K Jaan Pas Turun Ke Rakyat 1 Rumah 1 Pokok Durian
DUNGUN, 22 Ogos- Seramai 160 penduduk menerima manfaat menerusi peruntukkan geran berjumlah RM10,000 oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi penanaman160 pokok Durian Musang King di kawasan rumah masing- masing.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Besi, Ahmad Bakhir Chik berkata, pemilihan penanaman pokok berkenaan mengambil kira keuntungan untuk tempoh jangka panjang yang bakal diperolehi penduduk.
"Disamping penduduk boleh merasai akan kehebatan buah durian ini yang begitu digemari sehingga dieksport ke Negara Taiwan, China dan juga Singapura dengan harga yang begitu tinggi sehingga orang kampung tidak mampu membelinya.
"Sudah tentu pada 10 tahun akan datang, jika sekiranya ada lebihan dan lambakan dari hasil yang ditanam maka akan memberi impak ekonomi yang baik kepada penduduk," jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Pokok Durian Musang King kepada 160 peserta yang terdiri daripada penduduk Bukit Besi yabg disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, semalam.
Pada majlis itu, taklimat mengenai cara penanaman dan penjagaan pokok Durian Musang King telah disampaikan oleh wakil MARDI.
Katanya, dalam tempoh 10 tahun akan datang Kampung Bukit Besi diharap akan menjadi terkenal sebagai pengeluar Durian Musang King.
Sementara itu, Ghazali Sulaiman berkata, program tersebut amat bermanafaat kerana memberi kebaikan kepada penduduk.
"Semoga ilmu yang diperolehi melalui taklimat selama empat jam pada hari ini (semalam) akan dimanfaatkan sebaiknya.
"Serta apa yang dihasratkan oleh MPKK Bukit Besi akan dipermudahkan oleh Allah, di samping itu juga kita mengharapkan agar pokok-pokok yang diagih itu, tidak hanya sekadar diserahkan secara begitu sahaja kepada peserta tetapi perlu dilakukan tinjauan dari semasa ke semasa, serta perlu diberi nasihat tentang penjagaan yang betul, "jelasnya.
Beliau turut mengharapkan, dengan penanaman pokok berkenaan, akan mewujudkan perpaduan dan permuafakatan yang membawa kepada keharmonian penduduk, dengan saling berkongsi ilmu diantara satu sama lain. (IH)
Lihat ini..
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Catatan Perjalanan Ibnu Hasyim
E-Buku IH-3: Mencari Melayu/Islam Sri Lanka
Bab I: Sebelum pergi..Orang Melayu Sri Lanka, Nak Lawati Mereka?Melayu Sri Lanka, Mabole Malay Association... Gamb...Bab II: Catatan Perjalanan..
Jelajah Colombo, Inilah Yang Saya Cari..Bandar Islam Di Colombo..Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?Sri Lanka: Orang Melayu Hijrah Keluar Dari Kelompo...Gadis Itu Merangkul Lenganku, Mengapa?Adam's Peak Sri Lanka, Lambang Kesatuan ManusiaKhalifah: Anggapan Bahaya Tentang Turunnya Adam..Aksi Lacur: Bawah Jejambat Pun Jadi..Orang Melayu Membuka Sekolah Islam Di Colombo.Sri Lanka: Jumpa Kawan Lama, 22 Tahun Lalu.Berjumpa di catatan perjalanan seterusnya..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/kjaan-pas-turun-ke-rakyat-1-rumah-1.html