Sebelum Usia 3 Tahun Sel Otak Bayi Akan Bersambung Jika Kerap Dirangsang Lagi Banyak Sel Bersambung
Ciptaan paling menarik pada tubuh manusia ialah otak. Seiring dengan proses tumbesaran si manja, sel-sel otak berkembang membentuk hubungan rangkaian. Semakin banyak sel-sel otak bersambung, semakin bijak dan pintar bayi anda. Di bawah ini fakta tentang otak yang ramai ibu bapa tidak tahu.
Bayi baru lahir mempunyai otak yang mengandungi lebih daripada 100 bilion sel neuron. Ketika lahir, semua sel adalah bersambung antara satu dengan yang lain, dan ia dikenali sebagai penyambungan otak.
Asas otak sudah boleh berfungsi dengan baik semasa bayi lagi. Otak dilengkapi dengan fungsi-fungsi asas seperti bernafas dan makan.
Sebelum usia 3 tahun, otak bayi akan membuat sambungan lebih daripada yang diperlukan. Sel-sel otak akan bersambung apabila pembelajaran berlaku. Sel-sel otak yang tidak bersambung pula akan mati. Oleh itu, lebih banyak sel-sel yang bersambung, lebih banyak pembelajaran boleh berlaku.
Jenis dan cara penjagaan yang diterima oleh bayi semasa awal kehidupan mereka boleh membantu pembentukan sambungan neuron. Jika anda sentiasa berborak dan berbual dengan si manja, minda bayi akan berfungsi membentuk rangkaian yang berkait dengan bahasa dan linguistik. Sementara itu, sambungan emosi pula boleh terbentuk semasa anda menenteramkan bayi ketika dia menangis. Disebabkan itulah mengapa peringkat awal kehidupan bayi memainkan peranan yang penting untuk tumbesaran dan perkembangan mereka.
Pada 1,365 hari pertama dalam kehidupan kanak-kanak, otak bayi boleh berkembang sehingga 80 peratus.
Pengambilan DHA dapat memberikan sokongan tambahan untuk perkembangan otak bayi.
Otak yang berkedut-kedut menunjukkan banyak informasi dan pembelajaran yang berlaku pada otak berbandiung permukaan otak yang kurang berkedut.
sumber: Hello Health Group
The post Sebelum Usia 3 Tahun, Sel Otak Bayi Akan Bersambung. Jika Kerap Dirangsang Lagi Banyak Sel Bersambung appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/sebelum-usia-3-tahun-sel-otak-bayi-akan-bersambung-jika-kerap-dirangsang-lagi-banyak-sel-bersambung/