Sebab Itu Artis Kita Miskin Ada Bakat Tapi Tiada Ilmu Pendapat Soo Wincci
Artis serba boleh, Profesor Madya Dr Soo Wincci menyeru sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri di dalam industri seni untuk melengkapkan diri dengan ilmu agar mereka dapat menyusun perjalanan kerjaya dengan baik.
Menurut Soo Wincci, dengan adanya ilmu, para anak seni tidak akan mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan.
“Saya selalu menasihati pelajar-pelajar untuk sambung pelajaran ke luar negara. Situasi sekarang dah lain. Dulu orang ke luar negara nak sambung degree tetapi sekarang ramai nak dapatkan master pula.
“Bila ada ilmu, kita tidak akan mudah dipermainkan dengan sistem sedia ada. Sesetengah selebriti di sini kurang ilmu mengenai kontrak dan mereka mudah sahaja menandatangai apa-apa perjanjian.
“Kebanyakkan kontrak hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Bila tanya soal royalti dan hak-hak yang lain, kebanyakkannya tiada. Itu yang buat saya beng4ng
“Sebab itu artis kita miskin. Ada bakat tetapi tiada ilmu dan strategi.
Macam mana kita nak kawal orang-orang industri ini?,” katanya kepada MH.
Soo Wincci yang juga merupa pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam turut memberitahu, negara ketika ini amat memerlukan golongan profesional yang mampu mengubah lanskap industri seni tempatan.
“Kebanyakkan pelajar-pelajar dalam bidang seni ini, mereka g1la glamour. Bila dah terkenal, terus berhenti belajar. Di luar negara, pelajar tidak dibenarkan berbuat sedemikian. Visa mereka akan disekat kalau tak tamatkan pengajian.
“Industri seni tempatan bukan hanya memerlukan mereka yang berbakat tetapi juga orang-orang yang boleh buat perubahan. Cara lama dah tak boleh guna dah. Sebab itu industri kita semakin tenggelam.
“Dengan krisis ekonomi dunia yang bakal melanda, situasi kita akan lebih teruk. Ini realitinya,” ujarnya lagi.
Meskipun terpaksa berdepan pelbagai cabaran, bekas ratu cantik Miss World Malaysia ini mended4hkan dirinya tidak akan patah semangat untuk menyelamatkan industri seni daripada terus berada di takuk lama.
“Saya kena adakan juga semangat itu. Kalau saya tak kembali ke Malaysia, macam mana kita nak mulakan perubahan.
“Sekurang-kurangnya sekarang saya dapat melatih para pensyarah-penyarah PHD untuk perbaharui sistem kita.
“Setidaknya saya dapat selamatkan bakat-bakat tempatan. Saya tak nak industri kita terus tenggelam sedangkan negara lain pesat membangun.
“Kita tak boleh mengalah. Kalau kami mengalah, siapa nak bantu industri. Penat memang penat tetapi ini untuk generasi akan datang,” akhirinya.
Sekadar informasi, Soo Wincci kini merupakan pensyarah yang mengajar dalam pengkhususan perniagaan serta teknologi muzik.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/0VhtSw7
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/12/sebab-itu-artis-kita-miskin-ada-bakat.html