Masih Ingat Lagi Wann Penyanyi Era 90an Suara Garau Lihat Wajah Terkini Beliau


Biodata WANN

Nama Sebenar : Wann Rashidah Binti Meor Rashid.
Nama Artis : Wann.
Tarikh Lahir : 17 April 1970.
Tempat Lahir : Teluk Intan, Perak.
Bintang Zodiak : Aries.
Pendidikan : Sekolah Menengah Seri Perak.
Hobi : Menyanyi, Menari & Melancong.
Pendorong Kegiatan Seni : Keluarga & Suami.
Tokoh Negara Yang Dihormati : Semua.
Fesyen Yang Digemari : Simple.
Warna Kegemaran : Semua Yang Sesuai.
Makanan Yang Digemari : Ayam Goreng.
Minuman Yang Digemari : Air Suam & Tidak Bergas.
Pelakon Pujaan : Semua.
Penyanyi Pujaan : Sharifah Aini, Jamal Abdillah, P.Ramlee & Saloma.

DI awal kemunculannya dalam bidang seni suara pada pertengahan 1989, ternyata dia mempunyai imej dan gaya yang tersendiri. Jika penyanyi lain muncul dengan suara lunak merdunya, tetapi kehadiran Wann dengan gaya seksinya dan suara ‘meneran’ mencetuskan kelainan dalam bidang seni suara era itu.
Masakan tidak, kerana suara ‘keramatnya’ itu, bukan sahaja album pertamanya Lamunan Terhenti mendapat sambutan hangat, sebaliknya, ke mana sahaja dia pergi, ada suara-suara nakal mengusiknya dengan panggilan ‘Wan Teran’.

Bagi Wann, apa saja teguran atau label yangdiberikan padanya tidak langsung mengguris perasaan penyanyi yang memiliki nama sebenar Wan Rashidah Meor Abdul Rashid, 39.
Ini kerana keunikan suara itulah yang menjadikan Wan lain daripada penyanyi lain di Malaysia.

Ironinya, suara meneran Wann bukan sebarangan! Suara menerannya itulah yang dianggap para peminatnya amat seksi dan sedap didengar.
Dengan bakat yang dikurniakan oleh Ilahi itu juga, Wann sudah merakamkan lebih 10 buah album solo bersama syarikat rakaman Suara Cipta Sempurna (SCS). Bahkan, di zaman kegemilangannya, Wan Wann disenaraikan sebagai artis yang paling banyak mengadakan persembahan pentas.
Rezeki murah yang diperoleh Wann ketika itu juga sekali gus menjadikan dia mampu memandu kereta Mazda Eunos berharga lebih RM100,000 pada awal 1990-an.
Di sebalik imej seksinya juga, Wann sebetulnya boleh disifatkan sebagai satu-satunya artis wanita yang tidak pernah menjadi mangsa gosip liar khususnya berhubung atau skandal dengan VIP atau rakan artis!

Bagi Wan, kehadirannya dalam bidang seni suara bukan untuk mencari suami atau berskandal sana sini. Namun, yang penting dia mahu menyara keluarganya.
“Bukan saja Miss June (panggilan untuk ibunya, Junaidah Shaari) mengawal pergerakan Wann dengan ketat, Wann juga secara peribadi tidak gemar dengan cerita-cerita remeh-temeh itu.

“Wann menjadi penyanyi untuk menyara keluarga dan Alhamdulillah, hasrat Wann diberkati dan Wann bangga dapat menyara keluarga dan adik-adik,” cerita anak sulung daripada tujuh beradik yang kini mnetap di Singapura di negara kelahiran suaminya.
Menyusuri kejayaan Wann dalam bidang seni, tidak boleh tidak nama ibunya, Miss June dipinggirkan.
Hubungan Wann dan Miss June bukan saja terikat dengan darah daging, sebaliknya, mereka berdua sudah seperti irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan.
Miss June bertanggungjawab terhadap jadual persembahan pentas dan yang tak pasti setiap undangan yang diterima tidak pernah dihampakan mereka.
Sementara itu, Miss June, 56, ketika ditemui tidak menafikan anaknya itu memang ‘laris’ ketika zaman kegemilangan dengan mendapat banyak undangan menyanyi.
“Dalam sebulan, Wann mendapat undangan menyanyi antara 20 hingga 25 show dengan kadar bayaran antara RM2,000 dan RM3,000 setiap satu show.

“Masa itu teman (panggilan ganti diri Miss June) tidak kisah. Bagi teman semua itu rezeki dan Wann juga tidak pernah mempersoalkannya kerana semua jadualnya dalam tangan teman.
“Ke mana sahaja show, teman terima dan yang penting teman sentiasa menemani Wan demi keselamatannya.
“Wann tak kisah masa itu kalau ada cakap-cakap belakang, teman kuat mengekor ke apa ke, yang penting Wann mahu keselamatannya terjamin dan tidak ada gosip tentangnya.
“Sebagai emak, teman bangga punya anak seperti Wann dan teman memang mahu pastikan anak teman selamat. Apa yang pasti setiap kali dinner show atau show yang eksklusif, Wann tidak pernah join makan dengan VIP setelah selesai buat show,” kata Miss June pula yang ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Disebabkan terlalu banyak mengadakan persembahan pentas, pernah satu ketika Wann kehilangan ketika mahu menjayakan persembahan di Sarawak pada tahun 1990-an.
“Bayangkan dari satu show ke satu show, Wann tak cukup rehat. Semua show Miss June terima. Walaupun kadang-kadang Wan penat tap Wann mesti jaga nama baik Wann dan Miss June.
“Nak dijadikan cerita pada awal 1990-an, Wann diundang menyanyi di Sarawak dan sehari sebelum itu Wann ada show lain. Penatnya waktu itu, Tuhan saja yang tahu.
“Selepas naik kapal terbang, kami naik bot, kemudian naik sampan untuk ke tempat show. Akibatnya pada malam persembahan, Wann tak boleh menyanyi, suara hilang…mungkin terlalu letih,” cerita Wann sambil ketawa apabila mengingatkan kisah yang perit dan melucukan itu.
Bagi Wann, walaupun peristiwa itu meninggalkan suatu kenangan pahit buatnya, tetapi kadangkala apabila dia duduk sendirian ia menimbulkan kelucuan di hatinya.
“Apabila ingat-ingatkan zaman dulu, Wann rasa rindu sangat nak menyanyi. Malah sampai saat ini sebenarnya Wann masih diundang menyanyi untuk dinner show (makan malam).
“Tetapi semua itu akan dipenuhi jika tidak mengganggu masa Wan dan anak-anak. Bagi Wann, dalam apa juga keadaan, suami dan anak-anak adalah keutamaan,” cerita Wann.
Wann berkahwin dengan seorang kakitangan di bahagian satelit MediaCorp di Singapura, Thazah Hamzah, 46, pada tahun 1993.
Ketika menamatkan zaman bujangnya, nama Wann berada di puncak kegemilangan, namun Wan tidak pernah memikirkan itu semua.
Bagi Wann, dia sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan hidup berumah tangga yang telah dibinanya itu.
Kini setelah 16 tahun melayari hidup berumah tangga, pasangan bahagia ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohd. Israfael, 14, dan Natasha, 12.
Menurut Wann, selepas berkahwin dia masih memenuhi undangan menyanyi di Malaysia tetapi setelah melahirkan anak pertama penyanyi popular itu terus berhenti menyanyi.
“Wann tak mahu anak Wann dibesarkan oleh orang lain. Sebab itu, Wann sanggup berhenti menyanyi, apatah lagi apabila dapat anak kedua, semua undangan Wann tolak.
“Cuma selepas mereka besar, barulah Wann memenuhi undangan yang kebanyakannya di Johor Baharu dan Singapura,” cerita Wann yang kini memegang sijil pemastautin tetap di negara jiran itu selepas melahirkan anak sulung.

Wann, yang pernah berlakon dalam filem Jaket Biru dan sebagai penyanyi dalam Pelumba Malam, selepas berkahwin pernah muncul dengan album Aku Dalam Teka-Teki. Album tersebut diedarkan oleh Rock Record.
“Itulah album terakhir Wann, selepas itu Wann tiada lagi sebab susah nak ikut promosi. Bagi Wann, sebagai artis kita harus memberi komitmen dengan jadual promosi yang ditetapkan kerana Wann tidak mahu mengecewakan mereka. Selepas itu, Wann terus lupakan bidang rakaman,” kata Wann.
Biarpun kini hidup Wann jauh dari dunia glamor dan rakan-rakan artis, tetapi dia cukup bahagia dikeliling suami dan anak-anaknya.
“Bagi seorang wanita, kebahagiaan rumah tangga dan kasih sayang suami serta anak-anak adalah kebahagiaan total yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
“Wann tidak kisah tidak popular lagi. Tapi Wann cukup bangga dapat menghantar anak-anak ke sekolah dan melihat sendiri mereka membesar depan mata Wann,” katanya.
Video:

Sumber – duniakecoh!
The post Masih Ingat Lagi – Wann Penyanyi Era 90an ‘Suara Garau’. Lihat Wajah Terkini Beliau appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/20/masih-ingat-lagi-wann-penyanyi-era-90an-suara-garau-lihat-wajah-terkini-beliau/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suara Dah Sedap Tapi Masih Ramai Tak Suka

Suara Dah Sedap Tapi Masih Ramai Tak Suka

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 349 hits
Selepas mencetuskan kontroversi dengan mendakwa tidak mendapat layanan yang baik ketika pentas akhir Gegar Vaganza 5 baru baru ini Aliff Syukri sekali The post appeared first on
Saya Masih Ingat Janji Mereka Yang Diberikan 2 Tahun Lalu Mangsa Simbahan Asid Kesal Usahawan Kosmetik Mungkir Janji

Saya Masih Ingat Janji Mereka Yang Diberikan 2 Tahun Lalu Mangsa Simbahan Asid Kesal Usahawan Kosmetik Mungkir Janji

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 851 hits
Saya masih ingat janji mereka yang diberikan 2 tahun lalu Mangsa simbahan asid kesal usahawan kosmetik mungkir janji Jika tidak boleh tolong jangan bagi harapan palsu sekali gus mempermainkan perasaan saya demikian luah Nurul Dahyatul Fazli...
65 Permainan Jajan Teknologi Dan Animasi Yang Budak 90an Akan Ingat Sampai Bila Bila

65 Permainan Jajan Teknologi Dan Animasi Yang Budak 90an Akan Ingat Sampai Bila Bila

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 616 hits
Baca sini untuk bahagian yang sebelumnya 31 Sugus32 Nyam nyamDalam ada coklat 33 Nini Coklat CelupIni pun sama 34 Super RingHari hari tengok iklan dekat TV Siap hafal lagi 35 ApolloSebelum start cerita Power Rangers mesti keluar iklan dia A...
Keadaan Terkini Daniel Arief Yang Dikisar Mesin Sampah Rakaman Beliau Nampak Beliau Masih Lagi Kuat

Keadaan Terkini Daniel Arief Yang Dikisar Mesin Sampah Rakaman Beliau Nampak Beliau Masih Lagi Kuat

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 883 hits
Keadaan Terkini Daniel Arief Yang Dikisar Mesin Sampah Rakaman Beliau Nampak Beliau Masih Lagi KuatKeadaan Terkini Daniel Arief Yang Dikisar Mesin Sampah Rakaman Beliau Nampak Beliau Masih Lagi Kuat
Patut Lama Tak Nampak Mamat Sepah Ini Sebab Kenapa Dia Hilangkan Diri Dan Ini Wajah Terkini Beliau

Patut Lama Tak Nampak Mamat Sepah Ini Sebab Kenapa Dia Hilangkan Diri Dan Ini Wajah Terkini Beliau

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 921 hits
Patut Lama Tak Nampak Mamat Sepah Ini Sebab Kenapa Dia Hilangkan Diri Dan Ini Wajah Terkini BeliauPatut Lama Tak Nampak Mamat Sepah Ini Sebab Kenapa Dia Hilangkan Diri Dan Ini Wajah Terkini Beliau
Merias Kualitas Suara Pleci

Merias Kualitas Suara Pleci

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 611 hits
Saat Anda membeli seekor Pleci Anda pasti ragu dengan kondisi dan kualitas Pleci yang Anda beli bukan Pasalnya tidak semua Pleci yang dijual itu sehat dan memiliki suara yang baik Maka dari itu untuk menghindari hal tersebut sebaiknya Anda ...
Terbaru Datuk Alif Syukri Hentam Juri Gv5 Dan Pertikai Suara Sumbang Artis Lain Yang Masuk Final

Terbaru Datuk Alif Syukri Hentam Juri Gv5 Dan Pertikai Suara Sumbang Artis Lain Yang Masuk Final

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 366 hits
Terbaru Datuk Alif Syukri Hentam Juri GV5 Dan Pertikai Suara Sumbang Artis Lain Yang Masuk Final Terbaru Datuk Alif Syukri Hentam Juri GV5 Dan Pertikai Suara Sumbang Artis Lain Yang Masuk Final
Ini Strategi Timses Jokowi Rebut Suara Pemilih Prabowo Di Jabar

Ini Strategi Timses Jokowi Rebut Suara Pemilih Prabowo Di Jabar

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 271 hits
Menurutnya selisih perolehan suara sekitar 4 juta suara pemilih Prabowo di Pemilu 2014 silam bisa ditarik untuk mendukung Jokowi
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Percutian Ke Batam Indonesia

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Buaya Tarik Lelaki Berenang Hingga Maut

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Kawan Kata Suara Saya Okay Fattah Amin Kongsi Punca Dia Mula Untuk Menyanyi Dan Buat Lagu

Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions