Saya Jadi Pm Bukan Untuk Aniaya Zalimi Sesiapa Kata Anwar


freemalaysiatoday.com
Chia Wan Rou 09 Mar 2023, 11:00pm

Perdana menteri berkata, projek Jana Wibawa tidak akan dibatalkan, sebaliknya akan diteruskan khusus untuk membantu golongan Bumiputera.
Anwar Ibrahim berkata, semua pihak harus menilai pertuduhan dan bukti sama ada terdapat rasuah atau tidak.
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menafikan dakwaan wujudnya pendakwaan terpilih susulan penahanan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

“Saya pegang jawatan ini bukan untuk menganiaya, menekan atau menzalimi sesiapa, saya tahu apa erti pendakwaan terpilih,” katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Anwar berkata, projek Jana Wibawa tidak akan dibatalkan, sebaliknya akan diteruskan khusus untuk membantu golongan Bumiputera.
“Saya runding semula kerana banyak pelanggaran peraturan kewangan, ada syarikat Cina ‘diBumiputerakan’ kerana dia kebetulan kawan baik di Johor. Jadi itu pun nak pertahankan, projek Bumiputera bagi kepada Cina…apa dia, peraturan kewangan apa macam ini.

“Kalau nak bagi projek, saya tidak halang tetapi ini projek khusus Bumiputera, mengelirukan,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Anwar, Jana Wibawa dikatakan mempunyai dua fasa di bawah tata kelola Pagoh dan Bera.

“Jana Wibawa fasa 1.0 itu Pagoh (Muhyiddin), Jana Wibawa 2.0 itu Bera (Ismail Sabri Yaakob)…saya tidak ambil kisah. Terpulang kepada SPRM, nak semak..semaklah. Saya tak kata harus semak Jana Wibawa 1.0, kalau rasa ada bukti 2.0 bawah Bera.. siasat, saya tidak suruh,” katanya.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, fitnah dan kecaman boleh berlaku kepada sesiapa saja.

“Puchong (merujuk Gobind Singh Deo, bekas Ahli Parlimen Puchong) pun ada, dia faham. Tetapi mereka cerca kita, tanya penjelasan SPRM dan peguam negara, sepatutnya dituju ke situ,” katanya.

Menurutnya, semua pihak harus menilai apa pertuduhan dan bukti sama ada terdapat rasuah atau tidak.

“Ini maknanya seolah-olah rasuah ini perlu dipertahankan kerana dia kawan kita, tengok dulu apa pertuduhan dan bukti, betul atau tidak rasuah. Kalau fitnah, tak payah orang PAS, saya sendiri akan bangun menentang fitnah terhadap sesiapa.

“Tetapi kalau benar ada rasuah dan penyalahgunaan kuasa, baca al-Quran, hadis dan kitab kita pertahankan rasuah, di mana pendirian kita,” katanya.

Hari ini, Muhyiddin ditahan dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, esok berhubung projek Jana Wibawa.

Ahli Parlimen Pagoh itu bakal menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/03/saya-jadi-pm-bukan-untuk-aniaya-zalimi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Apa Nak Dibangga 100 Hari Anwar Jadi Pm Kata Mahathir

Tiada Apa Nak Dibangga 100 Hari Anwar Jadi Pm Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 325 hits
freemalaysiatoday com 04 Mar 2023 7 49pmBekas perdana menteri itu berkata Anwar hanya menabur janji sahaja untuk melakukan perubahan tetapi hasilnya belum nampak Dr Mahathir Mohamad berkata beliau memilih untuk menyertai Putra sebagai platf...
Pm Anwar Zalimi Kelantan Aktivis Royalti Syam Ghaz Jawab Beranijawab

Pm Anwar Zalimi Kelantan Aktivis Royalti Syam Ghaz Jawab Beranijawab

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 253 hits
KELANTAN TERENGGANU TIDAK DAPAT ROYALTI KENAPA AGAKNYA SHAM GHAZ ADA JAWAPANNYA
Rm64 Bilion Minimumkan Kos Sara Hidup Kata Anwar

Rm64 Bilion Minimumkan Kos Sara Hidup Kata Anwar

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 226 hits
KERAJAAN pada tahun ini menyediakan dana sehingga RM64 bilion dalam bentuk subsidi bantuan serta insentif sebagai usaha meminimumkan kos sara hidup melalui kawalan harga barang bantuan kewangan dan memberi perkhidmatan kepada rakyat Perdana...
Hunt Down Tax Evaders Even If They Are My Friends Anwar Tells Lhdn

Hunt Down Tax Evaders Even If They Are My Friends Anwar Tells Lhdn

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 397 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim says authorities must go all out to recover lost tax revenue CYBERJAYA Prime Minister Anwar Ibrahim has encouraged the Inland Revenue Board to aggressively find ways to hunt down those who evade paying taxes eve...
Sultan Selangor Puji Pendirian Anwar

Sultan Selangor Puji Pendirian Anwar

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 319 hits
Malaysiakini Sultan puji pendirian Anwar tak iktiraf LGBT negara sekularSultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah memuji pendirian perdana menteri yang tidak mengiktiraf golongan lesbian gay biseksual dan transgender dan konsep negara s...
Is Anwar Ibrahim S Unity Government Really Stable Or Is It Just The Lull Before The Storm

Is Anwar Ibrahim S Unity Government Really Stable Or Is It Just The Lull Before The Storm

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 388 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim has made significant strides in maintaining political stability during his first 100 days in office analysts said Political analyst Associate Professor Dr Awang Azman Awang Pawi of Universiti Malaya commended An...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kabinet Kerajaan Madani

The Running Man 2025 Pertaruhan Nyawa Dalam Dunia Hiburan

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya