Isu Bantuan Wang Ihsan Ramai Mangsa Banjir Beratur Panjang Kecewa Di Arah Tunggu Sms




KUANTAN - Rata-rata mangsa banjir yang ditemui di pusat agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) dekat sini kecewa dengan sistem agihan yang tidak sistematik
Apa tidaknya, agihan bantuan yang sepatutnya berjalan lancar itu masih lagi dicemari dengan insiden-insiden yang tidak diingini. 
Sebelum ini kekecohan telah berlaku ketika agihan bantuan di Dewan Sri Inderapura, apabila mangsa banjir yang terpaksa beratur panjang ketika hujan ribut tiba-tiba mendapati nama mereka tiada dalam senarai. 
Di Pahang, kerajaan pusat memperuntukan RM1,000 dan kerajaan negeri RM500. Ini bermakna setiap penerima akan mendapat RM1,500 tidak kira mereka berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau pun tidak.
Namun, hasrat kerajaan itu seolah-olah tiada sokongan padu daripada pegawai bawahan terutamanya agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membuat agihan. Difahamkan, kerajaan telah mengumpul data mengenai mereka yang terlibat dalam bencana tersebut dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat daerah
Ia turut mendapat kerjasama daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.
Hari ini dilaporkan ada agihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sumbangan kerajaan negeri dan persekutuan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) bagi yang tidak berpindah ke PPS dan selain daripada PPS bagi mangsa dari Parlimen Indera Mahkota, Kuantan dan Paya Besar.

Bagi Parlimen Indera Mahkota agihan di buat di Dewan Orang Ramai Balok. Bagi Parlimen Paya Besar di Dewan Paya Besar dan Parlimen Kuantan pula di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan. Pada Selasa, 25 Januari agihan untuk Parlimen Kuantan akan dibuat di Dewan Orang Ramai Sungai Soi. Manakala Parlimen Paya Besar di Dewan Paya Besar.

Sementara itu  pada Rabu, 26 Januari pula agihan untuk Parlimen Pekan akan dibuat di  Dewan Orang Ramai Jaya Gading. Bagi Parlimen Paya Besar di Dewan Paya Besar dan Parlimen Kuantan di Dewan Utama Majlis Bandaraya Kuantan.

Pada Khamis, 27 Januari pula agihan Parlimen Pekan akan dibuat di Dewan Orang Ramai Sri Damai. Bagi Parlimen Paya Besar di dewan yang sama (Dewan Paya Besar). 

Selain daripada jadual di atas, turut tersebar di WhatsApp group ialah PDF senarai nama penerima bantuan terbabit. Maka, berbondong-bondonglah mangsa banjir hadir ke lokasi yang dinyatakan sejak awal pagi tadi. Namun, rata-rata mereka hampa apabila terpaksa balik tangan kosong gara-gara dilaporkan perlu tunggu SMS terlebih dahulu baru hadir ke lokasi yang dinyatakan. 
Inilah yang menimbulkan kekecohan, terutamanya bagi warga emas dan OKU yang terpaksa berbaris panjang. Setiba di kaunter, mereka diarahkan menunggu SMS pula, 
Menurut seorang mangsa banjir dari Taman Cenderawasih, Mohamad Awang, 53. berkata dia  dan isterinya keliru dengan perkara ini. Katanya rakyat marhaen seolah-olah cuba dipermain-mainkan oleh pihak terbabit. 
"Saya sejak awal pagi sudah ke Dewan Orang Ramai Balok. Dengan harapan akan mendapat bantuan RM1,500 yang dijanjikan. Namun kami cukup hampa apabila didakwa oleh petugas agihan hanya untuk mangsa dari DUN Beserah sahaja. Walhal, memo yang tersebar mengatakan ia untuk Parlimen Indera Mahkota (DUN) Beserah dan DUN Semambu.
"Bayangkan terpaksa beratur panjang kemudian itu jawapan yang diberikan. Semakan mendapati nama isteri saya ada dalam senarai. Namun, wang bantuan tidak diberikan. Malah disuruh menunggu SMS. Bila saya tanya bila akan SMS. Petugas menjawab tak tahu bila. Mereka hanya mengikut arahan," kata mangsa terbabit. 
Semakan di page Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan mendapati memo yang diedarkan berbeza dengan apa yang dipaparkan. Hanya penerima yang telah mendapat makluman melalui JKKK dan Penghulu sahaja dijemput hadir pada 24 Januari 2022 mengikut jadual seperti di bawah. https://scontent.fkul18-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/272416740_240847658227528_6589320779819401202_n.jpg?_nc_cat=105&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=qRK5qeE7TosAX8jW0xL&_nc_ht=scontent.fkul18-2.fna&oh=00_AT8qXDKPhh0-IMS8ulXKp0hltnCvs6vaJeUgDRq6AthxhA&oe=61F36C0F
Sementara itu, seorang lagi mangsa banjir dari Bukit Rangin, Nik Fauzi Nik Harun, 44, berkata dia juga kecewa apabila terpaksa beratur panjang, setiba di kaunter diarahkan menunggu SMS pula.
"Memang kes naya betul, saya ambil cuti semata-mata mahu mengambil hak sebagai mangsa banjir. Namun, tiba-tiba diarahkan menunggu SMS pula. Kenapa tidak SMS awal-awal siapa yang layak menuntut bantuan pada hari ini. Tidak perlulah kami beratur panjang kemudian balik dengan tangan kosong." katanya dengan nada kecewa.
Tinjauan terkini 5.35 petang tadi di pages facebook Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan mendapati memo berkenaan SMS sudah dinaikan yang memaklumkan mangsa banjir perlu menunggu SMS sehari sebelum agihan dibuat dan tidak perlu hadir ke lokasi berkenaan.
https://scontent.fkul18-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/272435820_241680811477546_3997736746838429607_n.jpg?_nc_cat=109&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=tl__tKmrMZoAX-i7UbY&tn=agRYVTFAObQEWIkV&_nc_ht=scontent.fkul18-2.fna&oh=00_AT8hKsfL2Wm7aPqXrykWsF3YUKmwzpCfaZjgsD4LhtbbZw&oe=61F39CEF
Persoalannya kenapa memo tersebut tidak dinaikkan minggu lepas?. Kenapa perlu menyusahkan mangsa banjir yang hadir berbondong-bondong hari ini? Sedangkan mereka tidak tahu-menahu informasi terkini daripada pihak terbabit. Gunakanlah saluran yang betul untuk membuat hebahan,
Sementara itu seorang netizen pula mempersolkan tentang kenyataan pihak tertentu yang tiba-tiba mendakwa PDF senarai nama mangsa banjir yang tersebar adalah palsu. 
https://scontent.fkul18-1.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271705118_2807141179586188_5798967276813497842_n.jpg?_nc_cat=102&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=1V5Bfyj8DU8AX_Tdsa0&_nc_ht=scontent.fkul18-1.fna&oh=00_AT8kHuY-kIoStb8PpIGlSuh0kJzFi074ZWrxZ97x2s8Udg&oe=61F459F3
 Hj Rbo Rahim yang juga aktivis NGO Jemaah Kembara Al-Falah (JEMBARA) menulis di facebooknya "Jangan Dera Mangsa Banjir.  https://www.facebook.com/rahim.othman.507

"Orang dah susah...jgnlah dera mangsa-mangsa bencana ni..ada yg terpaksa ambil cuti bagai... berbaris panjang nak ambil hak mereka dari pagi... tiba2 diarah balik. Apakan daya...koi tak dapat nak bantu mangsa-mangsa dlm bab ni...kalau mintak bantu cuci rumah...Insya Allah Jembara boleh bantu.
https://scontent.fkul18-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/271957339_2807141229586183_6516514590077599022_n.jpg?_nc_cat=111&ccb=1-5&_nc_sid=8bfeb9&_nc_ohc=KPMebrTB--AAX8YpJzU&_nc_ht=scontent.fkul18-2.fna&oh=00_AT-lBG_p41I4I7PvCRYYShjUouLkcCTlWbU8QAAqQ5eY9A&oe=61F37BFF
"Bila keadaan dah kalut..dan dan dakwa edaran senarai tu palsu!. Soalnya bagaimana senarai penuh peribadi dalam format PDF berjela-jela termasuk no. ic tu jatuh ke pihak lain? ...dakwaan sebagai edaran palsu...Boleh percaya ke...lojik ke?.
"Apapun koi tolong up di fb ni supaya ada pihak tampil membantu menyesaikan segera isu ini secara profesional, tanpa deraan fizikal dan mental mangsa-mangsa..ada yang trauma kehilangan harta benda. Msg yg di forward kepada koi sudah cukup menceritakan segalanya.Wallahuallam.," kata kenyataan beliau.
Ramai pihak yang melihat, sistem agihan yang digunapakai perlulah ditambahbaik.
Ini zaman teknologi maklumat. Semua data mangsa banjir sudah ada pada pihak berkuasa. Malah sebahagian besar daripada mereka juga adalah penerima BR1M, BSH dan lain-lain bantuan kerajaan yang dimasukkan terus secara online ke dalam akaun masing-masing.

Kenapa agihan bantuan banjir seperti ini masih lagi menyeksa mangsa yang terpaksa berbaris panjang, kemudian mendapati nama mereka tiada atau perlu datang semula selepas menerima SMS dan sebagainya.
Kenapa tidak ikut arahan Perdana Menteri agar mempermudahkan urusan berkaitan. Sepatutnya pihak terbabit SMS terus kepada penerima yang berkenaan sahaja untuk hadir dan tidak perlu keluarkan memo umum untuk memaklumkan perkara ini.
Ia menyebabkan, ramai mangsa akan hadir untuk mendapatkan bantuan terbabit. Mereka sudah dtimpa musibah, maka mereka sudah pasti amat perlukan sokongan dana dan bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringatkan bebanan mangsa terbabit sebenarnya. #PDOhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/01/bantuan-wang-ihsan-bwi-ramai-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebulan Selepas Banjir Mangsa Di Klang Masih Tunggu Bantuan

Sebulan Selepas Banjir Mangsa Di Klang Masih Tunggu Bantuan

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 187 hits
Taman Klang Utama ditenggelami air pada 18 Dis tahun lepas PETALING JAYA Mangsa banjir Loganathan Asaithandy masih menunggu bantuan kerajaan walaupun sudah hampir sebulan air banjir di Taman Klang Utama yang didiaminya surut Hujan yang turu...
Pemberian Wang Royalti Rm400 Juta Bakal Jadi Isu Dalam Pilihan Raya Nanti

Pemberian Wang Royalti Rm400 Juta Bakal Jadi Isu Dalam Pilihan Raya Nanti

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 246 hits
Husam bapak pejuang royaltiKelantan KITA yakin dan percaya apa disarankan Husam Musa kepada kerajaan Kelantan agar menuar uarkan atau memaklumkan ke mana peruntukan royalti petroleum bernilai RM400 juta yang disalurkan oleh kerajaan Perseku...
Penyokong Kerajaan Alih Isu Dr Maszlee Untuk Alih Isu Sebenar Perihal Banjir Balak Bentong

Penyokong Kerajaan Alih Isu Dr Maszlee Untuk Alih Isu Sebenar Perihal Banjir Balak Bentong

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 237 hits
BENTONG Agak menghairankan bila mana pemimpin portal dan cybertrooper kerajaan negeri lebih bernafsu untuk memainkan isu kenyataan Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik daripada isu sebenar perihal banjir balak di Bentong Mentakab ...
Garmin Malaysia Dan Myfundaction Menderma Lebih Rm30 000 Kepada Mangsa Banjir

Garmin Malaysia Dan Myfundaction Menderma Lebih Rm30 000 Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 252 hits
Kuala Lumpur Malaysia 17 Januari 2022 Garmin Malaysia bergabung tenaga dengan MyFundAction sebuah pertubuhan amal yang dikendalikan belia dalam menyediakan barangan keperluan bernilai RM 36 551 90 untuk menyara 45 keluarga yang terjejas aki...
Pasukan Bencana Istana Negara Terus Bantu Mangsa Banjir

Pasukan Bencana Istana Negara Terus Bantu Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 230 hits
BH ONLINE Pasukan Bencana Istana Negara bersama sukarelawan TMROVers menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuala Tahan Foto Facebook Istana Negara KUALA LUMPUR Pasukan Bencana Istana Negara hari ini meneruskan misi bantuan kepada m...
Mof Maklumkan 97 Peratus Telah Terima Bantuan Banjir

Mof Maklumkan 97 Peratus Telah Terima Bantuan Banjir

papar berkaitan - pada 22/1/2022 - jumlah : 197 hits
Setakat 19 Januari 2022 97 peratus mangsa banjir gelombang pertama dikenal pasti sudah menerima Bantuan Wang Ihsan yang merupakan sebahagian daripada Pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bernilai hampir RM2 bilion Menteri Kewangan Tengku ...
Pm Sendiri Hubungi Tentera Polis Untuk Bantuan Selepas Respons Lambat Selangor Ketika Banjir

Pm Sendiri Hubungi Tentera Polis Untuk Bantuan Selepas Respons Lambat Selangor Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 21/1/2022 - jumlah : 175 hits
MALAYSIA NOW Menurut Ismail komunikasi terputus dan arahan tidak diendahkan berlaku ketika banjir baru baru ini Keadaan banjir di Kampung Sungai Balak Hulu Langat bulan lalu Beberapa amaran yang tidak diendahkan oleh pihak berkuasa tempatan...
Banjir 329 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Rm2 500 Setakat Hari Ini Ismail Sabri

Banjir 329 Ketua Isi Rumah Terima Bantuan Rm2 500 Setakat Hari Ini Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 216 hits
Oleh SEBANYAK 329 ketua isi rumah khususnya di sekitar Gombak dan Sepang yang terkesan dengan bencana banjir baru baru ini telah menerima Bantuan Pembelian Barangan Keperluan sebanyak RM2 500 hari ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail ...
Mana Pergi Orang Orang Kaya Ni Diamkan Diri Ketika Beri Bantuan Banjir Pak Nil Perli Siapa Tu

Mana Pergi Orang Orang Kaya Ni Diamkan Diri Ketika Beri Bantuan Banjir Pak Nil Perli Siapa Tu

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 198 hits
Pengacara dan personaliti TV terkenal Datuk Aznil Nawawi tampil menegur segelintir individu yang mempunyai kelebihan duit yang banyak namun lebih suka mendiamkan diri ketika rakyat memerlukan bantuan akibat bencana banjir yang berlaku baru ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco