Scam Pelaburan Ciri Ciri Jenis Cara Scam Berlaku


Scam pelaburan merupakan taktik mereka yang terlibat dalam penipuan bagi memperdayakan orang ramai untuk membuat pelaburan dengan menawarkan pulangan yang tinggi.
Berikut diterangkan mengenai scam ini, ciri-ciri, jenis dan bagaimana scam boleh berlaku.
Apa Itu Scam Pelaburan? Scam pelaburan merupakan modus operandi penipuan yang menjanjikan seseorang tersebut pulangan cepat dan lumayan untuk memperdaya mereka melaburkan wang.
Mereka yang terlibat dengan scam ini kebiasaanya akan menggunakan pelbagai taktik seperti mendesak mangsa membuat keputusan segera dan menawarkan pakej pelaburan yang “terlalu bagus untuk jadi kenyataan” untuk menipu wang orang ramai. 
Menurut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail, sebanyak 52,000 kes jenayah komersil termasuk scam pelaburan dilaporkan bagi tempoh Januari hingga September 2025 dengan kerugian mencecah RM3.6 bilion.
Penipuan dalam talian termasuk ‘love scam’ dan pelaburan palsu yang menjanjikan keuntungan lumayan, memanipulasi emosi dan harapan telah menyumbang 80 peratus daripada kes jenayah komersil yang dilaporkan tersebut.
Ciri-Ciri Scam Pelaburan Antara ciri-ciri scam ini adalah seperti berikut:
Menjanjikan Pulangan Pelaburan yang Tinggi dalam Masa Singkat: Skim ini sering kali menawarkan pulangan yang tidak realistik dalam tempoh masa yang amat singkat. Contohnya, pelabur dijanjikan untuk menerima pulangan RM300 dengan hanya melabur dalam masa 12 jam sahaja. Dipromosikan melalui Platform Media Sosial: Mereka sering menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Telegram, WhatsApp, dan Instagram untuk mempromosikan skim pelaburan mereka. Ia disebarkan melalui saluran ini kerana ia lebih sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa. Meminta Wang Didepositkan ke dalam Akaun Milik Individu atau Akaun Bank Entiti yang Tidak Berkaitan: Pelabur diminta untuk memasukkan wang ke dalam akaun individu atau akaun bank yang tidak berkaitan. Oleh itu, semak butiran perbankan sebelum membuat sebarang transaksi untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. Menggunakan Sijil atau Dokumen Palsu daripada Pihak Berkuasa: Mereka sering kali menggunakan sijil atau dokumen palsu yang kononnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk meyakinkan mangsa. Dipromosikan sebagai Peluang Pelaburan “Masa Terhad Sahaja”: Mereka sering menggunakan teknik tekanan masa dengan menyatakan bahawa peluang pelaburan hanya tersedia untuk tempoh masa yang terhad. Ini bagi memaksa pelabur membuat keputusan dengan tergesa-gesa tanpa mempertimbangkan risiko. Jenis Scam Pelaburan Terdapat 3 jenis pelaburan scam ini iaitu:
i- SCAM FIRMA KLON
Menggunakan nama syarikat yang serupa, laman web dan menyamar sebagai firma berkelulusan. Berusaha meyakinkan anda bahawa mereka mewakili sebuah firma yang berkelulusan. Biasanya dipromosikan melalui WhatsApp dan media sosial. ii- SCAM PANGGILAN TELEFON RAMBANG
Tawaran peluang pelaburan secara tiba-tiba melalui panggilan telefon. Berusaha mengekalkan anda dalam talian untuk masa yang lama dan mendesak anda untuk melabur serta-merta. iii- SCAM CEPAT KAYA
Indah khabar dari rupa. Menjanjikan pulangan tinggi yang tidak munasabah dalam tempoh masa yang singkat. Sering menggunakan tajuk sensasi seperti ‘Dapatkan peluang enam angka tanpa sebarang kemahiran istimewa….’ Cara Berlaku Scam ini berlaku dengan cara-cara berikut:
Scammer akan menghubungi anda dan berkongsi skim pelaburan yang sangat menguntungkan. 2Anda akan dijanjikan dengan pulangan yang cepat dan lumayan. 3Anda akan didesak untuk membuat keputusan pelaburan dengan segera menggunakan alasan tawaran masa terhad. 4Jika anda mencari di dalam talian, anda tidak akan jumpa sebarang butiran berkenaan syarikat pelaburan tersebut atau maklumat kewangan mereka. Contoh scam yang dipromosikan adalah seperti di bawah:
Tips Pencegahan Untuk mencegah daripada tertipu dengan scam ini, ikuti tips ini:
Selidik dahulu dan semak dengan sumber yang boleh dipercayai untuk memastikan anda melabur dengan syarikat yang boleh dipercayai dan ada reputasi. Jangan hanya bergantung pada maklumat yang orang lain berikan kepada anda untuk anda membuat keputusan dan sentiasa sahkan apa yang mereka beritahu anda daripada sumber-sumber rasmi. Sumber:
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/08/11/keselamatan-siber-ciri-ciri-pelaburan-yang-tidak-sah-scam/ https://www.jangankenascam.com/my/jenis-jenis-scam/scam-pelaburan/ Baca juga: Check Scammer Online Di Malaysia (Portal semakmule PDRM)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/scam-pelaburan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=scam-pelaburan

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenis Data Yang Dikumpul Oleh Platform Media Sosial Cara Ia Digunakan

Jenis Data Yang Dikumpul Oleh Platform Media Sosial Cara Ia Digunakan

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 183 hits
Jenis Data Yang Dikumpul Oleh Platform Media Sosial Cara Ia Digunakan Dalam dunia digital hari ini hampir setiap individu meninggalkan jejak digital setiap kali menggunakan media sosial Tidak dinafikan platform seperti Facebook Instagram Ti...
Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

Ujian Khas Mrsm Senarai Ujian Cara Buat Semakan

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 259 hits
Calon yang layak akan dipanggil menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM dan Ujian Khas MRSM mengikut jadual yang ditetapkan oleh MARA Semakan panggilan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi berikut bagi Tingkatan 1 di d...
Elak Kulit Muka Berjerawat Ketahui Cara Guna Pencuci Muka Dengan Betul

Elak Kulit Muka Berjerawat Ketahui Cara Guna Pencuci Muka Dengan Betul

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 151 hits
Elak Kulit Muka Berjerawat Ketahui Cara Guna Pencuci Muka Dengan Betul Bagi sesetengah wanita kecantikan wajah sering dikaitkan dengan penampilan yang bersih dan terjaga Bukan itu sahaja ada yang menganggap kulit muka yang sihat juga mampu ...
Pakaian Masih Basah Walau Dah Spin Lelaki Ini Ajar Cara Betulkan Mesin Basuh Sendiri

Pakaian Masih Basah Walau Dah Spin Lelaki Ini Ajar Cara Betulkan Mesin Basuh Sendiri

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 170 hits
Pakaian Masih Basah Walau Dah Spin Lelaki Ini Ajar Cara Betulkan Mesin Basuh Sendiri Mesin basuh sering menjadi antara perkakasan elektrik yang kita beli untuk melengkapi kemudahan yang ada di rumah yang kita diami Dengan adanya mesin basuh...
Kelaparan Tersembunyi Di Malaysia Tinjauan Kesihatan Terbaharu Dedahkan Tentang Cara Kita Makan

Kelaparan Tersembunyi Di Malaysia Tinjauan Kesihatan Terbaharu Dedahkan Tentang Cara Kita Makan

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 207 hits
Kelaparan Tersembunyi Di Malaysia Tinjauan Kesihatan Terbaharu Dedahkan Tentang Cara Kita Makan memberikan gambaran yang membimbangkan tentang cara kita makan dan hidup hari ini Lebih separuh daripada orang dewasa di Malaysia mempunyai bera...
Kanak Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak Kanak Sedunia Ini Cara Tebus Tiket

Kanak Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak Kanak Sedunia Ini Cara Tebus Tiket

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 182 hits
Kanak Kanak Masuk Percuma Ke Zoo Negara Sempena Hari Kanak Kanak Sedunia Ini Cara Tebus Tiket Kanak kanak ibarat permata dan bukan sahaja harapan kepada keluarga namun masa golongan inilah yang bakal mencorakkan masa depan sesebuah negara S...
Cara Buat Kuetiau Homemade Mudah Bersih Jimat Confirm Jadi

Cara Buat Kuetiau Homemade Mudah Bersih Jimat Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 266 hits
Suka makan kuetiau Jom belajar buat kuetiau homemade ni Lepas ni kalau tiba tiba terasa nak makan kuetiau goreng tapi malas nak keluar beli dekat kedai bolehlah buat sendiri di rumah Bila buat kuetiau homemade bukan sahaja lebih bersih dan ...
Tak Perlu Beli Baru Ini Cara Mudah Baiki Kalau Skrin Remote Aircond Gelap

Tak Perlu Beli Baru Ini Cara Mudah Baiki Kalau Skrin Remote Aircond Gelap

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 212 hits
Tak Perlu Beli Baru Ini Cara Mudah Baiki Kalau Skrin Remote Aircond Gelap Di Malaysia penghawa dingin atau aircond sudah menjadi satu keperluan di kebanyakan rumah Jika dulu ia dianggap sebagai kemewahan sekarang boleh dikatakan hampir seti...
10 Sebab Doa Ditolak Allah Swt Cara Mengatasi Puncanya

10 Sebab Doa Ditolak Allah Swt Cara Mengatasi Puncanya

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 196 hits
Anda pernah rasa doa anda seolah olah tidak didengari Anda sudah minta berkali kali mungkin sampai tahap rasa putus asa Rasa kecewa itu normal tetapi jangan biarkan ia bertukar menjadi putus harapan Kadang kala jawapannya bukan pada kuatnya...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Yummy Thin Cut Beef Recipes For Dinner

Pallas Masih Pilihan Persiapan Awal Masuk Sekolah

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Kuih Tiram


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Common Isu Teknikal Dalam Pembikinan Template Website

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Safety Control Clean Room

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti