Kes Rasuah Solar Rizal Rosmah Dibicarakan Bersama Tahun Depan


foto sumber internet
KUALA LUMPUR - Kes rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Rizal Mansor berhubung projek pembekalan sistem tenaga solar hibrid bagi sekolah luar bandar di Sarawak, akan dibicarakan bersama, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, supaya kes tersebut didengar di mahkamah sama.

Loading...
Bagaimanapun, Mohamed Zaini memerintahkan kes pengubahan wang haram yang dihadapi oleh Rosmah, yang juga isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Seri Najib Tun Razak, didengar secara bersendirian.

Dalam penghakiman, Mohamed Zaini berkata kes pengubahan wang haram dan kes rasuah tidak cukup untuk memenuhi kriteria Seksyen 165 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) untuk dibicarakan bersama.

“Berdasarkan tuduhan dalam kes solar dan pengubahan wang haram, saya berpendapat ia tidak cukup untuk memenuhi kriteria Seksyen 165 CPC.

“Oleh itu, saya mengarahkan kes pengubahan wang haram yang dihadapi Rosmah dibicarakan secara bersendirian manakala kes solar melibatkan Rosman dan Rizal telah memenuhi kriteria untuk dibicara bersama,” katanya.

Seksyen 165 CPC adalah mengenai perbicaraan lebih daripada satu kesalahan.


Mohamed Zaini menetapkan kes solar membabitkan Rosmah dan Rizal, yang juga bekas bekas pegawai khas kepada Najib, dibicarakan selama 32 hari kecuali Jumaat pada tahun depan dan pendakwa akan mengemukakan 17 saksi.

Tarikh perbicaraan kes solar ditetapkan bermula 3 hingga 6 Feb, 13-17 Feb, 9-12 Mac, 6-9 April, 13-16 April, 20-23 April dan 27-30 April sementara pengurusan kes ditetapkan 6 Jan depan.

Kes pengubahan wang haram yang dihadapi oleh Rosmah akan berlangsung selama 20 hari bermula
11 hingga 14 Mei, 18-21 Mei, 29 Jun-2 Julai, 6-9 Julai, dan 13 hingga 16 Julai.

Bagaimanapun, Rosmah tidak hadir pada prosiding hari ini.

Terdahulu, Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa Rosmah telah mengambil cuti sakit selama seminggu dan ubat yang diambilnya membuatkan dia merasa mengantuk.

Pada 4 Okt tahun lalu, Rosmah, yang diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Datuk K. Kumaraendran, mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan berhubung pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN).

Pada 15 Nov tahun lalu, Rosmah, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Dalam pada itu, Rizal turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM500,000 bagi dirinya dan RM5 juta bagi pihak Rosmah berhubung projek solar tersebut.

Dia turut didakwa meminta rasuah RM25 juta untuk dirinya dan bagi pihak Rosmah RM187.5 juta membabitkan projek sama.

Suapan tersebut adalah sebagai upah membantu syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd mendapatkan projek sistem solar tersebut bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/kes-rasuah-solar-rizal-rosmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Pindahkan Kes Rasuah Rosmah Didengar 28 Jun Ini

Permohonan Pindahkan Kes Rasuah Rosmah Didengar 28 Jun Ini

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 297 hits
foto sumber internetKUALA LUMPUR Permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor atas tuduhan menerima rasuah RM5 juta sebagai upah mendapatkan projek sistem solar akan didengar pada 2...
70 Kertas Siasatan Berhubung Kes Rasuah Jpj Pulau Pinang Dibuka

70 Kertas Siasatan Berhubung Kes Rasuah Jpj Pulau Pinang Dibuka

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 473 hits
Datuk Seri Azam Baki berkata kertas pertuduhan akan disiapkan secepat mungkin Foto BernamaKUALA LUMPUR 21 Mei Sekurangnya kurangnya 70 kertas siasatan berhubung kes rasuah melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang telah dibuka kata...
Mahkamah Tetapkan Perbicaraan Kes Rasuah Ku Nan Bermula 3 Sept

Mahkamah Tetapkan Perbicaraan Kes Rasuah Ku Nan Bermula 3 Sept

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 564 hits
Bekas menteri Wilayah Tengku Adnan Tengku MansorTimbalan Pendakwa Raya Mohamad Firdaous Mohamed Idris hari ini berkata perbicaraan kes rasuah RM1 juta melibatkan bekas menteri Wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor ditetapkan pada 3 September B...
Temui Jokowi Suharso Monoarfa Bahas Sdm 5 Tahun Ke Depan

Temui Jokowi Suharso Monoarfa Bahas Sdm 5 Tahun Ke Depan

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 296 hits
Jokowi dan Suharso juga menyinggung dinamika yang terjadi pascapengumuman hasil perolehan suara Pemilu 2019 Terutama aksi demonstrasi di depan gedung penyelenggara Pemilu seperti KPU dan Bawaslu
Khatam Quran Setiap Ramadan Selama 14 Tahun Ustaz Mohon Maaf Pernah Kutuk Rosmah

Khatam Quran Setiap Ramadan Selama 14 Tahun Ustaz Mohon Maaf Pernah Kutuk Rosmah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Pendakwah Ahmad Husam Baderuddin mendedahkan Datin Seri Rosmah Mansor mengkhatam Quran setiap kali Ramadan selama lebih 14 tahun Ahmad Husam berkata perkara itu dimaklumkan seorang ustaz yang dikenalinya ketika menghadiri majli...
Issey Nak Kahwin Tahun Depan

Issey Nak Kahwin Tahun Depan

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 509 hits
Pelakon pelawak dan penyampai radio Issey bertekad menjadikan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini sebagai tahun terakhirnya bergelar duda Issey 32 atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkata dia kini sedang mengenali seorang wanita yang ...
Peringati 21 Tahun Reformasi Mahasiswa Soroti Pemilu Dan Kebebasan Berpendapat

Peringati 21 Tahun Reformasi Mahasiswa Soroti Pemilu Dan Kebebasan Berpendapat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 253 hits
Aksi sempat memanas Massa sempat merangsek ke depan gerbang DPRD Mereka menggoyang goyang pagar dan menuntut agar dapat melaksanakan salat ashar di dalam kompleks gedung DPRD Sumut
Kings Of The Road Joey Dunlop S Honda V4 Race Bikes Sell At Stafford

Pengiktirafan Amerika Syarikat Terhadap Kepimpinan Kuat Malaysia Dalam Menangani Cabaran Global

Free Entry For Nyonya Kebaya Clad Visitors A Masterstroke

Laut Yang Kita Lukai Dengan Tangan Sendiri

Bos Adakami Dan Tiga Pilar Yang Bikin Indonesia Jadi Magnet Investasi Dunia

Ujian Lesen Memandu Dan Perkhemahan Perdana

Alcohol In School Halls Cabinet Decides To Keep Existing Rules Practice

Report Malaysians Demonstrate Cautious Optimism Amid Economic Uncertainty


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Design Menarik Jualan Pun Meningkat Inilah Kuasa Visual Dalam Marketing

Tajuk Yang Sesuai Mungkin Ramalan Dbs Bank Kekuatan Dolar Singapura Di Pasaran Global

Mendefinisikan Semula Jam Tangan Boleh Pakai Lasak Kospet Lancar Jam Tangan Pintar Tank T4 Dan Tank M4

Penemuan Terbesar Petronas Dalam 20 Tahun

Lirik Lagu Semoga Ada Waktu Luang Feby Putri

Viral Video Shows What A Newspaper Delivery Boy Can Do With 17 Years Of Experience