Saya Tak Tahu Kalau Presiden Pas Nak Saman Menantu


N Faizal GhazaliDiterbitkan Hari ini 1:42 tengahari


Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar mengungkapkan isu pendedahan yang dibuat oleh menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad membuktikan dakwaannya mengenai penerimaan dana daripada Umno oleh pimpinan PAS sebelum ini adalah benar.

Menurutnya, beliau sendiri sudah membangkitkan perkara itu sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu namun dinafikan sekeras-kerasnya.

Malah katanya, ramai ahli dan penyokong PAS termakan dengan penafian tersebut.

"Apabila menantu presiden PAS sendiri mendedahkan perkara ini, maka dakwaan saya dan rakan-rakan sebelum PRU lagi terbukti benar.

"Malah ketika itu ada yang kata PAS nak ambil tindakan mahkamah terhadap saya, saya tak tahu kalau presiden nak saman menantu atau PAS nak saman menantu presiden pula," katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Zaharudin melalui beberapa catatan di Facebook membangkitkan isu "kartel dedak" dalam parti itu.

Menantu Abdul Hadi Awang itu turut mendedahkan lima pemimpin PAS terbabit dalam penerimaan wang jutaan ringgit daripada Umno.

Bagaimanapun lima nama pemimpin berkenaan tidak dinyatakan dengan jelas, sebaliknya diletakkan mengikut singkatan nama individu yang dimaksudkan.

Zaharudin turut mendakwa pendedahannya dalam isu tersebut direstui, Abdul Hadi, namun mentuanya itu menafikan restu tersebut.

Sementara itu, Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena berkata, kenyataan Abdul Hadi yang tidak merestui apa yang didedahkan oleh Zaharudin bermakna beliau menafikan apa yang dibuat oleh menantunya.

"Timbul tanda tanya, apakah dia sedang melindungi perlakuan-perlakuan yang begitu buruk yang dilakukan oleh pimpinan PAS?

"Adakah presiden sendiri terlibat dalam hal ini atau dengan pengetahuan presiden sendiri apa yang dilakukan oleh orang-orang yang dimaksudkan menantunya?

"Saya ucapkan tahniah kepada menantu Zaharudin sebagai ahli parti ini yang kita mahu, harus berani tampil ke hadapan," katanya yang juga timbalan menteri sumber manusia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/05/saya-tak-tahu-kalau-presiden-pas-nak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menantu Presiden Pas Bantah Nik Abduh

Menantu Presiden Pas Bantah Nik Abduh

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 516 hits
MALAYSIA DATELINE Zaharudin bantah cara Nik Abduh kritik kerajaan negeri Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dan rakan rakannya dalam Pas diminta tidak bercakap soal ukhuwah dan hikmah jika terus menegur kerajaan negeri secara t...
Menantu Presiden Pas Zaharudin Kalau Ada Cuba Simpan Bawah Karpet Saya Lawan

Menantu Presiden Pas Zaharudin Kalau Ada Cuba Simpan Bawah Karpet Saya Lawan

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 418 hits
Menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad menyambut baik langkah parti itu yang mengarahkan agar ahli parti tidak membincangkan isu dalaman parti secara terbuka Bagaimanapun Zaharudin yang mendedahkan berhubung kewujudan kartel dedak dalam PA...
Informasi Ramadan Bulan Al Quran Presiden Pas

Informasi Ramadan Bulan Al Quran Presiden Pas

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 416 hits
RAMADAN sebagai bulan pilihan yang diwajibkan berpuasa adalah sangat bermakna dan berhikmah Pada bulan ini juga Allah memilih diturunkan Al Quran daripada Luh Mahfuz ke langit dunia sebelum diwahyukan secara sedikit demi sedikit mengikut be...
Semuanya Dari Dedak Pas Bukan Suci Lihat Teks Menantu Hadi Dan Nik Abdoh

Semuanya Dari Dedak Pas Bukan Suci Lihat Teks Menantu Hadi Dan Nik Abdoh

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 638 hits
SEMUANYA BERPUNCA DARI DEDAK UMNO Perang saudara di antara menantu Hadi iaitu us Zaharudin Din ayam dengan Nik Beduh nampaknya berterusan Isunya semua pasal dedak umno Geng2 Nik Beduh tuduh Din Ayam yg rakam dan sebarkan rakaman suara Nik B...
Informasi Selamatkan Negara Haram Isreal Atau Negara Halal Iran Apa Kata Presiden Pas

Informasi Selamatkan Negara Haram Isreal Atau Negara Halal Iran Apa Kata Presiden Pas

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 564 hits
Selamatkan Isreal atau Bahaya Iran PERANG propaganda membayangi krisis Asia Barat yang semakin bergolak sehingga boleh mencetuskan Perang Dunia Ketiga kerana pertembungan di kalangan negara kuasa besar boleh berlaku bila bila masa selepas d...
Rafizi Nak Hadiahkan Duit Saman Nfc Untuk Biasiswa Pelajar

Rafizi Nak Hadiahkan Duit Saman Nfc Untuk Biasiswa Pelajar

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 378 hits
MALAYSIAKINI Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata akan menghadiahkan wang bayaran kes saman fitnah yang telah dibayarnya pada 2017 kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd dan pengerusinya berjumlah RM300 000 sebagai biasiswa pelaj...
Informasi Jangan Usik Tiang Seri Negara Umat Islam Tidak Akan Diam T Presiden Pas

Informasi Jangan Usik Tiang Seri Negara Umat Islam Tidak Akan Diam T Presiden Pas

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 521 hits
Sekat Islam usik tiang seri masuk agenda asingKL Terdapat pihak yang bekerja keras menyekat dan menghalang kedaulatan Islam serta mengganggu usik tiang tiang seri negara dalam masa sama membawa masuk agenda dan idea sangat asing ke bumi Mal...
Informasi Institusi Diraja Berhak Tegur K Jaan Presiden Pas

Informasi Institusi Diraja Berhak Tegur K Jaan Presiden Pas

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 400 hits
MARANG Institusi diraja berhak untuk memberikan sebarang pandangan teguran mahupun kritikan terhadap pentadbiran di negara ini demi kepentingan rakyat dan negara demikian menurut Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang Beliau berkata tiada...
Ramadhan Bulan Tetamu Allah Presiden Pas

Ramadhan Bulan Tetamu Allah Presiden Pas

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 522 hits
FIRMAN Allah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al Quran yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah Oleh itu sesiapa dari ...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Clubsport V2 Made To Order Honda Cb750 Caf Racers By Mile Zero

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

What To Know About The New Gender Rules For U S Passports


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Vietnam Rolls

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Ketika Berat Melanda Menghadapi Hari Yang Sulit