Saya Tak Pernah Sokong Sesiapa Jadi Calon Pm Kata Mahathir



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau memberikan sokongan kepada mana-mana individu sebagai calon perdana menteri.

Dalam perutusan khas yang disampaikan melalui media sosial hari ini, Mahathir berkata Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskannya juga tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti atau individu yang berkehendakkan jawatan tersebut.

“Saya diberitahu bahawa kononnya saya menyokong seseorang daripada calon yang ingin menjadi perdana menteri.

"Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah memberi sokongan kepada sesiapapun sebagai calon untuk menjadi perdana menteri.

"Saya sendiri berada dalam parti baru saya iaitu Pejuang dan parti ni bebas tidak ada kaitan dengan mana-mana parti atau individu yang mempunyai cita-cita mendapat sesuatu jawatan," katanya.

Justeru Mahathir berkata dia berharap tidak ada mana-mana pihak yang mengaitkan dirinya menyokong mana-mana individu untuk menjadi perdana menteri.

"Saya harap tidak ada lagi percubaan yang mengatakan saya telah menyokong si polan dan si polan. Tak ada sokongan," katanya.

Terdahulu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim pagi tadi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara bagi mempersembahkan jumlah ahli Dewan Rakyat yang didakwa menyokongnya sebagai perdana menteri.

Dalam sidang media selepas itu, Anwar berkata dia mendapat sokongan lebih 120 anggota parlimen, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Istana Negara dalam kenyataan selepas itu mengesahkan Anwar telah mempersembahkan jumlah ahli parlimen yang didakwa menyokongnya kepada Al Sultan Abdullah.

Bagaimanapun Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, presiden PKR itu tidak mengemukakan senarai nama mereka kepada Seri Paduka.

Isu peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar sering menjadi perbalahan dalam kerajaan Pakatan Harapan selepas gabungan itu memenangi pilihan raya umum pada 2018.

Mahathir yang dilantik kali kedua sebagai perdana menteri berjanji menyerahkan jawatan itu kepada Anwar tetapi tidak ada tarikh ditetapkan.

Mahathir kemudian berkata dia hanya akan mengundurkan diri selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang dijadual pada November.

Kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada penghujung Februari lalu selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar daripada gabungan berkenaan susulan pertemuan dengan sekumpulan pemimpin parti politik, termasuk pembangkang di sebuah hotel.

Langkah itu memaksa Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Krisis politik itu berakhir apabila Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac dan menubuhkan gabungan yang dikenali sebagai Perikatan Nasional bersama beberapa parti termasuk Umno dan PAS.

MR : Dia saja nak jadi PM, walaupun dah 22 tahun 22 bulan jadi PM   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/10/saya-tak-pernah-sokong-sesiapa-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Meraban Lagi Apa Kata Muhyiddin Najib Dan Aanwa Hangpa Sokong Anwar Biar Atok Sesoqang

Mahathir Meraban Lagi Apa Kata Muhyiddin Najib Dan Aanwa Hangpa Sokong Anwar Biar Atok Sesoqang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 437 hits
Saya tak boleh maaf orang yang hancurkan parti saya kata Dr M October 1 2020 Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat menolak Najib Razak PETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad tidak boleh memaafkan bekas perdana menteri Najib Razak yang didakwa mengh...
Saya Tak Akan Dedahkan Adun Umno Perak Yang Sokong Ph Kata Arafat

Saya Tak Akan Dedahkan Adun Umno Perak Yang Sokong Ph Kata Arafat

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 336 hits
IPOH Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad memaklumkan beliau ada bertemu dengan beberapa ADUN UMNO yang menyatakan kesediaan membentuk kerajaan baharu di Perak Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama waki...
23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

23 Ahli Parlimen Umno Tak Sokong Anwar Kata Nazri

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 397 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Umno Nazri Aziz berkata tiada seorang pun daripada 23 ahli Parlimen parti itu yang menyokong rancangan ketua pembangkang Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru Ahli Parlimen Padang Rengas itu menolak laporan FMT s...
Tun Mahathir Nafi Sokong Si Polan Si Polan Jadi Pm

Tun Mahathir Nafi Sokong Si Polan Si Polan Jadi Pm

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 246 hits
454 total views 174 views today Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau pernah memberi sokongan kepada individu tertentu untuk menjadi Perdana Menteri Bekas Perdana Menteri itu berkata Parti Pejuang Tanah Air yang baharu diasaskan...
Khalid Samad Kata 30 Dari Umno Sokong Anwar

Khalid Samad Kata 30 Dari Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 447 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan yang jelas termasuk 30 ahli parlimen Umno ketika beliau mempersembahkan bukti sokongan itu kepada Yang Dipertuan Agong kata Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad Khalid satu satunya pemim...
Pemuda Pkr Desak Mahathir Sokong Anwar Untuk Tepati Janji

Pemuda Pkr Desak Mahathir Sokong Anwar Untuk Tepati Janji

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 644 hits
Janji Dr Mahathir Mohamad untuk melepaskan kerusi perdana menteri kepada Anwar Ibrahim sepertimana yang dipersetujui menjelang PRU14 gagal selepas tumbangnya kerajaan PH Bagaimanapun bagi Naib Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman jan...
Surat Didakwa Sokong Anwar Palsu Kata Pegawai Zahid

Surat Didakwa Sokong Anwar Palsu Kata Pegawai Zahid

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 480 hits
October 17 2020 4 29 PMPada 23 Sept lalu Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan dan majoriti kukuh serta meyakinkan daripada ahli Parlimen pelbagai parti untuk menubuhkan kerajaan baru majoritinya wakil rakyat Melayu dan Islam PETALING J...
Dakwaan Mahathir Sokong Kem Ku Li Makin Kuat Dalam Perebutan Pengaruh Dalam Umno

Dakwaan Mahathir Sokong Kem Ku Li Makin Kuat Dalam Perebutan Pengaruh Dalam Umno

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 403 hits
Sebelum ini menyiarkan berita antara petikan artikel tersebut ialah 7 Sumber berkata Ikutkan semua ahli Parlimen dari Pejuang ini menyokong Ku Li termasuk Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad Ada 2 uru ura ini benar pertama pertemuan Salahu...
Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 460 hits
malaysianow comOct 10 2020 8 05 AM Penganalisis mengatakan Amanah hanya akan mengikut keputusan bakal diambil DAP Semua senario berkata Anwar mungkin tidak menjadi Perdana MenteriParti terbesar Pakatan Harapan DAP akan kehilangan sokongan p...
Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Garlic Oyster Lamb

Rafizi Rajuk Naratif Dicipta Lawan

Lirik Lagu Aku Ikhlas Melepaskanmu Shandy Pagalla

Awie Riez Luka Chord

Mca Baffled By Pmx S Claim Of Rm20b National Debt Cut When It Has Surged 11 4 Under Madani Rule

Iran President S Plane Lands In Oman Along With Three More


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Tips Keselamatan Jalan Raya

T22d02 Gigi Susu Aina Tercabut Buat Pertama Kali

Hantar Karya Penulisan Ke Majalah Dakwah

Lunch Lauk Talapia Goreng Cicah Sambal Cili Kicap

Filem Impak Maksima 2

Sunyi Dalam Namanya Adam