Saya Sudah Usahakan Terbaik Untuk Guru Murid Kata Radzi


MALAYSIA NOW
Radzi Jidin titipkan ucapan selamat tinggal kepada warga KPM selepas letak jawatan semalam.
 Radzi Jidin keluar dari pejabatnya di kementerian pendidikan. Gambar: Facebook Meskipun tidak lama memegang portfolio sebagai menteri pendidikan, Radzi Jidin berkata dia sudah mengusahakan yang terbaik untuk para guru sepanjang tempoh perkhidmatannya di kementerian pendidikan (KPM) sehingga semalam.
Katanya, menguruskan KPM dalam era pandemik Covid-19 bukan sesuatu yang mudah, namun beberapa perubahan berjaya dilaksanakan.
“Banyak perkara tunjang di kementerian yang berlarutan bertahun-tahun lamanya dapat diselesaikan. Sebahagiannya sedang diselesaikan.
“Jika niat kita ikhlas dan kita ikhtiarkan sebaiknya untuk menyelesaikan sesuatu perkara, Insya Allah sesukar mana sekalipun penyelesaiannya, Allah akan membuka jalan untuk kita,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya semalam.
Beliau dan seluruh jemaah menteri Kabinet meletakkan jawatan semalam susulan peletakan jawatan perdana menteri, Muhyiddin Yassin.
Dalam hantaran itu, Radzi turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Setiausaha KPM Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pelajaran Nor Zamani selain para guru yang bertungkus-lumus mengadakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
“Semua dalam kalangan kita tidak pernah melalui situasi sebegini, jadi kita sentiasa sama-sama berikhtiar untuk dapatkan penyelesaian terbaik. Masing-masing telah berusaha sehabis baik untuk memastikan anak-anak murid dapat terus belajar dalam keadaan selamat.
“Tidak kira sama ada secara bersemuka atau PdPR. Apa yang penting, murid terus mendapat akses kepada pendidikan,” katanya.
Selain menyelesaikan isu yang lama berlarutan, Radzi berkata banyak penambahbaikan berlaku dan sedang dilaksanakan.
“Sekiranya segala perancangan dan usaha yang ditinggalkan dapat diteruskan sebaiknya, kita boleh melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap yang jauh lebih tinggi.”
Isu berlarutan yang dihadapi KPM ialah masalah guru yang berpisah jauh dengan pasangan selama bertahun-tahun.
Radzi terlebih dahulu memaklumkan, KPM akan membentangkan garis panduan baru bagi permohonan pertukaran guru yang membolehkan pertukaran dilakukan sepanjang tahun.
Dalam pada itu, beliau berkata tanggungjawab megemudi kementerian itu dipikul seikhlas hati untuk melihat kualiti pendidikan dilonjak ke peringkat lebih tinggi.
“Akhir kalam, saya menginsafi bahawa saya cuma dipinjamkan oleh Allah untuk mengemudi KPM dalam tempoh yang amat sukar dan tidak pernah dilalui oleh mana-mana menteri pendidikan sebelum ini,” katanya.
Beliau merupakan timbalan menteri hal-ehwal ekonomi semasa pentadbiran Pakatan Harapan, dan dilantik menjadi menteri pendidikan selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional pada Mac tahun lalu.
Pentadbiran Radzi di KPM buat pertama kali menyaksikan sekolah ditutup di seluruh negara dan PdPR berjalan serentak akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Selain itu, cabaran mengemudikan peperiksaan semasa pandemik juga pertama kali dihadapi oleh menteri pendidikan.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/saya-sudah-usahakan-terbaik-untuk-guru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Guru Perlu Jadi Contoh Dan Lindungi Murid Bukan Membahayakan Mereka Dengan Tolak Vaksin Sultan Johor

Guru Perlu Jadi Contoh Dan Lindungi Murid Bukan Membahayakan Mereka Dengan Tolak Vaksin Sultan Johor

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 244 hits
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini bertitah para guru perlu menjadi contoh serta melindungi murid dan bukan membahayakan mereka dengan menolak untuk menerima vaksin COVID 19 Sultan Ibrahim menerusi hantaran di lam...
Wee Kata Mca Tiada Pilihan Sokong Pn Yang Terbaik

Wee Kata Mca Tiada Pilihan Sokong Pn Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 208 hits
Wee kata MCA tiada pilihan sokong PN yang terbaik Parti komponen Barisan Nasional MCA tidak mempunyai pilihan lain kecuali terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin walaupun majoritinya semakin goyah kata seorang...
Tak Perlu Ubah Takwim Sekolah Pdpr Kaedah Terbaik Semasa Pandemik Kata Pakar

Tak Perlu Ubah Takwim Sekolah Pdpr Kaedah Terbaik Semasa Pandemik Kata Pakar

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 305 hits
Sukar untuk ubah takwim sekolah meskipun situasi Covid 19 masih belum reda Pelajar menggunakan telefon bimbit untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan Sistem pendidikan negara menyaksikan pe...
Pick Akan Mulakan Vaksinasi Remaja Berusia 12 Hingga 17 Tahun Kata Khairy

Pick Akan Mulakan Vaksinasi Remaja Berusia 12 Hingga 17 Tahun Kata Khairy

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 165 hits
Kaedah vaksinasi tersebut akan dilaksanakan mengikut saranan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah kepada JKJAV Remaja berumur 12 hingga 17 tahun akan diberikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Program Imunis...
Dijangkiti Covid 19 Atau Tidak Setiap Ahli Parlimen Akan Dapat Mengundi Kata Speaker

Dijangkiti Covid 19 Atau Tidak Setiap Ahli Parlimen Akan Dapat Mengundi Kata Speaker

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 206 hits
MALAYSIA NOW Speaker Dewan Rakyat jamin akan permudah ahli ahli Parlimen mengundi usul undi percaya September depan Yang di Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun memberi jaminan mana mana ahli Parlim...
Kabinet Najib Setuju Ketua Audit Negara Semak Laporan Audit 1mdb Kata Saksi

Kabinet Najib Setuju Ketua Audit Negara Semak Laporan Audit 1mdb Kata Saksi

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 167 hits
Najib berkata pembentangan laporan kepada PAC perlu dipertimbangkan dan dirancang dengan berhati hati bagi mengelakkan fakta atau isu isu syarikat tersebut diputarbelitkan misalnya melalui pembocoran maklumat kepada pihak ketiga dan dijadik...
Nak Hidup Atau Mati Kata Anggota Tudm Sebelum Tembak Rakan

Nak Hidup Atau Mati Kata Anggota Tudm Sebelum Tembak Rakan

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 375 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia yang menembak tiga rakan setugasnya di kem Kota Samarahan Kuching Sarawak dikatakan sedang menjalani kuarantin Covid 19 Difahamkan suspek yang sebelum ini pernah bertugas di P...
Mana Mana Ahli Parlimen Kini Boleh Tunjuk Angka Sokongan Cukup Kata Peguam

Mana Mana Ahli Parlimen Kini Boleh Tunjuk Angka Sokongan Cukup Kata Peguam

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 318 hits
Sidang khas Dewan Rakyat boleh dipanggil tanpa notis mencukupi bagi tujuan membentang dan membahaskan undi percaya terhadap Perdana Menteri kata seorang peguam PETALING JAYA Mana mana Ahli Parlimen kini boleh memohon menghadap Yang di Pertu...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Untuk Bersangka Baik Dalam Kehidupan

Naim Garcia Calon Pemain Warisan Baru Perkuat Harimau Malaya

Can We Afford To Dream

Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid