Kasut Sekolah Pallas Untuk Irfan Tahun Depan
Walaupun ramai yang excited dengan penggunaan kasut sekolah hitam untuk anak-anak, CN tetap memilih kasut sekolah putih untuk Irfan darjah satu tahun depan. Kasut sekolah putih ini sebenarnya sangat selesa untuk anak-anak yang aktif. Ia tidak menyerap haba & mengurangkan risiko gigitan nyamuk berbanding kasut hitam yang menjadi perhatian nyamuk tau. Paling penting, kasut sekolah putih ini mendidik anak-anak supaya lebih berdisiplin untuk memastikan kasut sentiasa putih dan bersih.
Kasut sekolah Pallas untuk Irfan tahun depan
Pilihan Terbaik untuk Irfan
Pallas merupakan antara jenama yang menjadi kegemaran CN semasa sekolah dahulu. Kasutnya memang selesa dan tahan lasak. Sudah tentu CN juga memilih kasut sekolah jenama Pallas untuk Irfan yang bakal menempuh alam sekolah tahun depan.
Irfan selesa dengan kasut sekolah Pallas
Darjah 1 merupakan tahun kritikal untuk anak-anak yang baru menempuh alam persekolahan. Memang berbeza dengan prasekolah, darjah 1 memerlukan anak-anak untuk lebih berdikari & berdisiplin. Jadi kasut sekolah yang selesa amat penting untuk mereka mudah bergerak aktif kemana-mana. Menariknya kasut Pallas ini, ianya extra light tau. Ringan je sesuai untuk anak yang aktif. Paling penting, mudah untuk dipakai & bergaya!
Bergaya tak Irfan dengan kasut sekolah Pallas?
2021 bermula pemakaian kasut sekolah hitam
Masih jauh untuk tahun 2021 dimana penguatkuasaan untuk penggunaan kasut sekolah hitam. Jadi CN & Encik Suami bertekad untuk mengajar Irfan memakai kasut sekolah putih. InsyaAllah, dalam tempoh 2 tahun ini, kami akan mendidik Irfan supaya menjaga kebersihan kasut sekolah putih dari membasuh, kapur kasut serta menjaga supaya tidak kotor. Hal ini dapat mengajar Irfan supaya lebih berdisiplin & berdikari menguruskan sendiri kasut sekolahnya.
Kasut sekolah putih mengajar Irfan untuk lebih berdisiplin
Berbanding kasut hitam, anak-anak mungkin akan malas untuk membasuhnya disebabkan rupa yang masih 'elok'. Ini akan menyebabkan kasut berbau & tidak selesa untuk dipakai. Kasut putih? Setiap minggu kena basuh & sudah tentu tidak berbau. Paling best, kasut sekolah Pallas ini senang dibasuh
Kasut sekolah putih Pallas Jazz yang selesa untuk Irfan
Promosi Kasut Sekolah Pallas Yang CN Search
Lamanweb : https://www.pallas.com.my/Facebook : https://www.facebook.com/PallasMalaysia/Instagram : https://www.instagram.com/pallasmalaysia/Youtube : https://www.youtube.com/user/pallasmalaysia
Pallas, the best choice for your kids
#backtoschool #challengeyourlimits #pallasmalaysia #thebestchoiceforyourkids #loveyourfeet
~ Sharing is caring from Cekgu Norazimah ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cekgunorazimah.com/2018/11/kasut-sekolah-pallas-untuk-irfan-tahun.html