Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu



Rafiq Abdullah berkata perkara itu perlu diputuskan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional.
(FMT) – Tidak salah bagi Mursyidul Am PAS Hashim Jasin mengeluarkan pandangan partinya lebih layak memimpin Perikatan Nasional (PN), kata seorang pemimpin Bersatu sambil menyatakan perkara itu perlu dibincangkan lanjut.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Rafiq Abdullah, berkata perbincangan antara pimpinan tertinggi PN boleh memutuskan sama ada Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kekal sebagai pengerusi gabungan atau diserahkan kepada pemimpin PAS.
“Semua orang boleh beri pandangan, tetapi apa pun (akan diputuskan) oleh jawatankuasa tertinggi dalam PN.
“Itu (siapa layak memimpin PN) urusan peringkat tertinggi PN yang terdiri daripada presiden PAS (Hadi Awang), presiden Bersatu dan presiden Gerakan (Dominic Lau), serta naib-naib presiden dan setiausaha agung,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia memetik kenyataan Hashim yang menyatakan PAS layak memimpin PN kerana mempunyai paling ramai wakil di Parlimen serta jentera akar umbi kuat.
Menurutnya, PAS juga tiada rekod masalah seperti lompat parti berbanding Bersatu, yang kini terserlah banyak kepincangan.
Hashim mengulas kenyataan terbaru Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu yang Muhyiddin adalah calon tunggal jawatan perdana menteri bagi PN pada PRU akan datang
Dalam pada itu, Rafiq mendakwa PAS sebelum ini pernah ditawarkan untuk menerajui PN tetapi cadangan itu ditolak oleh Hadi.
“Kita tak kisah siapa pun yang menerajui PN, paling penting pengukuhan parti komponen dalam PN, mesti terus bersama-sama dalam menghadapi PRU akan datang.”
Sementara itu, Lau menyangkal cadangan kelayakan menjadi perdana menteri berdasarkan jumlah kerusi Dewan Rakyat dan kekuatan jentera akar umbi, sambil menegaskan Muhyiddin masih calon perdana menteri PN.
“Kalau hanya berdasarkan jumlah kerusi, sudah tentu DAP mencalonkan wakilnya sebagai perdana menteri dalam kerajaan hari ini, namun sebaliknya (berlaku),” katanya dalam kenyataan.
Mengulas lanjut, Lau berkata, Muhyiddin sesuai menjadi ‘poster boy’ PN kerana mempunyai pengalaman kepimpinan dan serta memperoleh sokongan seluruh PN.
Katanya, PN perlu bekerjasama mendapatkan 112 kerusi di Dewan Rakyat pada PRU16 untuk membentuk kerajaan persekutuan, bukan sekadar 43 atau 50 kerusi yang dicapai PAS pada pilihan raya sebelum ini.
“(Lebih) baik kita fikirkan bagaimana untuk beri perkhidmatan terbaik kepada rakyat, merangka strategi menentang lawan politik kita, dan bergerak ke hadapan sebagai sebuah perikatan,” katanya.
The post ‘Tiada masalah PAS ketuai PN tapi bincang dulu’, kata pemimpin Bersatu appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/11/22/tiada-masalah-pas-ketuai-pn-tapi-bincang-dulu-kata-pemimpin-bersatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebat Hang Punya Modal Real Tu Scam Pemimpin Pas Tawar Modal Hanya Sekali Seumur Hidup Tapi Untung Besar

Hebat Hang Punya Modal Real Tu Scam Pemimpin Pas Tawar Modal Hanya Sekali Seumur Hidup Tapi Untung Besar

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 331 hits
HarapandailyNovember 28 2024Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nasrudin Hassan menawarkan orang ramai untuk menyertai apa yang digelarnya real business bersama Rich Academy Global Dalam klip video berdurasi 2 25 minit yang tersebar di media ...
Wanita Bersatu Cadang Muhyiddin Ketuai Agenda Penyatuan Kebangsaan Babit Dr M

Wanita Bersatu Cadang Muhyiddin Ketuai Agenda Penyatuan Kebangsaan Babit Dr M

papar berkaitan - pada 30/11/2024 - jumlah : 182 hits
Mas Ermieyati Samsudin menyampaikan ucapan dasar buat kali pertama sebagai ketua Wanita Bersatu pada Perhimpunan Agung Tahunan SHAH ALAM Wanita Bersatu mencadangkan Presiden Muhyiddin Yassin mengepalai agenda penyatuan kebangsaan merentasi ...
Buktinya Pas Pn Hanya Tunggang Isu Bangsa Gambar Mp Pas Bersatu Di

Buktinya Pas Pn Hanya Tunggang Isu Bangsa Gambar Mp Pas Bersatu Di

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 254 hits
MP PAS DAN BERSATU SEDANG BELAJAR CARA KOMUNIS MEMERINTAH Ketua Armada Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dihujani kecaman susulan lawatan pimpinan muda Perikatan Nasional di Shanghai China Ahli Parlimen Machang itu memberitahu kunju...
Pu Riz Simpan Gambar Anak Dalam Dompet Macam Dulu Dulu Tapi Ramai Puji

Pu Riz Simpan Gambar Anak Dalam Dompet Macam Dulu Dulu Tapi Ramai Puji

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 177 hits
Jarang jarang berkongsi kisah dua anaknya menerusi laman Instagram milik pendakwah bebas PU Riz memuat naik sekeping gambar peribadi memperlihatkan gambar kedua dua anak lelakinya di dalam dompet kepunyaannya Malah menerusi hantaran itu jug...
Kartel Pn Pas Dan Bersatu

Kartel Pn Pas Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 197 hits
Zuwairi Mohd YusofKartel beras akan di dedahkan Kartel baja dah menggelupur Kartel mimpi patut lama dah kene kutip dakwa di mahkamah
Berdegar Tuduh Anwar Umno Tak Boleh Kawal Dap Tapi Abang Long Gerakan Selamba Tibai Pas

Berdegar Tuduh Anwar Umno Tak Boleh Kawal Dap Tapi Abang Long Gerakan Selamba Tibai Pas

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 242 hits
HarapandailyNovember 25 2024Satu kerusi Parlimen pun tidak ada tetapi Gerakan seperti Abang Long selamba membidas Pas berhubung isu calon Perdana Menteri bagi Perikatan Nasional Situasi itu dapat dilihat pada pendirian Gerakan yang mengangg...
Telefilem Wasiat Ayah

Printing Beg Guni Custom Pilihan Ekonomi Berkualiti Untuk Pembungkusan Produk

Kanada Rekod Wabak Campak Terburuk Dengan Lebih 4 500 Kes

Izzul Islam Dibenarkan Pulang Ke Rumah Malam Tadi Utusan Malaysia

Lirik Doa Mudah Urusan Ustaz Bazli Unic

Better Late Than Never A Charming Custom Yamaha Xj650 From A First Timer

Umno Veterans Defend Dr Akmal Accuse Dap Of Politicising Upside Down Flag Issue

Ini Rupanya Mee Siput Muar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelantan Cuba Rempuh Polis Lepas Tembakan

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara

Polis Siasat Video Tular Murid Kejar Kereta Ibu Di Seri Kembangan

Resepi Sotong Bakar Bersambal

Tanaman Tebu Di Malaysia

Confronting Malaysia S Suicide Crisis A Collective Responsibility