Informasi Jangan Usik Tiang Seri Negara Umat Islam Tidak Akan Diam T Presiden Pas
Sekat Islam, usik tiang seri, masuk agenda asingKL: Terdapat pihak yang bekerja keras menyekat dan menghalang kedaulatan Islam serta mengganggu usik tiang-tiang seri negara, dalam masa sama membawa masuk agenda dan idea sangat asing ke bumi Malaysia.Timbalan Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan golongan tersebut bahawa umat Islam sedang memberi amaran bahawa mereka tidak akan berdiam diri sebagaimana ditunjukkan pada Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam.Beliau mengungkapkan penegasan tersebut dalam pidatonya di pentas himpunan tersebut yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dan Kongres Rakyat di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini sebentar tadi.Jelasnya, umat sedang menunjukkan bahawa keadilan, keamanan dan ketenteraman perlu terus dipertahankan, sedangkan mengusik tiang-tiang seri negara hanya mendedahkan kepada suasana tidak harmoni.Beliau turut memberi amaran supaya fitnah melampau terhadap pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik dihentikan, selain menyelar pihak-pihak yang masih cuba mengganggu gugat institusi-institusi agama,"Hentikan segera agenda LGBT, hentikan gerakan Liberalisma yang cuba jadikan agama sebagai perkara peribadi dan menjadikan Islam sebagai bukan agenda negara. Islam Agama Persekutuan yang mesti dihormati."Islam telah letakkan asas utama pembinaan negara kita. Kita ada Rukun Negara yang dipertahankan sejak merdeka, meletak Allah S.W.T sebagai Tuhan. Raja-raja Melayu mesti dihormati dalam institusi yang ada waktu ini," tegasnya.Beliau menyelar ancaman termasuk untuk membunuh Mufti yang belum diambil tindakan, selain menyuarakan bahawa kedatangan Ramadan ini akan menjadi bulan menyatupadukan kekuatan umat Islam.Katanya, himpunan tersebut tidak akan berakhir, sebaliknya suatu memorandum akan dihantar kepada pihak berwajib dan dibawa ke Parlimen, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu supaya kedaulatan Islam dipertahankan. - HARAKAHDAILY 4/5/2019
sumber : IbnuHisyam.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.superpantas.com/2019/05/informasi-jangan-usik-tiang-seri-negara.html