Sebagai Tuan Rumah Layan Pelawat Dengan Akhlak Yang Baik Mufti


Tidak dapat disangkal lagi kemenangan pasukan Malaysia yang menewaskan Indonesia dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno pada Khamis lepas.
Namun, kekecohan yang ditimbulkan oleh ‘tuan rumah’ sedikit-sebanyak merencatkan kemenangan Malaysia apabila ada di antara penyokong Harimau Malaya yang didakwa mengalami kecederaan dalam insiden rusuhan yang agak teruk.
Susulan itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah memberi nasihat kepada seluruh penyokong Harimau Malaya untuk menunjukkan akhlak yang baik kepada pasukan lawan dalam perlawanan kedua kumpulan G yang akan berlangsung pada 10 September ini.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Sekalung tahniah kami ucapkan buat skuad Harimau Malaya kita yang telah berjaya membawa pulang 3 mata amat berharga dari Stadium Gelora Bung Karno.
Perlawanan yang telah berlangsung semalam telah menyaksikan bahawa skuad Harimau Malaya telah didahului skuad Indonesia sebanyak dua kali. Namun keterujaan kami adalah apabila skuad Harimau Malaya mampu bangkit semula seterusnya berjaya memenanginya.
Pada pemerhatian kami, skuad Harimau Malaya layak memenangi perlawanan semalam kerana:
Semua pemain telah berjaya bermain dengan corak permainan yang terbaik serta tenang mengawal emosi sepanjang permainan terutamanya pada separuh masa kedua biarpun ditekan di dalam dan luar padang oleh pemain dan puluhan ribu penyokong Indonesia.  Semangat tidak berputus asa semua pemain terutama barisan serangan skuad Harimau Malaya dalam usaha memburu gol sehingga wisel penamat. Sebagai contoh, Syafiq Ahmad, pemain tengah yang kerapkali turun naik akhirnya telah berjaya menjaringkan gol penyamaan kedua hasil tandukannya yang kemas. Kebijaksanaan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe dan pasukan kejurulatihan yang cepat membaca tempo dan taktikal pihak lawan juga kemampuan pemain telah segera membawa masuk Muhamadou Sumareh dimana dia berjaya menjaringkan gol penyamaan pertama dan gol kemenangan skuad Harimau Malaya. Walaupun tampak sedikit gugup dan goyah pada separuh masa pertama, barisan pertahanan skuad Harimau Malaya juga berjaya tampil memperbaiki permainan dan persefahaman di separuh masa kedua. Tahniah Kapten Farizal Marlias, Shahrul Saad, Adam Norazlin dan rakan-rakan yang telah berjaya menidakkan sebarang gol buat Indonesia di separuh masa kedua permainan. Di kesempatan ini juga ingin kami gunakan untuk menyeru seluruh penyokong Harimau Malaya untuk tampil dengan akhlak yang baik saat kita sebagai Tuan Rumah melayan penyokong pasukan pelawat nanti. Ketinggian akhlak kita cerminan ketinggian mentaliti rakyat berkelas tinggi dunia. Contohilah akhlak dan kebesaran jiwa Baginda Rasulullah SAW. Semoga ukhuwah Islamiyah kita akan terus subur. Insya Allah.
Semoga langkah kanan skuad Harimau Malaya ini dapat menjadi bekal semangat berterusan bagi terus memperagakan aksi yang terbaik memenangi perlawanan menentang UAE pada 10 September 2019 nanti dan juga perlawanan-perlawanan yang seterusnya.
Sekali lagi, tahniah Harimau Malaya. Anda kebanggaan rakyat Malaysia.
Sumber : muftiwp.gov.my


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/09/07/sebagai-tuan-rumah-layan-pelawat-dengan-akhlak-yang-baik-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mufti Wp Mahu Penyokong Malaysia Sambut Tetamu Dengan Akhlak Baik

Mufti Wp Mahu Penyokong Malaysia Sambut Tetamu Dengan Akhlak Baik

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1656 hits
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri sememangnya dikenali sebagai seorang mufti yang sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak tempatan dan antarabangsa Gemar berkongsi pendapat berdasarkan pengamatan beliau bu...
Hama Habuk Rumah Sebagai Penyebab Alergi

Hama Habuk Rumah Sebagai Penyebab Alergi

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 706 hits
Oleh Dr Izfa Riza Binti Hazmi Nur Atierah Binti Mahamad Pusat Sistematik Serangga Universiti Kebangsaan Malaysia Hama ialah kumpulan arachnid yang terdapat di dalam habuk rumah Hama dari kategori ini dipanggil secara umumnya sebagai hama ha...
Video Gah Tarikan Di Indonesia Viral Nyata Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia U 20 2021

Video Gah Tarikan Di Indonesia Viral Nyata Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia U 20 2021

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 359 hits
Persatuan Bola Sepak Antarabangsa sebelum ini telah menjadikan Indonesia sebagai calon tuan rumah bagi Piala Dunia U 20 pada tahun 2021 akan datang Menurut laporan tempatan pada 26 Ogos lalu pihak Persatuan Bola Sepak Indonesia sedia meneri...
Baik Dan Buruk Surirumah Bekerja Sendiri Dari Rumah Dari Perspektif Ibu Anak Empat

Baik Dan Buruk Surirumah Bekerja Sendiri Dari Rumah Dari Perspektif Ibu Anak Empat

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 729 hits
Menjadi surirumah sambil menjadikan ruang di rumah ini sebagai ofis tidak pernah mudah Anak anak tidak faham bagaimana mama bekerja tetapi masih di rumah menguruskan mereka kerja kerja rumah dan sebagai driver sepenuh masa Apabila semuanya ...
Tun Dr Mahathir Jangan Layan Lynas Sebagai Orang Terbuang

Tun Dr Mahathir Jangan Layan Lynas Sebagai Orang Terbuang

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Lynas Malaysia Sdn Bhd syarikat perlombongan nadir bumi tidak wajar dilayan sebagai orang terbuang memandangkan ia membawa pelaburan besar serta pekerjaan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Ia merupakan pelaburan besa...
Tolong Produk Muslim Baik Untuk Bukan Islam Mufti

Tolong Produk Muslim Baik Untuk Bukan Islam Mufti

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 310 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin percaya kempen menyokong pembelian produk keluaran Muslim bukan sahaja dapat memperkasakan ekonomi mereka malah baik untuk bukan Islam Katanya kempen beli produk Muslim dulu itu secara tidak langsung ...
Tertangkap Berduaan Di Rumah Bidan Sampai Dini Hari Oknum Polisi Pasuruan Diarak Tanpa Busana

Tertangkap Berduaan Di Rumah Bidan Sampai Dini Hari Oknum Polisi Pasuruan Diarak Tanpa Busana

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 303 hits
Anggota Polsek Nguling Bripka D diarak keliling Desa Sanganom Kecamatan Nguling Kabupaten Pasuruan Senin dini hari setelah kedapatan berada di rumah bidan G Hukuman sosial yang ditimpakan kepada Bripka D viral di media sosial salah satunya ...
K Jaan Pas Turun Ke Rakyat 1 Rumah 1 Pokok Durian

K Jaan Pas Turun Ke Rakyat 1 Rumah 1 Pokok Durian

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 418 hits
DUNGUN 22 Ogos Seramai 160 penduduk menerima manfaat menerusi peruntukkan geran berjumlah RM10 000 oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi penanaman160 pokok Durian Musang King di kawasan rumah masing masing Pengerusi Majlis Pengurusa...
Pembinaan Rumah Eco Friendly

Pembinaan Rumah Eco Friendly

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 301 hits
PEMBINAAN RUMAH ECO FRIENDLYPara pelajar membentangkan hasil pembinaan rumah eco friendly kumpulan masing masing
The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit