Saya Tak Salah Tidak Setuju Bercerai Madu Miera Leyana


KUALA LUMPUR: Isteri pertama kepada Rosland Othman, 50, iaitu Adibah Abdul Mutalib, 50, tetap dengan pendirian mempertahankan rumah tangga dibina sejak 28 tahun lalu bersama suaminya.
Adibah yang ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berkata, dia melantik abang sulungnya, Azman Abdul Mutalib, 57, bagi proses berkenaan.
“Abang sulung mewakili saya untuk JKP, hari ini. Saya meneruskan proses ini sebab saya bukan di pihak yang salah, jadi saya tak bersetuju untuk bercerai.
“Saya akui Rosland terkejut kami meminta proses ini, malah untuk berbincang dengan baik pun pihak sana tidak terima.
“Saya sudah buat macam-macam dan berusaha segala yang saya mampu. Jujurnya, siapa yang tidak sedih sebab kami sudah berkahwin selama 28 tahun.
“Jadi tengoklah apa yang berlaku selepas JKP ini. Saya hanya boleh cuba menyelamatkan apa yang saya mampu.
“Bagaimanapun, saya terpaksa akur dengan apa diputuskan jabatan agama ini sebab kita tahu pihak lelaki yang ada kuasa, saya hanya boleh buat semampu boleh,” katanya kepada BH Online.
Adibah turut ditemani peguam syarie mewakili Adibah, Mohd Junid Ramli berkata, dia dan Rosland yang juga suami pelakon Miera Leyana sudah dua tahun tidak menyambut Aidilfitri bersama.
“Kali terakhir Rosland balik rumah pada September 2021, jadi saya tidak menafikan sedih tidak beraya bersama sebab ia memang kebiasaan kami meraikan Syawal bersama.
“Tak pernah kami tak meraikan Aidilfitri bersama. Dan ini adalah tahun kedua kami tidak bersama kerana Rosland masih pulang pada 2021,” katanya.
Tambah Adibah, suaminya bertindak mengambil anak keempat, Nur Anisa tanpa pengetahuannya dan kini tinggal bersama Rosland, manakala anaknya yang lain masih menetap dengannya.
“Dia mengambil anak keempat dari sekolah pada Februari lalu dan sejak itu, mereka tinggal bersama.
“Rosland masih berstatus suami, jadi saya tiada masalah untuknya menjaga anak. Cuma, saya harap dia akan terus jalankan tanggungjawab,” katanya.

Peguam syarie mewakili Adibah, Mohd Junid Ramli berkata, anak guamnya masih sayangkan rumah tangga mereka.
“Dia hanya mahu menuntut haknya sebagai isteri. Apa yang berlaku hari ini adalah prosedur klien saya untuk terus menyelamatkan rumah tangganya. Ini adalah usaha Adibah.
“Memang talak terletak pada suami, tetapi isteri boleh berusaha untuk berdamai dan diharapkan perbincangan dapat menyelamatkan rumah tangga.
“Perkara seperti nafkah akan dibincang kemudian dan kami bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.
Sementara itu, Rosland hadir ke mahkamah ditemani adiknya, Kamarul Othman serta ibu dan abang kepada Miera Leyana, Aisah Abdullah dan Mohd Fadley Kasmi.
Bagaimanapun, Rosland berlalu pulang, enggan ditemubual selepas prosiding JKP.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan Rosland dan isteri pertama, Adibah merujuk JKP bagi menangani krisis rumah tangga mereka.
Perkara itu diputuskan Penolong Pendaftar, Seri Ariful Asyikin Mohamad Yusof untuk Rosland dan Adibah melantik wakil masing-masing dalam JKP.
JKP membabitkan anggota keluarga yang rapat dengan pasangan yang dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, permohonan cerai difailkan Rosland pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Media ada melaporkan, Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak dua tahun lalu, apabila suaminya berkahwin dengan Miera pada Julai 2020.
Pada 31 Januari lalu, Rosland yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik, gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: https://ift.tt/b2E9yVR


via Sinar Viral Network Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2023/05/saya-tak-salah-tidak-setuju-bercerai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Tak Sedih Kami Dah 28 Tahun Berkahwin Madu Miera Liyana Enggan Bercerai Mahu Pertahankan Rumah Tangganya

Siapa Tak Sedih Kami Dah 28 Tahun Berkahwin Madu Miera Liyana Enggan Bercerai Mahu Pertahankan Rumah Tangganya

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 324 hits
Madu kepada pelakon Miera Liyana Adibah Abdul Mutalib tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu bersama suaminya Rosland Othman Sebelum ini media ada melaporkan Adibah mahu mempertahankan ru...
Hiburan Kebenaran Pasti Terbukti Jangan Nak Gila Glamour Miera Leyana

Hiburan Kebenaran Pasti Terbukti Jangan Nak Gila Glamour Miera Leyana

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 183 hits
Pelakon akhirnya tampil membuat kenyataan berkenaan isu rumah tangga yang menimpa suaminya Rosland Othman Kata Miera terdapat dua cerita di sebalik satu kisah dan kontroversi yang timbul selain memohon individu berkenaan untuk tidak terlalu...
Miera Leyana Akhirnya Bersuara Tentang Kontroversi Menimpa Suami Dan Madunya

Miera Leyana Akhirnya Bersuara Tentang Kontroversi Menimpa Suami Dan Madunya

papar berkaitan - pada 6/5/2023 - jumlah : 248 hits
nbsp Ketika ini suami kepada pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman sedang menyelesaikan konflik dengan isteri pertama yang enggan diceraikan kerana masih ingin mempertahankan rumah tangga mereka Rosland yang berkahwin kali kedua dengan ...
Hiburan Enggan Beri Komen Kelibat Suami Miera Leyana Di Mahkamah Jadi Tumpuan Netizen

Hiburan Enggan Beri Komen Kelibat Suami Miera Leyana Di Mahkamah Jadi Tumpuan Netizen

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 224 hits
Hari ini suami kepada Miera Leyana Rosland Othman bersama isteri pertama Adibah Mutalib telah hadir ke mahkamah bagi tujuan sesi Jawatankuasa Pendamai mengenai kemelut rumah tangga mereka Rosland dilihat hadir bersama peguam memakai baju ke...
Hiburan Kita Bukan Janda Menempel Duit Jantan Influencer Kahwin 8 Hari Sah Bercerai Talak Satu

Hiburan Kita Bukan Janda Menempel Duit Jantan Influencer Kahwin 8 Hari Sah Bercerai Talak Satu

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 345 hits
Pensohor media sosial yang terpalit isu bercerai hanya setelah lapan hari bernikah memaklumkan dia sudah sah bergelar janda di Instagram miliknya baru baru ini Dalam hantaran tersebut Elcah meluahkan rasa syukur kerana proses perpisahan itu...
Hiburan Gelar Diri Daddy Cat Farish Kini Bercinta Dengan Shikin Maembong Setelah 4 Bulan Bercerai

Hiburan Gelar Diri Daddy Cat Farish Kini Bercinta Dengan Shikin Maembong Setelah 4 Bulan Bercerai

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 233 hits
Penyanyi kumpulan Ruffedge khabarnya sedang menjalinkan hubungan cinta bersama kakak kepada pelakon Emma Maembong Shikin Maembong Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Cat ada menyambut hari kelahiran anak Shikin Arianna Natasya yang ke 8 tahu...
Hiburan Lagi Pasangan Selebriti Bakal Bercerai Netizen Petik Nama Beego Dan Linda Hashim

Hiburan Lagi Pasangan Selebriti Bakal Bercerai Netizen Petik Nama Beego Dan Linda Hashim

papar berkaitan - pada 7/5/2023 - jumlah : 252 hits
Memetik laporan Harian Metro seorang pelakon wanita hadir ke Mahkamah Syariah pada 18 April lalu bagi tujuan menyelesaikan masalah rumah tangga dengan suaminya Aktres itu dilihat hadir berseorangan tanpa ditemani si suami yang juga pelakon ...
Suka Marah2 Dan Ingin Bercerai

Suka Marah2 Dan Ingin Bercerai

papar berkaitan - pada 9/5/2023 - jumlah : 316 hits
Masalah adik ni ialah terkena sihir pemisah Wallahualam Kita try je la bagi kata2 semangat Apa gunanya ada blog jika tidak bermanfaat Mood ai tgh ok ni boleh la reply permasalahan orang Kalau sendiri pun tgh swing tak de mood plak nak bagi ...
Ppim Tidak Setuju Umur Pengeluaran Kwsp Dikaji Semula Kepada 60 Tahun Umur Persaraan The Merdeka Times 17 04 2023

Ppim Tidak Setuju Umur Pengeluaran Kwsp Dikaji Semula Kepada 60 Tahun Umur Persaraan The Merdeka Times 17 04 2023

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 293 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Majikan Majikan Malaysia yang meminta syarat pengeluaran KWSP dikaji semula mengikut umur persaraan Ketika ini pengeluaran penuh caruman KWSP boleh dilakukan pada...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan