Saya Rasa Aneh Kaki Rasuah Gembira Najib Dihukum




‘Saya rasa aneh kaki rasuah gembira Najib dihukum’Posted By: Redzuan RF8 Mediaon: August 27, 2022
SharePemenjaraan bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak bukan sahaja disambut baik oleh rakyat biasa malah oleh para perasuah besar yang masih berkuasa, sehingga menimbulkan rasa aneh mengenai perjalanan pemerintahan di Malaysia.
Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tindakan pendakwaan tidak harus hanya kepada perasuah tertentu sahaja, tetapi juga semua koruptor lain yang telah merugikan rakyat Malaysia sejak sekian lama.
“Kalau kita tengok reaksi hukuman ke atas Najib, saya tengok ada pemimpin perasuah besar pun dia kata bagus tindakan (pemenjaraan), saya pun rasa aneh juga.
“Rasuah ini tidak hanya khusus kepada seorang. Itu soal mahkamah (membicarakan). Yang lain itu patut disiasat. Rahsia umum orang (politik) yang mempunyai kekayaan berpuluh puluh bilion. Saya sebut Global Financial Integrity Report tentang (wang) bilion ringgit dibawa keluar. Kemudian Panama Papers, Pandora Papers, siasatlah.
“Sebab itu saya ingatkan perasuah besar ini. Dia bercakap seolah olah tidak ada apa apa berlaku. Kami bersih. Bersih apa… biar pasukan penyiasat bertindak (siasat dahulu), kalau perlu SPRM kita perkukuhkan,” katanya selepas menyampaikan ucaptama bertajuk “Pathway to a better Future Malaysia” dalam satu majlis di Dorset Hotel, Subang Jaya, pagi tadi.
Dalam ucapan di majlis itu, Presiden KEADILAN itu membentangkan kerangka besar masa hadapan Malaysia yang lebih baik, progresif dan dinamik serta membayangkan keperluan perubahan politik dan pentadbiran selepas Pilihan Raya Umum ke 15 ini.
“Mengapa saya bentangkan kerangka besar tentang masa depan Malaysia, kerana saya tidak mahu politik ini hanya melibatkan percaturan kuasa atau serangan serangan.
“Sebab itu saya tidak sentuh sangat kes terakhir yang melibatkan Datuk Seri Najib tetapi tumpu mengapa kita ingin perubahan dan mengapa sistem negara ini harus bergerak untuk memastikan keselesaan hidup bagi rakyat dengan tatakelola yang baik dan beberapa isu memprihatinkan yang perlu difikirkan.
“Tidak hanya sebagai kenyataan kerajaan tetapi harus difahami rakyat, soal kemiskinan mereka, soal kesenjangan, kemudahan asas, kemudahan pendidikan dan soal alam sekitar,” katanya.
Menjawab pertanyaan mengenai hala tuju Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU 15, Pengerusi PH itu berkata mesyuarat semalam telah menetapkan haluan untuk mengukuhkan organisasi, termasuk menggunakan satu logo untuk semua parti komponen menghadapi PRU
Berkenaan usaha mengembalikan keyakinan rakyat, katanya, PH akan melakukan beberapa perubahan strategi yang sesuai.
“Saya akui orang merasa sinis dan kecewa tentang politik tetapi kita harus meyakinkan mereka, tolak orang yang rasuah, tidak kira siapa, dari parti mana. Selamatkan rakyat.
“Tetapi kita kena fikir juga orang yang rasuah ini kaya. Kalau sebut Anwar saja, geng yang korup itu berkumpul bagaimana untuk menyekat. Cari kes baru ke, cari apa apa kerana mereka tahu kita konsisten (lawan korupsi).
“Tetapi rasuah ini menghimpit hidup rakyat. Tugas kita (pemimpin) membela rakyat yang susah.
“Sebab itu saya bawa skrip ini, supaya meyakinkan mereka bahawa ada dalam nilai kehidupan ini yang lebih besar daripada material sahaja. Iaitu amal makruf, nilai kebaikan,” katanya lagi.
(Visited 25 times, 7 visits today)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/saya-rasa-aneh-kaki-rasuah-gembira.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasuah Projek Solar Adakah Rosmah Akan Menurut Jejak Najib

Rasuah Projek Solar Adakah Rosmah Akan Menurut Jejak Najib

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 225 hits
Selepas hampir empat tahun perbicaraan Datin Seri Rosmah Mansor akan mengetahui esok sama ada beliau akan dibebaskan atau disabitkan atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak Hakim Ma...
Najib Luah Rasa Sedih Rasa Diri Keseorangan

Najib Luah Rasa Sedih Rasa Diri Keseorangan

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 207 hits
Bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Abdul Razak meluahkan rasa sedih yang terpendam di sudut hatinya di mana dirinya kini bagaikan keseorangan
Isu Najib Bakal Memakan Diri Umno Sepatutnya Menentang Rasuah Bukan Membela Pesalah Rasuah

Isu Najib Bakal Memakan Diri Umno Sepatutnya Menentang Rasuah Bukan Membela Pesalah Rasuah

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 232 hits
UMNO kalah pada PRU14 adalah disebabkan isu rasuah melibatkan Najib Razak dalam skandal 1MDB yang terkait secara langsung denganya Ketika itu Najib menggunakan segala kuasa yang ada padanya untuk melindungi dirinya dan menjadikan dirinya ti...
Sentimen Rakyat Tolak Rasuah Penyokong Najib Kena Faham

Sentimen Rakyat Tolak Rasuah Penyokong Najib Kena Faham

papar berkaitan - pada 27/8/2022 - jumlah : 303 hits
Sentimen rakyat tolak rasuah penyokong Najib kena fahamPosted By on August 27 2022Pemenjaraan bekas Perdana Menteri Najib Razak seharusnya memberi beberapa pengajaran penting kepada rakyat Malaysia Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Lee C...
Dr M Najib Buat Orang Melayu Hilang Rasa Malu Mencuri

Dr M Najib Buat Orang Melayu Hilang Rasa Malu Mencuri

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 213 hits
malaysiakini comDiterbitkan Aug 22 2022 Dr Mahathir Mohamad sekali lagi melemparkan kritikan tajam terhadap seteru politiknya Najib Razak yang disifatkannya sebagai individu yang paling berjaya menterbalikkan orang Melayu Pengerusi Pejuang ...
Saya Sedang Tunggu Dengan Gembira Bakal Jadi Bapa Hyun Bin Luah Rasa Teruja

Saya Sedang Tunggu Dengan Gembira Bakal Jadi Bapa Hyun Bin Luah Rasa Teruja

papar berkaitan - pada 1/9/2022 - jumlah : 204 hits
Umum pasti mengetahui bahawa pasangan Hyun Bin dan Son Ye jin bakal bergelar ibu bapa tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Pada 1 Ogos Hyun Bin telah terlibat dengan satu temu bual di mana dia berkongsi tentang filemnya akan datang Confidential ...
Najib Jadi Pm Pertama Dihukum Penjara Walaupun Umno Kembali Jadi Kerajaan

Najib Jadi Pm Pertama Dihukum Penjara Walaupun Umno Kembali Jadi Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/8/2022 - jumlah : 169 hits
agendaily com24 08 2022Majoriti UMNO negeri mahu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal 2023 Ironinya keputusan mahkamah semalam yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak dihukum penjara berlaku se...
New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Vintage Car Collecting Draws Enthusiasts Across The Globe

Cara Daftar Akaun Dan Langgan Amazon Prime Video Di Aplikasi

Kpm Mohon Maaf Paparan Jalur Gemilang Silap Ambil Tindakan Serta Merta

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Standing Pouch Berkualiti Tinggi Untuk Jenama Anda

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings