Sebulan Selepas Banjir Mangsa Di Klang Masih Tunggu Bantuan


Imran AriffTaman Klang Utama ditenggelami air pada 18 Dis tahun lepas.PETALING JAYA: Mangsa banjir, Loganathan Asaithandy, masih menunggu bantuan kerajaan walaupun sudah hampir sebulan air banjir di Taman Klang Utama yang didiaminya surut.
Hujan yang turun pada 17 Dis tahun lepas sangat lebat dan tidak henti-henti, bermula pada sebelah petang dan berterusan sepanjang malam. Menjelang 2 pagi, air naik di rumah Loganathan sehingga mencecah paras lutut.
“Ketika itulah pihak bomba dan penyelamat memberitahu kami supaya berpindah dan kami tiada pilihan selain pergi ke rumah anak saudara saya di Puchong,” kata lelaki berusia 41 tahun itu kepada FMT.
Beliau memohon bantuan daripada kerajaan persekutuan dan negeri, tetapi masih belum mendapat satu sen pun, katanya.
Loganathan Asaithandy.“Satu hari saya dipanggil ke Pejabat Tanah Daerah Klang. Saya diberitahu agar mengambil wang (bantuan) pada pagi Sabtu, tetapi pada masa itu, saya sibuk dan tak dapat hadir.
“Jadi saya pergi pada hari berikutnya dan bertanya sama ada saya masih boleh mendapatkannya dan mereka berkata, ‘Tidak, sudah terlambat.’
“Mereka memberitahu saya supaya menunggu jemputan lain melalui panggilan telefon atau pesanan teks, tetapi masih belum ada,” katanya.
Beliau layak mendapat RM1,000 daripada kerajaan Selangor dan RM1,000 lagi daripada Putrajaya.
Namun sekali pun ia tiba, wang bantuan tersebut mungkin tidak begitu membantu meringankan bebannya.
“Saya anggar kerosakan yang dialami setakat ini (bernilai) kira-kira RM10,000 hingga RM15,000,” katanya.
Air naik sehingga paras lutut di rumah Loganathan Asaithandy sebelum beliau dan keluarganya dipindahkan.“Saya kehilangan perabot seperti sofa, almari, meja kopi. Sistem pendawaian mengalami litar pintas, peti ais dan mesin basuh saya rosak. Banyak yang saya rugi.
“RM2,000 itu tidak cukup pun, tetapi sekurang-kurangnya ada. Namun kini, saya hanya tunggu dan tunggu serta berharap mendapat pesanan supaya datang mendapatkannya.”
Menurut Ahli Parlimen Klang Charles Santiago, Loganathan bukan satu-satunya mangsa yang masih menunggu wang bantuan yang dijanjikan kerajaan.
“Saya dengar ada kelewatan. Segelintirnya boleh difahami kerana permintaan untuk bantuan sangat tinggi. Namun secara umumnya, Pejabat Tanah cenderung bekerja perlahan. Jadi keadaan semasa tidak mengejutkan saya,” katanya.
Menurut makluman kerajaan, sebanyak RM61,000 disediakan untuk mangsa, tetapi Santiago berkata, kriteria kelayakan mengecualikan ramai yang terjejas.
“Ada yang memberitahu saya mereka diminta bukti seperti gambar ketinggian air di rumah atau gambar barangan rosak,” katanya.
“Apabila air naik, orang tidak ambil gambar. Orang tidak ambil gambar barangan yang musnah sebelum mereka membuangnya. Terdapat keperluan untuk mengkaji semula kriteria ini.”
Dengan kegawatan ekonomi yang dicetuskan oleh wabak Covid-19 masih mengakibatkan penderitaan, mereka yang terjejas banjir menjadi lebih rentan, katanya.
“Orang ramai kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji dan segelintir mungkin sudah kehabisan wang simpanan,” katanya.
“Kumpulan rentan menjadi semakin besar sekarang dan adalah sesuatu yang tidak digarapi sewajarnya oleh kerajaan.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/sebulan-selepas-banjir-mangsa-di-klang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Bantuan Wang Ihsan Ramai Mangsa Banjir Beratur Panjang Kecewa Di Arah Tunggu Sms

Isu Bantuan Wang Ihsan Ramai Mangsa Banjir Beratur Panjang Kecewa Di Arah Tunggu Sms

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 252 hits
KUANTAN Rata rata mangsa banjir yang ditemui di pusat agihan Bantuan Wang Ihsan dekat sini kecewa dengan sistem agihan yang tidak sistematikApa tidaknya agihan bantuan yang sepatutnya berjalan lancar itu masih lagi dicemari dengan insiden i...
Polis Siasat Isu Bantuan Mangsa Banjir Di Segamat

Polis Siasat Isu Bantuan Mangsa Banjir Di Segamat

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 258 hits
Polis Diraja Malaysia sedang melakukan siasatan berhubung isu pemberian bantuan mangsa banjir di daerah Segamat yang dibangkitkan oleh seorang ahli politik dan disiarkan dalam satu sidang media secara langsung di platform media sosial pada ...
Pm Sendiri Hubungi Tentera Polis Untuk Bantuan Selepas Respons Lambat Selangor Ketika Banjir

Pm Sendiri Hubungi Tentera Polis Untuk Bantuan Selepas Respons Lambat Selangor Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 175 hits
MALAYSIA NOW Menurut Ismail komunikasi terputus dan arahan tidak diendahkan berlaku ketika banjir baru baru ini Keadaan banjir di Kampung Sungai Balak Hulu Langat bulan lalu Beberapa amaran yang tidak diendahkan oleh pihak berkuasa tempatan...
Meninggal Ketika Bantu Mangsa Banjir Suami Tak Sempat Tengok Anak Selepas 10 Tahun Menanti Zuriat

Meninggal Ketika Bantu Mangsa Banjir Suami Tak Sempat Tengok Anak Selepas 10 Tahun Menanti Zuriat

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 280 hits
Menerusi satu perkongsian yang tular oleh seorang wanita dikenali sebagai Laila telah memuat naik sebuah video di laman TikTok menceritakan dia dan suaminya menunggu selama 10 tahun sebelum diberikan rezeki untuk mengandung Namun wanita ini...
Jangan Di Sulitkan Tak Perlu Isi Borang Kata Pm Berkaitan Bayaran Bantuan Mangsa Banjir

Jangan Di Sulitkan Tak Perlu Isi Borang Kata Pm Berkaitan Bayaran Bantuan Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 206 hits
BERA Pembayaran inisiatif bantuan meringankan beban mangsa banjir akan bermula esok dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri menyalurkan wang itu kepada Pejabat Daerah dan Tanah untuk diserahkan kepada mereka yang terlib...
Misi Bantuan Banjir Pengiat Seni Hulu Langat

Misi Bantuan Banjir Pengiat Seni Hulu Langat

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 296 hits
Misi Bantuan Banjir Penggiat Seni di Hulu Langat alhamdulillah telah dilaksanakan Terima kasih juga pada Dato Hattan dan isteri serta Era Fazira Ayob presiden irama Lan A to Z Joey BPR Sheikh Qalam Records Betty Banafe dan Baggio MY dan lai...
Pasukan Bencana Istana Negara Terus Bantu Mangsa Banjir

Pasukan Bencana Istana Negara Terus Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 229 hits
BH ONLINE Pasukan Bencana Istana Negara bersama sukarelawan TMROVers menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuala Tahan Foto Facebook Istana Negara KUALA LUMPUR Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada m...
Baru Guna 6 Bulan Perlu Rm60 000 Intuk Kos Naik Pulih Kereta Honda Selepas Banjir

Baru Guna 6 Bulan Perlu Rm60 000 Intuk Kos Naik Pulih Kereta Honda Selepas Banjir

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 249 hits
Tragedi banjir yang melanda sebahagian negeri di Malaysia pada akhir bulan Disember lalu ternyata telah mendatangkan pelbagai kerugian dan memusnahkan banyak harta benda lebih lebih lagi kenderaan yang tidak sempat dinaiki di kawasan yang s...
Banjir 329 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Rm2 500 Setakat Hari Ini Ismail Sabri

Banjir 329 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Rm2 500 Setakat Hari Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 215 hits
Oleh SEBANYAK 329 ketua isi rumah khususnya di sekitar Gombak dan Sepang yang terkesan dengan bencana banjir baru baru ini telah menerima Bantuan Pembelian Barangan Keperluan sebanyak RM2 500 hari ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa