Ramadhan Bulan Tetamu Allah Presiden Pas



FIRMAN Allah:شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (185)“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, (kitab suci) yang menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari kalangan kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa (di bulan ini); dan sesiapa yang sakit (keuzuran) atau dalam musafir (masyaqqah), maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Sebenarnya) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah Al-Baqarah: 185)Ketibaan Ramadan sangat menggembirakan orang yang beriman, kerana dipersilakan oleh Allah sendiri menjadi tetamu-Nya. Dilayannya dengan penuh hidangan makanan jasad, roh dan akal, melimpah pahala dan banyak fadilatnya.Puasa ini adalah pembekal kekuatan jati diri bagi manusia bersifat makhluk yang pasti ada kelemahan, menyebabkan mereka sangat memerlukan hidayah (petunjuk) dan pertolongan daripada Tuhannya, bagi menambah kekuatan jasad dan roh, supaya benar-benar berkemampuan melaksanakan tugas tujuan mereka diciptakan Allah, iaitu beribadah (memperhambakan diri), berkhilafah (mentadbir dan memakmurkan bumi dengan mengurus isi kandungannya) dengan jati diri ilmu, akal dan pengalaman, serta menunaikan amanah (melaksanakan syariatnya) yang tidak ada kemampuan pada makhluk yang lain.Maka dijanjikan ganjaran paling bahagia di alam akhirat yang kekal abadi sekiranya benar-benar mengikut hidayah Allah kerana mencapai kemuliaan dengan peranan diciptakan manusia.Sebaliknya kalau melawan bermakna kalah di bawah penguasaan hawa nafsu dan menjadikan mereka itu lebih hina daripada binatang yang tidak berakal, kerana manusia itu diciptakan makanan bagi jasad dan roh untuk hidup dan melaksanakan tugasnya mengikut tujuan mereka diciptakan, bukanlah hidupnya untuk makan dan dimakan.Firman Allah:وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ (179)“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak daripada kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (perasaan berpandukan akal), tetapi mereka tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti ketuhanan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak (yang bernafsu dan tidak berakal), bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Surah Al-A’raaf: 179)Pada bulan Ramadan manusia ditarbiah dengan hidangan makanan jasad dan roh, apabila diwajibkan beribadat yang dinamakan siyam (puasa) dengan rukun menahan diri daripada makan, minum dan hawa nafsu pada waktu siang hari dengan ikhlas kerana Allah.Disunatkan makan bersahur (sebelum subuh) dan iftar (makan berbuka) apabila masuk waktu malam Maghrib. Ibadat yang diiringi dengan makan yang berkat dan ketahanan yang kuat.Ibadah puasa wajib hanya sebulan dalam setahun meliputi jasad, roh dan akal, secara khusus menahan diri daripada masuknya makanan dan minuman ke dalam jasad pada waktu siang hari sementara waktu, menahan hawa nafsu yang ada pada rasa hatinya, merehatkan jasadnya yang bekerja sepanjang masa setahun, dengan niat ikhlas kerana Allah Tuhan Pencipta dirinya dan segala rezekinya yang menunjukkan perkara yang terbaik bagi diri manusia itu sendiri. Walaupun yang dilarang pada waktu siang hari itu semuanya menjadi tabiat semula jadi dan rukun hidupnya.Hasil ibadah puasa adalah meningkatkan sifat taqwa yang menjadi Maqasid Syariah yang ditegaskan dengan nyata oleh Allah, dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah mengikut kemampuan makhluknya. Adapun yang tidak berkemampuan tidak dipaksa, tetapi digantikan dengan puasa pada hari dan bulan lain apabila ada kemampuannya. Kalau tidak mampu juga hendaklah membayar fidyah (sumbangan) kepada saudara yang memerlukan pertolongan.Adapun ibadah lain yang biasa dilakukan ditambah pahalanya pada bulan Ramadan. Ditambah pula dengan kelebihan ibadat sunat (yang tidak wajib), sama ada bersifat roh, jasad dan harta.Ramadan juga melatih menjadi orang yang bersyukur apabila berbuka, setelah bersabar ketika berpuasa. Mengawal diri apabila makan tidak rakus setelah sangat lapar dan berhemat berbelanja menyediakan makanan walaupun terlalu berselera sebelum berbuka.Orang yang tidak pernah lapar tidak menyedari nikmat kenyang, begitulah orang yang tidak pernah susah tidak menyedari nikmat kesenangan. Semuanya adalah hikmah bagi seseorang yang beriman dan budiman, kerana dia bersyukur apabila sihat dan senang serta bersabar apabila sakit dan susah. Semua perkara tersebut adalah tersirat dalam ibadah puasa.Rasulullah S.A.W. paling pemurah pada bulan Ramadan melebihi daripada bulan-bulan lain, kerana mengajar diri tidak bakhil walaupun terlalu sayangkan makanan dan minuman ketika lapar. Begitulah ketika susah sayangkan hartanya, tetapi tetap tidak lupa membantu sesama manusia yang susah dalam semua keadaan.Pada waktu malamnya ditambah sembahyang terawih, bertahajud dan berwitir. Digalakkan juga bertadarus Al-Quran melatih bacaan dan cuba memahaminya bagi menambahkan kefahaman dan kesedaran diri sendiri dan masyarakat.Allah pula mengurniakan satu malam dalam bulan Ramadan yang lebih baik daripada seribu bulan, dinamakan Lailah Al-Qadar yang dirahsiakan supaya dicari dan dikejar bagi mendapat kelebihannya dengan cara beribadat pada setiap malam yang pasti berbetulan dengan salah satu daripadanya, bukan menunggu berlakunya perkara luar biasa. Maka tiada kelebihan kepada mereka yang mengintai perkara luar biasa tanpa ibadatnya. Adapun yang memakmurkan setiap malam pasti bertemu dengan salah satu daripadanya walaupun dia tidak melihat apa-apa tanda luar biasa.Allah memilih banyak peristiwa berlaku pada bulan Ramadan. Bermula daripada menjadi pilihan-Nya pada bulan mulia ini diturunkan Al-Quran ke langit dunia sebelum diwahyukan dengan sebab-sebab yang berlaku, jawapan kepada persoalan dan masalah, iktibar dan pengajaran, rukun-rukun dan asas-asas penting ajaran Islam dalam masa beberapa tahun sehingga disempurnakan sebelum kewafatan Rasulullah S.A.W. Bahkan diriwayatkan juga bahawa pada bulan mulia ini juga diturunkan kitab-kitab suci zaman dahulu.Hikmahnya supaya firman dan petunjuk Allah ini adalah terpenting bagi manusia menerimanya secara iman dan ta’abbud yang terserlah daripada ibadah puasa yang diamalkan secara menyerah diri kepada Allah, berpandukan firman Allah:وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا (36)“Dan tidaklah harus bagi seseorang yang beriman, lelaki dan perempuan-apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata”. (Surah Al-Ahzaab: 36)Banyak peristiwa kemenangan Islam yang bersejarah berlaku pada bulan Ramadan yang berkat ini. Antaranya adalah kemenangan Perang Badar dan Fathu Makkah pada zaman Rasulullah S.A.W. Peristiwa 'Amuriyyah kemenangan tentera Islam pada zaman Khalifah Al-Muktasim Al-‘Abbasi kerana membela seorang muslimah yang dihina oleh musuh Islam. Kemenangan ‘Ain Jalut mengalahkan bala tentera kaum Tatar yang paling ganas menghancurkan Baghdad, suatu yang dianggap mustahil kerana lemahnya iman. Kemenangan Hittin oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi mengalahkan tentera Salib sehingga berjaya membebaskan Bait Al-Maqdis dan Masjid Al-Aqsa yang dirampas selama satu abad.Semua kemenangan itu berbekalkan kekuatan iman, dan persediaan sekadar kemampuan dengan strategi yang bijak sehingga dengan pertolongan Allah dapat mengalahkan musuh yang lebih besar jumlahnya dan banyak senjatanya.Demikianlah banyak kelebihan dan pengajaran Ramadan dalam membentuk jati diri muslim dan membawa umat kepada kemenangan bersama Islam dengan syarat beristiqamah dalam akidah Islam, amalan syariatnya dan akhlak mulia bercahayakan hidayah.“Islam Memimpin”ABDUL HADI AWANGPresiden PAS 
Bertarikh: 1 Ramadan 1440 / 6 Mei 2019 - HARAKAHDAILY 6/5/2019



Lihat sebelum ini..E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/05/ramadhan-bulan-tetamu-allah-presiden-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Waktu Jangan Terlepas Berdoa Di Bulan Ramadhan Allah Pasti Kabulkan Ustaz Ebit Lew

2 Waktu Jangan Terlepas Berdoa Di Bulan Ramadhan Allah Pasti Kabulkan Ustaz Ebit Lew

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 1492 hits
Bulan Ramadhan yang baru menjelma pastinya ditunggu tunggu oleh semua umat Islam Ramadhan merupakan bulan penuh berkat hikmah dan keampunan kerana pelbagai amal perbuatan dapat menjadi pahala yang berkali ganda Justeru tidak hairanlah ramai...
Informasi Ramadan Bulan Al Quran Presiden Pas

Informasi Ramadan Bulan Al Quran Presiden Pas

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 295 hits
RAMADAN sebagai bulan pilihan yang diwajibkan berpuasa adalah sangat bermakna dan berhikmah Pada bulan ini juga Allah memilih diturunkan Al Quran daripada Luh Mahfuz ke langit dunia sebelum diwahyukan secara sedikit demi sedikit mengikut be...
Jelang Bulan Suci Ramadhan Berikut Tata Cara Mandi Wajib Sebelum Puasa Ramadhan

Jelang Bulan Suci Ramadhan Berikut Tata Cara Mandi Wajib Sebelum Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 557 hits
Sebelum memasuki bulan suci ramdhan ada baiknya kita kembali bersihkan diri dengan melakukan mandi wajib Berikut tata cara mandi wajib jelang puasa ramadhan hal ini agar kita semakin khusyuk dalam menjalani ibadah puasa ramadhan Mandi wajib...
3 Keutamaan Shalat Tarawih Di Bulan Ramadhan Berdasarkan Hadits Shohih

3 Keutamaan Shalat Tarawih Di Bulan Ramadhan Berdasarkan Hadits Shohih

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 308 hits
Bulan suci Ramadhan menjadi bulan istimewa bagui umat muslim di seluruh dunia Sebab pada bulan Ramadhan tersebut setiap aktivitas yang dilakukan merupakan bagian dari ibadah Berdasarkan hitungan kalender Hijriah tanggal 1 Ramadhan jatuh pad...
15 Kesilapan Kita Di Bulan Ramadhan Nampak Simple Tapi Kita Selalu Lupa

15 Kesilapan Kita Di Bulan Ramadhan Nampak Simple Tapi Kita Selalu Lupa

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 519 hits
PERSIAPAN SEBELUM MENJELANG RAMADANMengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa 1 Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah satu kesilapan Nabi berbuka puasa hanya dengan 3 biji kurma dan air kosong kerana buka puasa bukan unt...
Memancing Hobi Tuan Guru Presiden Pas

Memancing Hobi Tuan Guru Presiden Pas

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 363 hits
Apabila berada di tengah lautan diri berasa kerdil hati berasa tenang Di sinilah saya mengumpul kekuatan jiwa kerana laut mengajar erti tawakkal kepadaNya dan mendidik sifat sabar tanpa putus asa Susuk tubuh ini menerima pelbagai fitnah ole...
30 Nama Bayi Bagus Dan Indah Terinspirasi Bulan Ramadhan

30 Nama Bayi Bagus Dan Indah Terinspirasi Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 368 hits
Bulan suci Ramadhan sudah di depan mata Bagi Bunda dan Ayah yang sedang menantikan kehadiran buah hati bulan penuh ampunan ini bisa lho jadi inspirasi dalam mencari nama bayi Baik untuk bayi laki laki atau perempuan terdapat nama nama indah...
Seminar Penyusuan Di Bulan Ramadhan 1 Mei 2019

Seminar Penyusuan Di Bulan Ramadhan 1 Mei 2019

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 485 hits
Assalamualaikum Bulan Ramadhan bakal menjelma Persoalan persoalan di bawah ini pasti bermain di fikiran si ibu yang menyusukan anak kecil mereka Laratkah nanti saya berpuasa Cukupkah
Doa Mudah Dan Ringkas Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019 1440h

Doa Mudah Dan Ringkas Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019 1440h

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 819 hits
As Salam Doa Mudah Dan Ringkas Menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2019 1440H Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan bakal kita lalui Entah sampai entahkan tidak Allahuakbar Ya Allah pilihlah kami dalam kalangan hamba Mu yang mendapat rahmat p...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023