Saya Nak Tengok Anak Saya Sudahlah Dibedah Ibu Berstatus Pui Terpaksa Dipisahkan Dengan Anak Doktor Kongsikan Cerita


Sudahlah dibedah ketika melahirkan anak, kini ibu yang berstatus PUI ini terpaksa di bawa ke bilik isolasi seorang diri dan berpantang sendirian tanpa suami. Situasi yang tidak mampu dibayangkan oleh kita sebagai wanita yang pernah melahirkan anak. Terasa sukar tanpa bantuan suami di sini.
Lebih sayu lagi bila mana bayi yang baru dilahirkan terpaksa dipisahkan pula daripada ibunya demi mengelakkan sebarang risiko jangkitan Covid 19. Melalui perkongsian Dr Redza Zainol di facebooknya mengenai perjalanan pembedahan tersebut benar-benar meruntun jiwa.
Sedih dan sayu mendengar rayuan si ibu yang mahu melihat anaknya sebelum di bawa pergi. Sebuah kekuatan yang amat diperlukan ketika berdepan dengan situasi sebegini. Malah semua warganet mendoakan agar ibu dan bayi diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan semua urusan mereka.

 
“Anak saya macam mana doktor?”
”Saya nak tengok anak saya,” rayu ibu tu.
Kami tunjukkan bayi tu sekejap sebelum terus dimasukkan dalam inkubator dan ditolak pantas keluar dari bilik pembedahan.
20 orang staf terajui pembedahan
Petang tu saya dihubungi oleh doktor pakar saya.
“Redza, kita ada seorang ibu 29 tahun mengandung bayi 40 minggu.
Pasukan O&G nak caesar petang ni juga sebab ibu ni ialah PUI (Person Under Investigation) untuk Covid-19. Kes ni kes besar. Saya nak you standby dalam bilik pembedahan.”
Ibu muda ni dah 5 hari demam dan batuk. Jiran sebelah rumah dia pula positif Covid-19. Jujurnya, saya tak rasa risau. Doktor pakar saya hari tu pun tenang saja.

Pusat saringan Covid-19 dan tempat pembedahan untuk ibu bersalin sengaja diletak jauh dari blok utama hospital. Biar jauh dari orang ramai dan staf kesihatan yang tak berkaitan.
Sambil saya berjalan kaki ke sana, saya ingat semula setiap langkah yang perlu dibuat. Dah berhari-hari kami berlatih untuk terima kes yang serius begini. Dan sebenarnya, ini kali pertama pasukan doktor O&G akan buat pembedahan pada ibu yang berstatus PUI. Saya sebagai doktor kanak-kanak pula bersedia untuk sebarang kemungkinan bila bayi tu keluar nanti. Dah rezeki saya.
Di bilik pembedahan, pasukan pakar bedah O&G, pasukan pakar bius dan pasukan pakar kanak-kanak sampai serentak. Sampaikan ketua jabatan pun sama turun padang. Saya saksikan sendiri hampir 20 orang staf masuk ke ruang pembedahan. Betapa teraturnya keadaan tu.
Masing-masing sibuk memakai pakaian penuh PPE. Staf semua saling membantu supaya proses berjalan pantas. Bilik bedah tu sebenarnya bilik bedah untuk kes-kes kecil tapi dinaiktaraf supaya pembedahan untuk ibu PUI atau positif Covid-19 boleh dibuat.
Bila ibu tu sampai, sayu hati saya. Sudahlah tengah sakit, kena pakai mask N95 pula. Dalam diam saya doakan moga ibu ni terus kuat.
Syukur Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar dan bayi yang keluar tu terus menangis elok.

Dua ambulance sudah sedia menanti
“Puan, kami bawa anak ke wad bayi dulu.”
2 ambulans di luar dah bersedia. Satu untuk bayi. Satu lagi untuk ibu. Transmisi jangkitan Covid-19 dari ibu yang mengandung pada bayi sangat rendah, tapi kami tak nak ambil risiko tu. Berat juga hati nak pisahkan ibu dan anak tapi itulah yang terbaik buat masa tu.
Biarlah kami yang jaga bayi tu sementara ibunya dihantar semula ke bilik isolasi.
Deritanya menjadi ibu berstatus PUI ni, hanya Allah yang tahu. Sudah lah dibedah, kemudian masuk pula ke bilik isolasi seorang diri.
Tak ada tangan suami yang mengenggam tangan isteri. Yang ada hanyalah sebuah kesunyian.
Saya dan staf kesihatan lain hanya buat apa yang kami mampu. Yang lain, saya serahkan pada Allah. Moga kalian sama-sama doakan kesihatan ibu dan anak ni.
Kredit: Redza Zainol
The post ”Saya Nak Tengok Anak Saya,” Sudahlah Dibedah, Ibu Berstatus PUI Terpaksa Dipisahkan Dengan Anak, Doktor Kongsikan Cerita! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/saya-nak-tengok-anak-saya-sudahlah-dibedah-ibu-berstatus-pui-terpaksa-dipisahkan-dengan-anak-doktor-kongsikan-cerita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menangis Tak Nak Makan Ibu Cerita Anak Anak Mogok Kalau Bibik Tak Ada

Menangis Tak Nak Makan Ibu Cerita Anak Anak Mogok Kalau Bibik Tak Ada

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 303 hits
Anak anak memerlukan kehadiran ibu ayah di sisi mereka Kadang kadang kehidupan mewah pun tiada guna untuk mereka Mereka hanya mahukan perhatian sebab itulah kadang kadang mereka akan buat perangai Kita pula menganggap anak nakal dan memarah...
Anak Nak Makan Kek Tapi Tak Ada Oven Mixer Penyukat Pun Tak Ada Cara Ibu Ni Memang Superb

Anak Nak Makan Kek Tapi Tak Ada Oven Mixer Penyukat Pun Tak Ada Cara Ibu Ni Memang Superb

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 417 hits
Tak ada oven mixer atau penyukat bukan alasan untuk elak buatkan kek buat anak anak kita Tanpa kesemua peralatan ini pun tetap terhasil cantik dan gebu malah sedap sama seperti kek kek lain Resipi dan cara yang dikongsikan oleh ibu ini Puan...
Nak Jadi Ibu Yang Baik Tak Perlu Pun Berhenti Kerja Ibu Yang Baik Ibu Yang Beri Perhatian Pada Anak

Nak Jadi Ibu Yang Baik Tak Perlu Pun Berhenti Kerja Ibu Yang Baik Ibu Yang Beri Perhatian Pada Anak

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 329 hits
Ramai yang beranggapan bahawa dengan berhenti kerja seseorang itu menjadi ibu yang lebih baik Saya sanggup berhenti kerja asalkan anak saya depan mata saya itulah antara ayat ayat yang kita sentiasa baca ataupun dengar disaat sesuatu isu be...
Anak Nak Makan Roti Buat Roti Ikut Langkah Paling Mudah Resipi Ibu Ni Confirm Jadi

Anak Nak Makan Roti Buat Roti Ikut Langkah Paling Mudah Resipi Ibu Ni Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 580 hits
Disaat semua orang berebut rebut mendapatkan stok bekalan roti ada baiknya masa terluang ini kita cuba hasilkan roti sendiri di rumah Lagi berbaloi hasilnya bila melihat air tangan sendiri Anak anak pastinya lebih teruja Resipi roti mudah y...
Bila Tanya Diam Tak Tahu Nak Selesai Macam Mana Ibu Buntu Anak Ketinggalan Pelajaran

Bila Tanya Diam Tak Tahu Nak Selesai Macam Mana Ibu Buntu Anak Ketinggalan Pelajaran

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 314 hits
Sebagai seorang ibu sudah pasti kita menginginkan yang terbaik untuk anak Salah satunya adalah dari segi pembelajaran Hati ibu manalah yang tidak risau jika anaknya mungkin tertinggal dalam pelajaran sedangkan ketika di rumah semuanya nampa...
Seri Ibu Mengandung Izara Aishah Papar Gambar Terkini Kehamilan Bakal Lahirkan Anak Perempuan

Seri Ibu Mengandung Izara Aishah Papar Gambar Terkini Kehamilan Bakal Lahirkan Anak Perempuan

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 533 hits
Umum mengetahui bahawa Izara Aishah pelakon berbakat besar bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi Baru baru ini Izara ada memuat naik beberapa keping foto terkini di akaun Instagram miliknya Usia kandungannya kini sudah mencecah us...
Anak Tak Sihat Terus Suap Antibiotik Jangan Main Bagi Ikut Saranan Doktor

Anak Tak Sihat Terus Suap Antibiotik Jangan Main Bagi Ikut Saranan Doktor

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 448 hits
Ketika anak tidak sihat kita akan membawa mereka untuk mendapatkan rawatan di klinik Biasanya jika tiada sebarang jangkitan yang serius doktor tidak akan membekalkan antibiotik untuk si anak Antibiotik hanya dimulakan jika terdapat indikasi...
Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 687 hits
Semalam dua penyanyi yang juga merupakan adik beradik Aiman Tino dan Fara Hazel telah mendapat adik baru yang merupakan anak kesebelas dilahirkan ibu mereka Hazelina Mat Jalil Mereka mendapat adik perempuan yang dilahirkan di Hospital Selay...
Tak Takut Corona Ibu Penjual Rujak Saya Lebih Takut Anak Kelaparan

Tak Takut Corona Ibu Penjual Rujak Saya Lebih Takut Anak Kelaparan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 282 hits
Ibu penjual rujak ini mengaku lebih takut anaknya kelaparan daripada takut corona Sejumlah warga Dusun Baban Tengah Desa Mulyorejo Kecamatan Silo Kabupaten Jember Jawa Timur mengaku tidak takut pada virus Corona tetapi lebih takut anak mera...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025

Showcase Macam Konsert Misha Omar Back To Basic Ubati Kerinduan Peminat

Qualcomm Menang Pertikaian Undang Undang Pelesenan Cip Arm

Zahid S Loyalty Pledge Strengthening Anwar S Unity Or Weighing It Down For Ge16

Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico