Saya Sokong Hasratnya Ibu Sambut Baik Niat Mulia Neelofa Nak Hijrah Dalami Ilmu Quran Di Tanah Arab
Ibu kepada selebriti dan usahawan Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini menyambut baik hasrat anaknya itu yang merancang untuk berhijrah ke Tanah Arab bagi memberi laluan kepada suaminya, Haris Ismail untuk menyambung pengajian.
Menurut Kartini, dia menggalakkan anak-anaknya yang lain berhijrah mengenangkan sisi positif yang boleh diambil daripada perkara tersebut.
“Saya bersyukur sangat sebab kalaulah saya pun diberikan peluang pada umur muda seperti anak-anak, akan berbuat perkara sama. Macam sekarang pun, saya beritahu pada mereka, siapa yang boleh hijrah pergilah.
“Bila kita hijrah, lagi luas pengalaman dan lebih banyak perkara yang boleh kita lakukan. Saya menyokong hasratnya (Neelofa), InsyaAllah,” katanya.
Kartini berkata demikian ketika ditemui di Majlis KUCATÉ Gold Rally Winner Celebration di Mutiara Damansara, petang Rabu.
Majlis berkenaan dianjurkan khusus untuk meraikan Business Partner KUCATÉ yang telah
berjaya mencapai sasaran untuk memenangi cabaran Rally for Gold pada bulan Mei 2022.
Seramai 10 Business Partner KUCATÉ dengan pencapaian jualan peribadi tertinggi telah dihadiahkan 999 Gold Wafer Coin dengan kadar beat emas yang berbeza mengikut pencapaian masing-masing.
“Saya amat berbangga dengan pencapaian Business Partner KUCATÉ yang telah menyahut cabaran Rally for Gold yang berjalan sepanjang Mei lalu.
“Majlis istimewa ini adalah cara saya untuk meraikan pencapaian mereka dan juga untuk menyemarakkan semangat serta memberi inspirasi kepada Business Partner KUCATÉ yang lain untuk turut berjaya,” katanya yang juga Pengarah Urusan KUCATÉ.
Terdahulu, Neelofa menerusi sebuah program bual bicara berkongsi mengenai hasratnya itu di samping ingin mended4hkan anak sulung, Muhammad Bilal kepada persekitaran baharu.
“Kami sekeluarga mempunyai impian untuk berhijrah ke tanah arab sama ada Madinah atau Mesir untuk suami sambung belajar.
“Pada masa yang sama, kami mahu ded4hkan anak kepada persekitaraan di sana dan saya boleh ambil peluang untuk belajar bahasa Arab,” katanya.
Tambah Neelofa, 33, dia juga menyimpan impian untuk mendalami ilmu Al-Quran di samping menguasai bahasa Arab.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ift.tt/P5DHh2f
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2022/06/saya-sokong-hasratnya-ibu-sambut-baik.html