Sebutan Semula Kes Rasuah Rm2 8 Juta Bung Mokhtar Isteri 4 Julai


Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan semula kes Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette atas dakwaan rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai memberitahu mahkamah bahawa terdapat beberapa dokumen yang masih belum lengkap.

Loading… “Hari ini pihak pendakwaan telah menyerahkan satu dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kepada pasukan pembelaan.
“Namun, pihak pendakwaan memerlukan tarikh lain bagi penyerahan dokumen selanjutnya dalam kes ini,” katanya pada sebutan kes itu hari ini.
Peguam Datuk K.Kumaraendran yang mewakili Bung Moktar, 60, atau nama sebenarnya Moktar Radin mengesahkan pihaknya telah menerima dokumen tersebut.
Pihak pendakwaan turut memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat permohonan supaya kes Bung Moktar dan Zizie Izette dibicarakan bersama dan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
“Pihak pendakwaan telah menyerahkan satu dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kepada pasukan pembelaan hari ini dan pihak kami juga akan membuat permohonan supaya kes ini dibicarakan bersama (kes Bung Moktar) pada sebutan akan datang,” kata Allan.

Kumaraendran yang turut mewakili Zizie Izette, 41, berkata pihaknya memerlukan masa untuk meneliti dokumen itu.
Pada 3 Mei lepas, Bung Moktar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk Felcra Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad
Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, melalui isteri tertuduh iaitu Datin Seri Zizie Izette A. Samad.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di Kuala Lumpur, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.
Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) bernombor 044797816 yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.
Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) bernombor 044797824 yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Zizie Izette yang merupakan seorang pelakon mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/06/sebutan-semula-kes-rasuah-rm2-8-juta-bung-mokhtar-isteri-4-julai/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kp Sprm Perlu Segera Buktikan Komitmen Buka Semula Kes Rasuah Banglo Amp Terowong

Kp Sprm Perlu Segera Buktikan Komitmen Buka Semula Kes Rasuah Banglo Amp Terowong

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR 8 Jun 8211 Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan berkata walaupun isu pelantikan Puan Latheefa Koya diperkatakan dan diakui oleh ramai pihak tidak mengikuti janji manifesto PH namun parti itu menerimanya ...
Sebuah Pekan Di Norway Tiada Cahaya Matahari Selama 5 Bulan Penduduknya Memperuntukan Rm2 4 Juta Untuk Memimiknya

Sebuah Pekan Di Norway Tiada Cahaya Matahari Selama 5 Bulan Penduduknya Memperuntukan Rm2 4 Juta Untuk Memimiknya

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 291 hits
Cahaya matahari adalah aspek terpenting kepada kesihatan dan kesejahteraan hidup yang baik secara keseluruhannya Bandar bandar di seluruh dunia yang kekurangan cahaya matahari sepanjang tahun mempunyai ramai penduduk yang menyedari mereka m...
Pukul Isteri Gara Gara Duit Raya Rm10 Lelaki Ini Dipenjara Setahun Denda Rm2 000

Pukul Isteri Gara Gara Duit Raya Rm10 Lelaki Ini Dipenjara Setahun Denda Rm2 000

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 426 hits
Gara gara tidak diberikan duit raya anaknya RM10 untuk membeli kad prepaid handphone seorang lelaki memukul isterinya kerana menghalang lelaki itu dari memukul anaknya yang enggan memberi duit tersebut kepadanya Abdul Hafiz Man 32 tahun men...
Latheefa Perlu Buka Semula Kes Banglo Terowong Pcm

Latheefa Perlu Buka Semula Kes Banglo Terowong Pcm

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 333 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu Latheefa Koya perlu menunjukkan kemampuan dan komitmen tegas dengan segera untuk membuka kembali kertas siasatan kes banglo bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan skandal pr...
Kes Rasuah Solar Rizal Rosmah Dibicarakan Bersama Tahun Depan

Kes Rasuah Solar Rizal Rosmah Dibicarakan Bersama Tahun Depan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 303 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR Kes rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan sistem tenaga solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak akan dibicarakan bersama demikian diputuskan ...
Permohonan Pindahkan Kes Rasuah Rosmah Didengar 28 Jun Ini

Permohonan Pindahkan Kes Rasuah Rosmah Didengar 28 Jun Ini

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 209 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR Permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor atas tuduhan menerima rasuah RM5 juta sebagai upah mendapatkan projek sistem solar akan didengar pada 2...
Isteri Gugur 2 Kali Lelaki Ambil Bayi Dibuang Sebagai Anak Angkat

Isteri Gugur 2 Kali Lelaki Ambil Bayi Dibuang Sebagai Anak Angkat

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 311 hits
Beberapa hari lalu kecoh apabila seorang bayi perempuan dijumpai di dalam beg berwarna putih corak merah jambu berhampiran Flat Sri Anugerah Larkin Terbaru lelaki yang menjumpai bayi itu menyatakan hasrat mahu menjadikan bayi tersebut sebag...
Lelaki Dihukum Mati Bunuh 5 Anak Bekas Isteri Mohon Beri Peluang Kedua Bazookapenaka My

Lelaki Dihukum Mati Bunuh 5 Anak Bekas Isteri Mohon Beri Peluang Kedua Bazookapenaka My

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 446 hits
WASHINGTON Seorang wanita mengejutkan mahkamah di South Carolina Amerika Syarikat semalam apabila memohon juri memberi peluang kedua kepada bekas suaminya yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh lima anak mereka pada 2014 AFP melaporka...
Hebatlah Suami Jaga Isteri Dalam Pantang Lagi Tip Top Kalau Pandai Urus Baby

Hebatlah Suami Jaga Isteri Dalam Pantang Lagi Tip Top Kalau Pandai Urus Baby

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 373 hits
Hebatlah jika seorang suami boleh menjaga isterinya dengan baik ketika hamil dan selepas bersalin Lebih lebih lagi jika dapat menjaga bayi yang baru dilahirkan sentuhan daripada papa sendiri tentu lebih bermakna Lazimnya dalam masyarakat se...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Ayam Percik Kelantan Yang Sedap Original And Authentic

Lelaki Lihat Lembaga Besar Semasa Solat Berjemaah

Tawarkan Lebih Pilihan Pembiayaan Kepada Mahasiswa

Hari Ini 2 Al Hamdulillah Padi Dalam Pasu

Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang