Saya Salam Suu Kyi Sikit Sikit Saja Kata Dr M



Rakan Myanmar dalam ASEAN yang mempunyai 10 anggota, "membuat kritikan secara tidak langsung" dan “prihatin” terhadap isu Rohingya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini pada Khamis.

Mereka berharap orang Rohingya akan dapat kembali (ke Myanmar) dengan selamat, katanya pada akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini.

Dr Mahathir terus menerus bersikap kritikal terhadap pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi, dengan berkata beliau “cuba mempertahankan apa yang tidak dapat dipertahankan.”


Loading... Ditanya sama ada negara anggota ASEAN lain "kurang memandang atau tidak mempunyai pandangan yang begitu baik” terhadap Suu Kyi, Dr Mahathir berkata : “Saya rasa mereka agak terkawal apabila menyebutnya… Mereka tidak secara terang-terangan mengutuk beliau atau Myanmar, tapi lebih banyak menyebut tentang sesuatu yang patut dilakukan dengan lebih baik.”

Dr Mahathir, 93, yang merupakan ketua kerajaan paling tua pada sidang kemuncak itu, berkata kenyataan paling keras tentang isu Rohingya disuarakan Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence.
Dr Mahathir sekali lagi menegaskan Myanmar sepatutnya mencontohi Malaysia dalam menerima orang berketurunan asing apabila ia mencapai kemerdekaan 61 tahun lepas.

“Secara tidak langsung, kami menyebut tentang bagaimana di Malaysia, kami menerima orang berketurunan asing menjadi warganegara dan kami tidak pernah menyuruh mereka meninggalkan negara kami atau melakukan sesuatu terhadap mereka. Mereka menjadi warganegara dan berada dalam kerajaan. Tetapi, saya menyebut perkara itu dalam konteks lain, saya fikir beliau tahu apa yang saya maksudkan,” kata Dr Mahathir.

Ditanya sama ada beliau berpendapat kerajaan Myanmar bersikap serius untuk menyelesaikan isu itu, Dr Mahathir menjawab :“Kita perlu faham tentang agihan kuasa di Myanmar. Aung San Suu Kyi bukan Ketua Kerajaan. Beliau sebenarnya Kaunselor Negara.”

Apabila ditanya apakah itu bermakna nasib kerajaan tidak terletak di tangannya, Dr Mahathir berkata Suu Kyi akan dapat mempengaruhi kerajaan dengan pendapat yang disuarakan semasa persidangan itu kerana hampir setiap orang membangkitkan perkara tersebut.

Menjawab soalan sama ada beliau, sebagai perdana menteri Malaysia, akan terus mengkritik Myanmar dan Suu Kyi berhubung layanan yang diberi kepada masyarakat Rohingya sekiranya tiada langkah diambil dalam masa beberapa bulan lagi, Dr Mahathir berkata: “Saya rasa beliau benar-benar tahu tentang pandangan saya dan pandangan kerajaan.”

“Ini kerana, apabila perkara ini (isu Rohingya) berlaku, saya mengutus sepucuk surat kepadanya. Beliau tidak mengaku menerima surat itu. Beliau tidak menjawabnya dan saya juga tidak bertanya beliau sama ada beliau menerimanya atau tidak.

“Tapi, beliau tentu tahu benar bahawa ketika beliau hidup dalam tahanan, kami beri sokongan penuh kepadanya. Kami berusaha dengan sedaya upaya; kami berbincang dengan (Jeneral Kanan) Than Shwe agar beliau dibebaskan dan sebagainya. Saya pun pernah sebut bahawa orang yang pernah hidup sebagai tahanan sepatutnya faham tentang penderitaan orang yang dilayan dengan teruk,” katanya.

Ditanya sama ada beliau berjabat tangan dengan Suu Kyi atau sama ada pemimpin Myanmar itu yang menghulurkan tangan terlebih dahulu, Dr Mahathir berkata:“Sikit-sikit saja.”

Beliau berkata, sekiranya Suu Kyi menghulurkan tangan, tentu beliau tidak akan mengabaikannya.

“Saya tidak tahu siapa dulu,” kata Dr Mahathir dan menambah bahawa Suu Kyi berdiri di sebelah beliau semasa sesi pertama dan pemimpin Myanmar itu berpaling untuk bercakap dengannya.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2018/11/saya-salam-suu-kyi-sikit-sikit-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amnesty International Cabut Gelar Kehormatan Aung San Suu Kyi

Amnesty International Cabut Gelar Kehormatan Aung San Suu Kyi

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 217 hits
Amnesti mengkritik Suu Kyi karena dianggap gagal menggenakan peran otoritas politik dan moral dalam melindungi HAM di negaranya Selain itu Suu Kyi juga dilucuti oleh sejumlah perhargaan lainnya karena tuduhan genosida terhadap kaum minorita...
Pence Takes Suu Kyi To Task Over Rohingya Crisis

Pence Takes Suu Kyi To Task Over Rohingya Crisis

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 229 hits
Pence listens to Suu Kyi during a bilateral meeting on the sidelines of the 33rd Asean summit in Singapore AFP photo SINGAPORE The violence which drove 700 000 Rohingya Muslims from Myanmar into Bangladesh was without excuse US vice presid
Simpan Sikit Bodoh Tu Menteri Tak Faham Maksud Kata Ketuanan Melayu Bercanggah Dengan Islam

Simpan Sikit Bodoh Tu Menteri Tak Faham Maksud Kata Ketuanan Melayu Bercanggah Dengan Islam

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 564 hits
Fahami ketepatan maksud ketuanan MelayuKETUANAN Melayu telah dikaitkan sebagai antara faktor penyumbang kekalahan kerusi kerusi Barisan Nasional pada pilihan raya umum Kononnya istilah itu menakutkan masyarakat bukan Melayu sehingga timbul ...
Dianggap Gagal Tangani Krisis Rohignya Aung San Suu Kyi Diasingkan Selama Ktt Asean

Dianggap Gagal Tangani Krisis Rohignya Aung San Suu Kyi Diasingkan Selama Ktt Asean

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 189 hits
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi mendapat hujanan kritik selama menghadiri KTT ASEAN di Singapura kemarin
Bertemu Aung San Suu Kyi Mike Pence Sebut Penyiksaan Warga Rohingya Tak Termaafkan

Bertemu Aung San Suu Kyi Mike Pence Sebut Penyiksaan Warga Rohingya Tak Termaafkan

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 260 hits
Selain itu Pence juga mengatakan bahwa AS ingin Myanmar menjadi negara yang lebih demokratis dan menghargai kebebasan pers
Rendy Faliq Kata Hatiku Ost Lelaki Kiriman Tuhan

Rendy Faliq Kata Hatiku Ost Lelaki Kiriman Tuhan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 771 hits
Lirik Lagu Rendy Faliq Kata Hatiku Lagu Rendy Faliq Kata Hatiku Lirik Terbaru Title Kata Hatiku Artist Singer Rendy Faliq Song Writers Rendy Faliq dan D niel Rayes Album OST Lelaki Kiriman Tuhan Genre Pop Malaysia Soundtrack Label HOTSOUND ...
Mungkin Wujud Musuh Dalam Selimut Dalam Pkr Kata Wan Azizah

Mungkin Wujud Musuh Dalam Selimut Dalam Pkr Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 365 hits
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan wujud musuh dalam selimut dalam PKR yang cuba merosakkan pemilihan parti di bahagian Julau Sarawak semalam Presiden PKR itu berkata Jawatankuasa Pemilihan Parti dipertanggungjawa...
Saya Tiada Hak Campur Tangan Dalam Pemilihan Parti Kata Anwar Ibrahim

Saya Tiada Hak Campur Tangan Dalam Pemilihan Parti Kata Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 305 hits
PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam proses pemilihan parti Ahli Parlimen Port Dickson itu dilaporkan berkata demikian walaupun terdapat banyak permintaan d...
Jadi Ahli Bn Jika Umno Terbubar Kata Mohamad Hasan

Jadi Ahli Bn Jika Umno Terbubar Kata Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 291 hits
MELAKA 11 Nov Anggota Umno seluruh negara diminta menjadi anggota terus Barisan Nasional sekiranya Umno terbubar kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan Beliau berkata langkah menjadi anggota terus BN itu hanyalah bersifat sement...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9