Sebaik Mana Pun Suami Isteri Kena Standby Kesihatan Kewangan Kerjaya Kalau Tiba Tiba Dia Berubah


Suraya Ditinggalkan Ketika Stroke
Setelah berumahtangga dengan Aziz 15 tahun, sangka Suraya mereka akan kekal bersama hingga hujung hayat. Kehidupan mereka lengkap dengan dikurniakan seorang anak dan kewangan dan aset yang baik. Ditakdirkan Suraya diserang stroke dan lumpuh separuh badan setahun yang lalu.
Beberapa bulan pertama Aziz kelihatan baik menjaganya. Berkorban masa dan duit merawat Suraya. Mereka berjanji untuk sama-sama menempuhi dugaan ini bersama. Tidak lama selepas itu, perubahan mula dirasakan ke atas Aziz apabila sudah mula berkira soal membantu Suraya dan hal rumah.
Banyak perkara yang diungkitnya seperti tanggungjawa Suraya yang tidak lagi dapat disempurnakan. Akhirnya, pada bulan Julai yang lalu, Aziz melafazkan talak kepada Suraya dan terus meninggalkannya bersama anak mereka begitu sahaja. Suraya mendapat tahu yang Aziz akan bernikah dengan rakan sepejabatnya yang baru berusia 23 tahun!
Suraya pasrah dan redha dengan ketentuan jodoh. Namun, agak terkilan apabila ditinggalkan ketika dia dalam keadaan sebegini sedangkan sebelum ini, Suraya langsung tidak berkira apa pun dengan Aziz. Dia menjadi isteri yang taat demi kebahagian mereka. Tidak sangka, Aziz tidak sudi untuk bersusah bersamanya saat ini.
Kini, Suraya tinggal bersama anak saudaranya yang sudi untuk menjaganya. Suraya dalam proses berubat dan sangat berharap untuk pulih kembali demi meneruskan kehidupan bersama anaknya. Suraya menasihati semua wanita agar sentiasalah menjaga kesihatan diri kerana kesihatanlah tiang seri kehidupan kita. Kalau sakit, banyak benda terbengkalai. Duit banyak pun tak guna, suami baik pun boleh berubah watak.

Kredit Foto: Google Zatul Diceraikan Sehelai Sepinggang
Zatul berpendidikan tinggi dan menjawat jawatan yang baik di sebuah sektor swasta terkenal. Namun selepas berkahwin dengan Bahrin, dia disuruh untuk menjadi suri rumah sepenuh masa sahaja, sementelah gaji Bahrin lebih daripada mencukupi untuk menanggung Zatul dan keluarga. Malah, Bahrin memberi elaun kepadanya RM3000 setiap bulan.
Walaupun keputusan Zatul berhenti kerja itu mengundang kemarahan ibu dan ayahnya, tetapi Zatul memberi keyakinan bahawa dia tidak akan hidup susah bersama Bahrin. Bahrin juga seorang yang bertanggungjawab dan kuat pegangan agamanya. Tidak mungkin dia akan mensia-siakan isterinya itu.
Sebelas tahun hidup bersama, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Kehidupan dilalui sangat indah. Tugas Zatul hanya perlu menyempurnakan keperluan Bahrin dan anak-anak dengan disertakan seorang pembantu rumah lagi. Zatul rasa sangat bahagia kerana ketika bekerja dulu dia agak stres dengan tekanan di pejabat.
Siapa mahu menolak tuah apabila dapat menjadi suri rumah dengan disertakan elaun lagi. Dan, tidak perlu bersusah-payah memikirkan hal kerja dan bebanan lainnya. Namun, langit tidak selalunya cerah. Dua tahun lepas, sebaik pulang dari urusan kerja di Jakarta, Bahrin mula menunjukkan sikap aneh.
Dia seperti tidak mengendahkan Zatul dan anak-anak. Selang sehari pasti memberi alasan kerja lewat malam dan ada kala ‘hilang’ ketika hujung minggu. Akhirnya, Zatul dapat tangkap apabila Bahrin rupanya sudah berkahwin lain di luar negara. Perempuan itu rakan niaganya yang dikatanya sangat berharta!
Apabila Zatul mengamuk, Bahrin juga tidak mahu mengaku salah. Bahrin memberi kata dua, sama ada Zatul duduk diam-diam saja dan menerima hakikat sudah bermadu atau boleh berambus dari rumah itu. Isteri mana boleh ditipu seperti itu? Dengan kata-kata Bahrin yang seolah-olah mencabarnya.
Zatul membuat keputusan bercerai. Dan, Bahrin dengan lagaknya terus menghalau Zatul dari rumah itu tanpa memberi sebarang pampasan hatta seringgit! Bahrin rasa tercabar apabila Zatul tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Zatul akui hidupnya agak terseksa pada awal perceraian dengan tiada sumber pendapatan dan aset.

Kredit Foto: Google Perkahwinan Itu Tiada Jaminan
Itulah hakikatnya. Ia bukan seperti membeli alat elektronik yang disertakan kad jaminan untuk dibaiki jika mengalami kerosakan. Jaminan hanyalah dengan doa dan tawakal kita kepada Tuhan yang satu. Namun, ujian itu datang tidak mengira waktu dan sesiapa juga. Jika sudah tertulis, kitalah calon yang harus menempuhnya, maka terjadilah ia.
Sebaik mana pun seorang suami itu, sekuat mana pun pegangan agamanya atau sekaya mana pun harta keturunannya, ia tidak mampu memberi kita ikatan kukuh bahawa dia akan semtiasa menjadi hak kita dengan hatinya tidak akan berubah. Hati manusia ini bagaikan sekeping kertas nipis yang mudah sahaja direnyuk dan dilupuskan.
Maka, sebagai seorang wanita yang selalu dilabelkan ‘lemah’ dan sentiasa mengharapkan lelaki bernama suami sebagai bahu bersandar, beringatlah. Bukan mahu menjadi isteri yang berprasangka buruk terhadap suami, tetapi tidak salah untuk sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
Persediaan untuk mengelakkan kita daripada merana, apatah lagi jika ia melibatkan anak-anak. Jangan nanti apabila diceraikan, barulah kita terhegeh-hegeh mahu mencari tempat tinggal. Waktu itulah baru nak semak baki akaun tinggal berapa? Dan, barulah sibuk bertanyakan kerja kosong.

Kredit Foto: Google Betul, Suami Kena Lunaskan Nafkah Tapi…
Berapa lama pula proses yang harus dijalani dengan turun naik mahkamah semata-mata ada suami yang bersikap ‘dayus’ dan ‘bodoh’? Kalau dapat suami yang memang mampu memberikan nafkah selepas bercerai, baiklah nasib kamu tetapi berapa ramai bilangannya? Rata-rata, lelaki yang selepas mentalakkan isterinya bersikap lepas tangan.
Ada juga memberitahu tidak mampu kerana perlu menanggung kehidupan baru. Jadi, adakah dalam tempoh mahkamah mahu memberi kata putus itu, kamu tidak perlu makan dan minum? Tidak perlu berbelanja? Bagaimana dengan kemudahan tempat tinggal dan kereta? Sampai bila mahu menumpang rumah Mak Ayah atau adik-beradik yang lain?
Jadi, suka atau tidak, walaupun namanya isteri yang sepatutnya dalam Islam sendiri sudah menggariskan begitu banyak hak kita yang perlu dijaga, hakikatnya tidak semua mampu menunaikannya. Perempuan hari ini bukan lagi makhluk yang sepatutnya dibela dan dijaga oleh kaum lelaki. Kebanyakan lelaki sendiri tidak mampu menjaga diri mereka sendiri, jadi bagaimana kita untuk berada di bawah lindungan mereka?
Maka, berdikarilah demi melangsungkan kehidupan yang serba mencabar hari ini. Jangan sesekali kita menaruh harapan kepada sesiapa melainkan Allah yang satu.

Kredit Foto: Google Para Isteri Kena Jaga:
Kesihatan – jaga diri kita dulu, barulah kita boleh jaga suami dan anak-anak. Kewangan – jangan membazir walaupun duit suami. Beringatlah untuk punya simpanan kecemasan. Kerjaya – bukan setakat kerjaya yang makan gaji, jika tahu berniaga pun ia satu kelebihan untuk digunakan kelak. Aset – kalau dalam waktu suami tengah sayang tu, pandai-pandailah minta rumah atau kereta itu diletakkan nama bersama atau ada satu yang atas nama kamu. Hubungan – ada isteri apabila sudah punya suami yang baik dan anak-anak okey, mereka mula mengasingkan diri dari dunia luar. Kawan-kawan tidak lagi dihubungi, adik-beradik dijauhi. Sampai masa susah, baru terpinga-pinga. Maka, teruskan saja hubungan baik dengan orang sekeliling. Kita tak tahu, siapa yang akan bantu saat suami sendiri berubah hati?

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiastream.com/sebaik-mana-pun-suami-isteri-kena-standby-kesihatan-kewangan-kerjaya-kalau-tiba-tiba-dia-berubah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahagia Tengok Isteri Senyum Tu Tak Jual Kat Mana Mana Suami Suprise Buatkan Feature Wall Cantik

Bahagia Tengok Isteri Senyum Tu Tak Jual Kat Mana Mana Suami Suprise Buatkan Feature Wall Cantik

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 455 hits
Kalau bercerita bab menghias rumah isterilah orang yang paling gembira Namun soal kos dan masa yang diperuntukkan membuatkan impian akhirnya terpadam atau terpaksa mengambil tempoh yang terlalu lama Namun bagi hajatnya untuk membuat kejutan...
Dia Kerja Tak Berhenti Tak Perlu Emas Pun Suami Jaga Hati Emosi Isteri Dah Cukup

Dia Kerja Tak Berhenti Tak Perlu Emas Pun Suami Jaga Hati Emosi Isteri Dah Cukup

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 353 hits
Ya benar isteri kita bekerja tidak pernah berhenti Seharian dia di pejabat dan apabila balik ke rumah pula dia bergegas ke dapur menyiapkan makanan untuk suami dan anak anak Tak cukup dengan itu rutin ibu bertambah bila anak masih tak mahu ...
Suami Bagi Duit Poket Masuk Dalam Tabung Suamiku Kaya Masin Mulut Isteri Jadi Murah Rezeki

Suami Bagi Duit Poket Masuk Dalam Tabung Suamiku Kaya Masin Mulut Isteri Jadi Murah Rezeki

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 537 hits
Macam macam cara orang buat simpanan wang Ada yang suka mengadakan pelbagai jenis tabungan khas untuk kegunaan masa hadapan Cara simpanan pun ada banyak Simpan hari hari Simpan pada hujung minggu saja Ikut warna duit pun ada Seperti yang di...
Sempat Kongsi Foto Anak Di Facebook Suami Isteri Maut Kemalangan

Sempat Kongsi Foto Anak Di Facebook Suami Isteri Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 592 hits
Ajal dan maut ditangan Tuhan baru baru ini dukacita dimaklumkan sepasang suami isteri maut dalam satu kemalangan di Kilometer 34 4 Lebuhraya Shah Alam dari arah USJ ke Klang dekat Subang Jaya semalam Menerusi Harian Metro motorsikal yang di...
Siapakah Suami Di Akhirat Jika Isteri Berkahwin Lebih Dari Seorang Di Dunia

Siapakah Suami Di Akhirat Jika Isteri Berkahwin Lebih Dari Seorang Di Dunia

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 413 hits
Siapakah suami di Akhirat jika isteri berkahwin lebih dari seorang di dunia Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Andainya seorang wanita berkahwin...
Kenapa Agaknya Suami Berkecil Hati Dengan Isteri Meh Baca Ni

Kenapa Agaknya Suami Berkecil Hati Dengan Isteri Meh Baca Ni

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 741 hits
KENAPA AGAKNYA SUAMI BERKECIL HATI DENGAN ISTERI MEH BACA NI Sebagai insan biasa memang kita tak lepas dari melakukan kesilapan Begitu juga dalam realiti berumah tangga Ada kalanya suami berkecil hati dengan isteri dan begitu jugak dengan i...
Joe Flizzow Marini Ramlan Selamat Bergelar Suami Isteri Joenini

Joe Flizzow Marini Ramlan Selamat Bergelar Suami Isteri Joenini

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 562 hits
Penyanyi rap dan penulis lirik terkenal tanah air Joe Flizzow selamat mendirikan rumahtangga dengan wanita pilihan hatinya Marini Ramlan pada Jumaat Berita gembira itu dikongsikan oleh ibu Marini Fatimah Ismail menerusi akaun Instagram mili...
Doa Bahagia Suami Isteri Sama Sama Sedekahkan Al Fatihah Bacalah Doa Ini Lepas Solat

Doa Bahagia Suami Isteri Sama Sama Sedekahkan Al Fatihah Bacalah Doa Ini Lepas Solat

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 715 hits
Rumah tangga yang harmoni semestinya mampu dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik antara pasangan suami isteri Berkasih sayang tolak ansur dan persefahaman antara kunci utama mencapai bahagia Rasulullah SAW menyuruh para suam...
Isteri Perlu Taat Pada Suami Atau Ibunya

Isteri Perlu Taat Pada Suami Atau Ibunya

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 295 hits
SOALAN Ohmedia dapat rasakan ada di kalangan kita yang keliru sama ada isteri kena taat pada suami atau ibunya Jadi apakah jawapanya JAWAPAN Seorang perempuan yang belum bersuami wajib ia taat kepada ibunya daripada orang lain Apabila dia s...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025

Anwar Tak Mahu Najib Alami Nasib Sama Di Penjara

Jualan Biskut Raya 2025

A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant