Saya Saman Ahmad Zahid Kerana Dia Menghina Saya Secara Peribadi Dr Mahathir


bharian.com.my
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali
[email protected]
 - Oktober 14, 2024
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi keterangan saksi berhubung saman terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - NSTP/HAZREEN MOHAMAD
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau mengemukakan saman fitnah terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu adalah satu pembohongan.

Dr Mahathir yang memberi keterangan sebagai plaintif dalam kes saman terbabit di Mahkamah Tinggi hari ini, berkata kenyataan Presiden UMNO itu menggambarkan seolah-olah beliau bukan Mahathir Mohamad.

"Saya memfailkan saman ini kerana beliau menghina saya secara peribadi dengan membangkitkan isu 'kutty' yang menyentuh keturunan saya.

"Masyarakat Melayu tidak meletakkan 'anak lelaki' sebaliknya menggunakan perkataan 'bin' pada nama.

"Mana-mana orang bodoh pun akan faham beliau hendak menggambarkan bahawa saya bukan seorang Melayu, dengan menggunakan perkataan 'anak lelaki Iskandar Kutty'.

"Semua kenyataan beliau adalah bohong. Tujuan beliau adalah untuk menunjukkan saya berpura-pura bahawa saya adalah Mahathir Mohamad," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan undang-undang diambil tiga bulan selepas Ahmad Zahid menyamannya pada April 2022.

Ketika disoal balas peguam Mohd Shahrul Fazli Kamarulzaman mewakili Ahmad Zahid, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan 'Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty' yang didakwa tertera pada kad pengenalan birunya, adalah tidak benar.

Pada prosiding itu, Mohd Shahrul Fazli turut mempertikaikan mengapa Dr Mahathir mengambil masa lima tahun untuk memfailkan saman terhadap Ahmad Zahid.

Dr Mahathir berkata, beliau mempunyai hak mengemukakan tindakan saman yang didakwa menghinanya kerana masyarakat masih mengingati isu dibangkitkan dan dituturkan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Pada 20 Julai 2022, Dr Mahathir, 99, selaku plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan Ahmad Zahid, 71, sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dr Mahathir berkata, defendan mengeluarkan kenyataan palsu, berbaur fitnah dan berniat jahat dengan sengaja merujuk terus kepadanya ketika Mesyuarat UMNO Bahagian Kelana Jaya pada 30 Julai 2017.

Dr Mahathir percaya dengan sesungguhnya bahawa individu dirujuk defendan dalam kenyataan fitnah sebagai 'orang itu', 'dia' dan 'Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty' jelas merujuk kepadanya secara spesifik.

Dr Mahathir berkata, Ahmad Zahid yang berniat jahat dengan mengeluarkan kenyataan fitnah mendedahkan beliau kepada rasa tidak puas hati dan dibenci masyarakat.

Susulan itu, beliau berkata, kedudukannya sebagai negarawan dan tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia dipandang serong.

Dr Mahathir berkata, kenyataan fitnah Ahmad Zahid secara tersirat memberi maksud kredibilitinya untuk memimpin negara dan parti yang mengutamakan orang Melayu secara keseluruhan dipersoalkan dan diragui.

Katanya, ia juga difahamkan beliau adalah pembohong, tidak boleh dipercayai, mementingkan diri, tidak beretika memegang jawatan awam dan tidak layak menjadi pemimpin atau tokoh masyarakat.

Prosiding di depan Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong bersambung Rabu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/10/saya-saman-ahmad-zahid-kerana-dia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Hamidi Berhenti Usik Ph

Zahid Hamidi Berhenti Usik Ph

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 142 hits
Zahid Hamidi Berhenti Usik PH Presiden UMNO DS Zahid Hamidi enggan memanjangkan ketegangan antara pemimpin parti parti kerajaan Beliau berkata Pakatan Harapan tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf kepada UMNO Manakala pemimpin UMNO p...
Zahid Cautions Umno Against Hubris After Mahkota Win

Zahid Cautions Umno Against Hubris After Mahkota Win

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 218 hits
Some Umno leaders have been thumping their chests following the party s triumph in the Mahkota by election in Johor but Ahmad Zahid Hamidi has warned against arrogance According to a source the Umno president told the party s supreme counci...
Panas Amaran Keras Dari Tpm Ds Zahid Jangan Cuba Usik Komponen Parti

Panas Amaran Keras Dari Tpm Ds Zahid Jangan Cuba Usik Komponen Parti

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 143 hits
Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pimpinan dan ahli parti agar berhenti mengusik komponen parti Kerajaan Perpaduan Beliau juga berkata Pakatan Harapan tidak perlu meminta maaf kepada Umno berhubung tohmahan yang dibua...
Perangi Rasuah Tiada Pengecualian Untuk Zahid Tegas Anwar

Perangi Rasuah Tiada Pengecualian Untuk Zahid Tegas Anwar

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 326 hits
freemalaysiatoday com07 Oct 2024 11 32 PMPerdana Menteri Anwar Ibrahim berkata keputusan lepas Zahid Hamidi daripada tuduhan berkait dana Yayasan Akalbudi dibuat oleh peguam negara Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata rasuah ditangani deng...
Larangan Menghina Orang Lain

Larangan Menghina Orang Lain

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 201 hits
Orang bertaraf tinggi kaya berpangkat besar mahupun bijak tiada hak untuk menghina orang lain yang berkedudukan rendah Mungkin orang dihina itu lebih baik kedudukannya di sisi Allah SWT yang tidak memandang taraf berdasarkan keinginan manus...
Gempak Tmj Sila Pindah Keluar Dari Johor Dan Amaran Ds Zahid Hamidi

Gempak Tmj Sila Pindah Keluar Dari Johor Dan Amaran Ds Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 173 hits
Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan mana mana pihak yang tidak bersetuju cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada Sabtu dan Ahad supaya berpindah ke negeri lain Dengan izin dan restu KDYMM Seri Paduka Baginda Yang...
Dr M Admits To Tit For Tat Lawsuit Against Zahid

Dr M Admits To Tit For Tat Lawsuit Against Zahid

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 295 hits
Former prime minister Dr Mahathir Mohamad has conceded that his defamation lawsuit against Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi was a tit for tat move after the latter sued the former for defamation Mahathir was referring to why he sued...
Adik Presiden Umno Zahid Hamidi Sertai Pas

Adik Presiden Umno Zahid Hamidi Sertai Pas

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 203 hits
nbsp Malaysiakini nbsp Adik kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi menyertai PAS hari ini selepas menyerahkan borang keahlian kepada presiden parti itu Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur Penyertaan Abdul Hakim...
Adik Zahid Serah Borang Sertai Pas Kepada Hadi

Adik Zahid Serah Borang Sertai Pas Kepada Hadi

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 232 hits
freemalaysiatoday com 15 Oct 2024 08 35 PMTidak dapat dipastikan sama ada Abdul Hakim Hamidi pernah menganggotai mana mana parti termasuk Umno sebelum memohon menyertai PAS Abdul Hakim Hamidi menyerahkan borang pendaftaran keahlian kepada H...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur

Tak Berlubang Bukan Tayar Pecah Ahmad Maslan Tepis Dakwaan Jalan Lokasi Nahas Upsi Rosak

Menjelang Muktamar Pas Selepas Diserang Geng Ustaz Ini Pendirian Sanusi Terhadap Abdul Hadi

Navigate The World Of Online Business