Saya Masih Ingat Janji Mereka Yang Diberikan 2 Tahun Lalu Mangsa Simbahan Asid Kesal Usahawan Kosmetik Mungkir Janji


'Saya masih ingat janji mereka yang diberikan 2 tahun lalu' - Mangsa simbahan asid kesal usahawan kosmetik mungkir janji


"Jika tidak boleh tolong, jangan bagi harapan palsu, sekali gus mempermainkan perasaan saya," demikian luah Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 16, yang menjadi mangsa simbah asid oleh bapa kandungnya sendiri. 
Dalam kejadian jam 1.45 pagi, 14 Ogos 2010, mangsa bersama ibu dan adik lelakinya melecur akibat disimbah asid dipercayai cuka getah di rumah mereka menyebabkan mangsa mengalami kecacatan di muka dan badan termasuk kedua-dua lubang hidungnya mengecut sehingga mengganggu pernafasannya. 
Difahamkan, ada dua pihak tampil menyuarakan mahu membantu Nurul untuk membiayai kos pembedahan plastik yang bernilai RM100,000 pada 2016 iaitu pihak kerajaan negeri dan seorang ahli perniagaan kosmetik yang terkenal. (Rujuk laporan Harian Metro 2 Julai 2016 dan 11 Mac 2016)
Malangnya, sehingga kini kedua-dua pihak itu dikatakan membisu tanpa sebarang tindakan, seolah-olah melupakan janji yang telah diucapkan sebelum ini. 
"Selama dua tahun saya menunggu, tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan daripada ahli perniagaan itu. Begitu juga dengan kerajaan negeri yang pernah berjanji untuk membantu. 
"Jangan berjanji jika tidak mampu tepati. Walaupun sudah dua tahun berlalu, saya masih ingat dengan janji diberikan mereka. Kata-kata harapan yang diberi mereka masih segar di ingatan sehingga kini. 
"Saya sudah menjalani semua proses yang diminta termasuk pemeriksaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) tetapi hingga sekarang pihak berkenaan tidak membuat tindakan susulan, sekali gus menyebabkan saya tertanya-tanya status rawatan seterusnya. 
"Selama lapan tahun saya menjalani kehidupan dengan wajah seperti ini dan ia sudah sebati dengan diri. Tetapi jauh di sudut hati, saya tetap ingin merawatnya supaya ia kembali normal sekurang-kurangnya tidak mengalami masalah kulit gatal. 
"Saya kekok dan malu berhadapan dengan orang baru dikenali, malah tidak mempunyai keyakinan diri untuk berada di tempat awam kerana sering diperhatikan orang sekeliling. 
"Maklumlah wajah saya tidak sama seperti orang lain dan tentunya akan menjadi perhatian dan tidak semua orang yang mengetahui tragedi di sebalik wajah ini dan memahami perasaan saya," katanya. 
Sementara itu, ibunya, Che Ku Zaimah Che Awang, 36, juga kecewa denga pihak berkenaan yang tidak menunaikan janji. 
"Saya masih ingat, kami sekeluarga berjumpa dengan ahli perniagaan terkenal itu di sebuah hotel di Kelantan dan usahawan itu menyatakan kesediaan membantu membiayai perbelanjaan pembedahan anak. 
"Malangnya, tiada susulan yang dibuat sehingga kini. Kerajaan negeri melalui bekas Menteri Besar Terenggan, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman ketika itu juga pernah melawat kami sekeluarga pada 2016 dan turut menyuarakan hasrat yang sama tetapi turut membisu selepas itu," katanya. 
Berdasarkan semakan di laman berita Harian Metro, Mac 2016, Nurul pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia gembira dapat bertemu dengan idolanya yang merupakan usahawan kosmetik dan menganggap pertemuan itu akan menjadi kenangan paling indah dalam hidupnya selain harapannya untuk memulihkan parut di muka dengan bantuan dari idolanya itu. 
Sumber: Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/11/saya-masih-ingat-janji-mereka-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Minta Penjawat Awam Bersabar Dengan Menteri Mereka Masih Baru Tiada Pengalaman

Tun M Minta Penjawat Awam Bersabar Dengan Menteri Mereka Masih Baru Tiada Pengalaman

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 327 hits
LANGKAWI Pegawai kanan kerajaan diminta bersabar dengan sikap menteri timbalan menteri dan pegawai lantikan politik yang mungkin tidak sependapat dalam cara kerajaan baharu ditadbir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad berkata kebanyaka...
Penyebab Bocah 13 Tahun Tabrak Pemotor Masih Belum Lancar Mengemudi

Penyebab Bocah 13 Tahun Tabrak Pemotor Masih Belum Lancar Mengemudi

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 218 hits
Kejadiannya Minggu tanggal 18 November 2018 sekira pukul 20 00 WIB di Kota Bambu Selatan dekat Alfamart Palmerah Jakarta Barat
Masih Ingat Lagi Wann Penyanyi Era 90an Suara Garau Lihat Wajah Terkini Beliau

Masih Ingat Lagi Wann Penyanyi Era 90an Suara Garau Lihat Wajah Terkini Beliau

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 1832 hits
Biodata WANN Nama Sebenar Wann Rashidah Binti Meor Rashid Nama Artis Wann Tarikh Lahir 17 April 1970 Tempat Lahir Teluk Intan Perak Bintang Zodiak Aries Pendidikan Sekolah Menengah Seri Perak Hobi Menyanyi Menari Melancong Pendorong Kegiata...
Senarai Akaun Instagram Anak Anak Sultan Yang Aktif Dan Masih Bujang Jom Follow Mereka

Senarai Akaun Instagram Anak Anak Sultan Yang Aktif Dan Masih Bujang Jom Follow Mereka

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 642 hits
Ramai diantara kita masih belum move on dengan gerak geri Putera Abdul Mateen iaitu anak Sultan Brunei yang aktif di Instagram Apa sahaja yang dimuatnaik oleh beliau pasti mendapat ratusan ribu likes
Ibu Bapa Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum Cecah 17 Tahun Kalau Tak Hancur Masa Depan Mereka

Ibu Bapa Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum Cecah 17 Tahun Kalau Tak Hancur Masa Depan Mereka

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 466 hits
Ibu Bapa Jangan Beri 2 Benda Ini Selagi Belum Cecah 17 Tahun Kalau Tak Hancur Masa Depan Mereka Anak lelaki itu tunjang keluarga Andai betul cara didikannya mereka akan membesar menjadi pemimpin yang hebat Jadi mak ayah perlu tahu bagaimana...
3 Tahun Kebersamaan Berbagai Sukses Lewat Komunitas Bukalapak

3 Tahun Kebersamaan Berbagai Sukses Lewat Komunitas Bukalapak

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 195 hits
3 Tahun Kebersamaan Berbagai Sukses Lewat Komunitas Bukalapak Dalam menggencarkan usaha bisnisnya para akun pelapak di e commerce Bukalapak coba membentuk sebuah grup yang bernama Komunitas Bukalapak Lewat komunitas ini para penjual dapat s...
Kasut Sekolah Pallas Untuk Irfan Tahun Depan

Kasut Sekolah Pallas Untuk Irfan Tahun Depan

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1482 hits
Walaupun ramai yang excited dengan penggunaan kasut sekolah hitam untuk anak anak CN tetap memilih kasut sekolah putih untuk Irfan darjah satu tahun depan Kasut sekolah putih ini sebenarnya sangat selesa untuk anak anak yang aktif Ia tidak ...
Kehadiran Lelaki Misteri Zaman Jutaan Tahun Berzikir Depan Kaabah Buat Ramai Teruja

Kehadiran Lelaki Misteri Zaman Jutaan Tahun Berzikir Depan Kaabah Buat Ramai Teruja

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1530 hits
Tanah suci Mekah merupakan tempat yang paling ingin dijejaki oleh umat Islam Tersebar di laman sosial pengalaman yang sukar dilupakan dia telah merakam gambar yang dia berjumpa seorang lelaki berjubah hijau yang sedang khusyuk berzikir di h...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Akmal Must Reflect On Why Non Malays Dislike Him Says Mca Veep

Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Day Trip Ke Pantai Teluk Cempedak Dan Menara 118 Kuantan Pahang

Perry Feat Zee Avi Romantisa Chord

Melihat Gunung Kinabalu Dari Daradaat View

Kejadian Ikut Hukum Alam

Pengambilan Jawatan Ppj Februari 2025

Waktu Solat Bandar Baharu Kulim Kedah 03 02 2025