Sd Bukan Penamat Keabsahan Pm Undi Percaya Jawapan Sebenar Kata Sarjana Politik


 
Pada 18 Ogos lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perdana menteri yang dilantik menerusi surat akuan ahli Dewan Rakyat hendaklah ‘secepat mungkin’ mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Keabsahan perdana menteri menerusi sokongan majoriti perlu dibuktikan di Dewan Rakyat, bukannya di luar dengan menggunakan akuan berkanun (SD), walaupun Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
Sarjana Politik Universiti Putra Malaysia (UPM), Jayum Jawan, berkata jika undi percaya dibentangkan di Parlimen, ia bukan menunjukkan penderhakaan atau meragui kuasa Agong, sebaliknya Ahli Parlimen hanya melakukan kewajipan, selain menunaikan hak mereka sebagai ahli Dewan yang mulia itu.
“Sama ada perdana menteri akan ikut nasihat atau tidak, undi tidak percaya itu bukan perkara ditentukan oleh peguam negara atau perdana menteri. Ia adalah hak ahli Dewan Rakyat dan hal ini di luar bidang kuasa peguam negara dan PM.
“Usul undi percaya bukan datang daripada PM atau Perikatan Nasional (PN). Ia datang daripada ahli Dewan atau parti yang meragui bahawa PM ada cukup majoriti. Ini adalah proses politik dan PM kena terima hakikat ini untuk menunjukkan bahawa beliau benar-benar ada majoriti, di luar Dewan dan dalam Dewan,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Peguam Negara Idrus Harun dalam kenyataan berkata, pelantikan perdana menteri baharu tidak memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada Seri Paduka Baginda.
Beliau berkata, jika pelantikan perdana menteri yang baharu masih memerlukan keabsahan oleh mana-mana pihak selain daripada baginda, ini bermakna kuasa mutlak Agong boleh diatasi pihak lain.
Pada 18 Ogos lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perdana menteri yang dilantik menerusi surat akuan ahli Dewan Rakyat hendaklah “secepat mungkin” mengemukakan usul undi percaya di Dewan Rakyat.
Istana Negara dalam kenyataan pada tarikh demikian berkata, langkah itu bertujuan mengabsahkan individu berkenaan mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Jayum berkata kerajaan Ismail sama seperti Muhyiddin Yassin akan terus “bergoyang” kerana kedua-dua mereka mempunyai majoriti amat tipis.
“Ismail boleh tumbang bila-bila masa sekiranya tiga Ahli Parlimen menarik sokongan. Selagi Ismail yang juga PM ada majoriti tipis seperti (mana) beliau dan Muhyiddin, maka kepimpinan mereka akan goyang,” katanya.
Mengulas tindakan Umno mengenai usul undi percaya terhadap naib presidennya itu, Jayum berkata Umno dijangka tidak akan melakukan apa-apa.
“Sekiranya Umno mahu tahu sejauh mana sokongan Ismail di Dewan Rakyat, maka Umno boleh usul undi itu. Usul undi percaya atau undi tidak percaya bukan milik mana-mana individu atau parti. Mana-mana Ahli Parlimen dan parti boleh mengusulkannya,” katanya.
Beliau berkata, malah baik untuk diusulkan demi membuktikan bahawa Ismail mempunyai cukup sokongan majoriti.
“Ini sekali gus boleh memenangkan semua pihak dan memberi kestabilan kepada kepimpinan beliau sebagai PM,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/09/sd-bukan-penamat-keabsahan-pm-undi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Tidak Perlu Pertikai Keabsahan Pm Melalui Usul Undi Percaya Kata Pakar

Pembangkang Tidak Perlu Pertikai Keabsahan Pm Melalui Usul Undi Percaya Kata Pakar

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 201 hits
BERNAMA Yang di Pertuan Agong sangat teliti dan mengambil kira pandangan semua pihak dalam membuat sebarang keputusan memilih pemimpin nombor satu negara itu Yang di Pertuan Agong telah meminta surat akuan bersumpah daripada ahli Parlimen d...
Ph Tak Akan Mempersulit Undi Percaya Jika Pm Pro Rakyat Kata Anwar

Ph Tak Akan Mempersulit Undi Percaya Jika Pm Pro Rakyat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 299 hits
PH memberi jaminan tidak akan mempersulitkan undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob jika dia mengambil langkah demi kepentingan rakyat Perkara itu dinyatakan Pengerusi PH Anwar Ibrahim setelah dengan Ismail Sabri Pertemua...
Dsai Jawab Isu Peguam Negara Kata Tak Perlu Buat Undi Percaya Pm Depan A

Dsai Jawab Isu Peguam Negara Kata Tak Perlu Buat Undi Percaya Pm Depan A

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 202 hits
Kenapa penting undi percaya di Parlimen Kerana ia sebahagian dari Perlembagaan Negara Even YPDA dan Timbalan YDPA juga bertitah benda yang sama Peguam Negara masa itu tak kata apa apa Tiba tiba hari ini boleh derhaka dan ingkar pada titah Y...
Walaupun Simpati Tiada Kompromi Soal Undi Percaya Terhadap Pm Bila Parlimen Bersambung Kata Lge

Walaupun Simpati Tiada Kompromi Soal Undi Percaya Terhadap Pm Bila Parlimen Bersambung Kata Lge

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 449 hits
August 31 2021 Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata Yang di Pertuan Agong pada 18 Ogos lalu bertitah agar Perdana Menteri baharu perlu melalui undi percaya di Dewan Rakyat bagi membuktikan sokongan majoriti PETALING JAYA DAP memberi per...
Ikhtiar Tambah Baik Parlimen Pentadbiran Kerajaan Permulaan Baik Tapi Masih Perlu Undi Percaya Kata Anwar

Ikhtiar Tambah Baik Parlimen Pentadbiran Kerajaan Permulaan Baik Tapi Masih Perlu Undi Percaya Kata Anwar

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 356 hits
September 11 2021 PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyambut baik tawaran Ismail Sabri Yaakob menambahbaik Parlimen dan pentadbiran kerajaan namun tetap mahukan undi percaya terhadap perdana menteri diadakan secepat mungkin Anw...
Ismail Dilantik Agong Tak Perlu Undi Percaya Kata Peguam Negara

Ismail Dilantik Agong Tak Perlu Undi Percaya Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 244 hits
Peguam Negara Idrus Harun berkata hari ini tidak perlu pengesahan terhadap pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri atau kerajaan pimpinannya kerana ia ditubuhkan mengikut undang undang Idrus menambah sekiranya masih memerluka...
Bukti Keabsahan Ku Li Gesa Undi Percaya Segera Terhadap Ismail

Bukti Keabsahan Ku Li Gesa Undi Percaya Segera Terhadap Ismail

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 287 hits
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob diadakan segera bagi menguji jumlah sebenar sokongan dimiliki Ahli Parlimen Bera itu Katanya walaupun surat cara pelantikan ...
Tiada Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dalam Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

Tiada Usul Undi Percaya Terhadap Pm Dalam Sidang Dewan Rakyat Akan Datang

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 199 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE August 31 2021Sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung 6 September depan ditangguhkan kepada 13 September dan tidak ada usul undi percaya kepada perdana menteri Menurut ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Si...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Pompeii Kisah Tragis Yang Terbeku Dalam Waktu

Tiga Ditahan Halang Tugas Ugut Anggota Penguat Kuasa Jpj

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Tops Open Data Rankings In Historic First

We Re Not Just On Social Media Sabah Muda Tells Analysts

Strict Terms For Paya Mengkuang Pig Farms To Resume Operations Akmal

Working With Bn Has Cons For Ph Too Says Pkr S Hassan

Misi Ke Asrama Penuh 2026 Persediaan Pksk Dan Ukkm Dari Rumah Secara Online

Biskut Dalgona Squid Game