarnya yang berasal dari Rembau

Bercerita lanjut tentang perbandingan dengan layanan institusi ibadat Islam, Junaidah berkata, pihak masjid sekitar ibu negara tidak pula berbuat demikian

“Masjid Negara pun tidak ada. Hanya NGO dan mahasiswa saja yang ada berikan kami sumbangan makanan

“Kalau dekat kawasan Kolej Segi berhampiran Anjung Singgah, ada seorang Datin bagi sumbangan duit setiap bulan. Itu usaha orang perseorangan. Kalau Baitulmal lagilah, bagi (bantuan kewangan) buat syarat saja

“Kelmarin, saya minta bantuan wang ihsan untuk ambil dua anak yang dijaga bekas suami di Jengka. Baitulmal tak bagi wang sebab katanya duit bulanan sudah bagi,” ceritanya di perkarangan surau sambil merenung jauh kenderaan yang mulai sesak di Bulatan Pahang itu

Berkongsikan pengalamannya yang pernah memohon bantuan bulanan pada Baitulmal di Terengganu tahun lalu bagi pihak anaknya, Junaidah berkata institusi itu menolak permohonan mereka dengan alasan bukan pemastautin

“Saya merayu mereka buat tak tahu walaupun kad pengenalan anak saya terbukti lahir di Terengganu. Katanya, datanglah esok lusa jumpa pegawai mereka padahal saya tidak boleh tunggu. Penyakit anak saya kena cepat diberi ubat

“Kata pegawai itu ramai orang begitu. Pada kad pengenalan saja lahir di Terengganu, tinggal di negeri lain,” cerita Junaidah kembali sehingga beliau pada hari tersebut terpaksa memohon jasa baik pihak Jabatan Mufti yang pejabatnya tidak jauh dari Baitulmal itu

Beliau berkata, pihak Baitulmal memberi bantuan hanya selepasJabatan Mufti itu menghubungi Baitulmal memaklumkan permohonan mereka harus diberi perhatian

“Itupun Baitulmal beri bantuan kecemasan RM100 bukan bantuan bulanan dengan alasan sama – bukan pemastautin

“Lepas tu pegawai itu pula persoal saya kenapa mengadu pada Jabatan Mufti sedangkan saya terdesak perlukan wang ihsan untuk belanja perubatan anak saya yang kaki kirinya sakit teruk akibat sisa karat selepas berlaku kemalangan di bengkel kereta tahun 2014 lepas,” jelasnya

Memohon bantuan ihsan dari pihak masjid juga amat mengecewakan walaupun pada papan kenyataan masjid terpampang ribuan ringgit kutipan setiap minggu Solat Jumaat

Beliau berkata, Ahad lalu seorang jawatankuasa Masjid Amru Ibni Al’As di Bandar Baru Sentul menolak rayuannya yang memohon sedikit wang dengan alasan bukan kariah masjid

“Dia kata dia berpegang pada prinsip. Dia hanya bantu anak kariah masjid saja. Saya sedih sebab setahu saya orang yang bersembahyang di mana-mana masjid termasuk ketika solat Jumaat juga datangnya dari luar kariah,” keluhnya lagi

# VIRALKAN SEMOGA ADA PERUBAHAN INSYAAALLAH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/11/sedih-bila-masjid-berebut-simpan-duit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Rm31 Juta Duit Yayasan Tak Sesen Pun Zahid Bantu Orang Miskin

Dari Rm31 Juta Duit Yayasan Tak Sesen Pun Zahid Bantu Orang Miskin

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 417 hits
Fakhrull Halim Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dituduh tidak menyalurkan walau satu sen pun daripada RM31 juta dana milik Yayasan Akalbudi yang ditubuhkan untuk membantu golongan miskin dan memerlukan Dakwaan itu didedahkan Timbalan Pendak...
Masjid Jamek Chukai Bantu Golongan Asnaf

Masjid Jamek Chukai Bantu Golongan Asnaf

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 274 hits
Oleh Ahmad Ezani RazaliKEMAMAN 24 November Jawatankuasa Masjid Jamek Chukai telah menganjurkan Program Almari Kebajikan Bantuan Asnaf kelmarin bagi membantu meringankan beban golongan fakir miskin Seramai 70 orang golongan asnaf yang tingga...
Berebut Barang Sedekah Di Masjid

Berebut Barang Sedekah Di Masjid

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 714 hits
SOALAN Apa hukumnya sesetengah AJK dan orang ramai mengambil dan membawa balik banyak makanan yang disedekahkan orang untuk jemaah masjid dan menafikan hak orang yang datang kemudian JAWAPAN Dalam masyarakat kita seringkali kita lihat fenom...
Bahlil Jadi Bos Bkpm Saya Di Sini Untuk Mengabdi Kalau Cari Duit Saya Berhenti

Bahlil Jadi Bos Bkpm Saya Di Sini Untuk Mengabdi Kalau Cari Duit Saya Berhenti

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 263 hits
Pertama menjabat dirinya masih bingung dengan apa yang dikerjakan Namun sebagai seorang pengusaha dirinya mengaku tahu banyak mengenai persoalan terkait investasi dan perizinan
Buat Duit Sebagai Penjual Di Lazada Dengan Sales 4 Angka Setiap Hari

Buat Duit Sebagai Penjual Di Lazada Dengan Sales 4 Angka Setiap Hari

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 683 hits
Nama Lazada sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita di Malaysia Saya percaya anda yang baca artikel saya ini juga pernah menjadi pembeli di laman web ataupun apps Lazada Kalau tak pernah jadi pembeli sekalipun anda mungkin per...
Cikgu June Kongsi Tip Urus Duit Bisnes Untuk Peniaga2 Wanita Niagawati

Cikgu June Kongsi Tip Urus Duit Bisnes Untuk Peniaga2 Wanita Niagawati

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 369 hits
Siapa tak kenal cikgu petir ni bila scroll fb cikgu ni ehmmmm semngat berkobar kobar nak cetakk duit berkepok2 Pakcu copy dulu erk korang baca lah tip ni khaswanita kaum adam baca untuk maklumat ya Basic Guideline Untuk Urus Duit BisnesKhas...
Jika Dibedah Segera Tak Sempat Kumpul Duit Awlia Derita Satu Injap Jantung

Jika Dibedah Segera Tak Sempat Kumpul Duit Awlia Derita Satu Injap Jantung

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 309 hits
Jika bayi seusianya membesar dengan pelbagai keletah Puteri Nur Awlia Afia Azwan pula lebih kerap menangis kerana menahan kesakitan Baru comel berusia tiga bulan ini sudah diuji dengan masalah jantung dan sering mengalami sesak nafas menang...
Pegawai Kejari Rembang Tilap Duit Denda Tilang Rp 3 036 Miliar

Pegawai Kejari Rembang Tilap Duit Denda Tilang Rp 3 036 Miliar

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 194 hits
Pegawai Kejari Rembang Tilap Duit Denda Tilang Rp 3 036 Miliar Jaksa Penuntut Umum Rinanto Haribuwono dalam sidang di Pengadilan Tipikor Semarang juga meminta hakim menjatuhkan hukuman berupa denda sebesar Rp 300 juta Jika tidak dibayarkan ...
Bidang Nyanyian Lagi Banyak Bagi Duit Daripada Berlakon

Bidang Nyanyian Lagi Banyak Bagi Duit Daripada Berlakon

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 279 hits
Pasti ramai tidak tahu bahawa Ayda Jebat menyertai bidang nyanyian terlebih dahulu sebelum terjun ke dunia lakonan Namun nama Ayda dilihat lebih The post appeared first on
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm