Cikgu June Kongsi Tip Urus Duit Bisnes Untuk Peniaga2 Wanita Niagawati
Siapa tak kenal cikgu petir ni, bila scroll fb cikgu ni, ehmmmm semngat berkobar-kobar nak cetakk duit berkepok2, Pakcu copy dulu erk, korang baca lah tip ni, #khaswanita kaum adam baca untuk maklumat ya.
Basic Guideline Untuk Urus Duit Bisnes
Khas Untuk Orang Perempuan
(Untuk 1-3 tahun pertama berbisnes)
(Untuk untung bersih bisnes 1K-10K)
Pecahkan kepada 6 bahagian
1. INCOME
Income bisnes (untung bersih)
Komisyen
Bonus
Kutu
.
2. CASH SAVING (20% dari income)
Letak dalam TH atau ASB
Wajib paksa diri agar berdisplin
Duit KUTU, BONUS TH/ASB jangan belanja, simpan dalam cash saving juga. Ini namanya gemokkan pokok. 🤭
Pastikan anda ada AIM CASH SAVING.
Contoh:
Cash Saving TH 100K sebelum Dis 2020.
Cash Saving ASB akaun pertama 200K sebelum June 2021.
.
3. SEDEKAH, ZAKAT, INFAQ
(Untuk permulaan 2.5%, bila dah semakin maju, upkan sampai 5%-10%)
Elaun mak ayah
Sedekah
Zakat perniagaan
Infaq
.
4. RESERVE FUND (min 10%, max 30%)
Ini bukan tabung energency !!
Ini tabung nak besarkan bisnes
Ini tabung untuk upgrade bisnes
.
5. LOAN REDUCTION
(rumah/kereta/ptptn/personal loan/credit card)
Monthly installment (wajib bayar)
Principal reduction (bila ada duit banyak, boleh start bayar principal untuk cepat langsaikan loan)
Bila bisnes semakin maju, cuba bayar advanced payment 3-6 bulan. Cubalah. Hati nanti tenang jer...
.
6. EXPENSES
Konsep utama di sini, jangan cepat joli-joli. Ingat yea. Orang bisnes sentiasa perlukan #DUIT_MODAL untuk restock (rolling modal).
Yang ada suami, biarlah suami tanggung expenses rumahtangga & perbelanjaan anak-anak. (Unless suami hilang upaya mencari nafkah).
Yang masih solo, gunalah prinsip ikat perut untuk 3 tahun pertama. Korea & Istanbul tak kemana dik. Tiba masa, pergilah travel sesuka hati mu.
.
#Disclaimer
#GAJI mana?
Yea yang cash saving tu lah gaji. Ngeeee. Biasalah dik. Setakat untung bersih 10K, tak yah lah ambil gaji dulu.
Ada banyak teori kewangan kat luar sana. Yang ini formula simple cikgu. Formula cincai lebih kurang halal supaya tak ‘termakan duit bisnes.’ Boleh jer adjust-adjust ikut suka hati sendiri. Huhu.
Actually cikgu #MALU nak kongsi cara ni sebab takut kena marah dengan sifoo kewangan lain. Sebab banyak bercanggah dengan teori sifoo-sifoo. 🤭
Alahai rasa nak DELETE post ni. Malu weiiii.
Korang adjust-adjust mana yang patut yea. 😬
Kredit : FB (June Mohd Som)
Tahun pertama memberi cabaran untuk pemilik bisnes, bijak mengurus kewangan pada tahap ini menbuka peluang untuk pemilik bisnes mengembangkan lagi bisnes ketahap seterusnya. Semoga Berjaya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.keladionline.com/2019/11/cikgu-june-kongsi-tip-urus-duit-bisnes.html