Saya Dipersalahkan Dihina Namgoong Min Kongsi Kisah Perit Ketika Mula Berlakon
Setiap orang pastinya mempunyai pasang surut dalam kehidupan mereka kan?
ARTIKEL BERKAITAN
Bernilai RM10 Juta, Namgoong Min Dedah Rumah Mewah Buat Kali Pertama
Terbaru, Namgoong Min telah muncul dalam program “You Quiz on the Block”, di mana dia ada berkongsi tentang kerjaya lakonannya.
Dalam siaran itu, pelakon lelaki tersebut menyatakan tentang minatnya yang besar untuk berlakon semasa di awal kerjayanya,
Saya sangat bersemangat. Walaupun saya menerima layanan yang tidak munasabah di set, ia tidak menyakitkan saya. Sebagai contoh, semasa saya berlakon, ada tiupan angin dan menghempaskan tempat lampu. Ia bukan salah saya tetapi ia adalah tempoh saya rasa terhina. Saya disalahkan jadi saya hanya berdiam diri dan berkata ‘Saya minta maaf, saya buat kesilapan’.
Bukan itu sahaja, pelakon “One Dollar Lawyer” tersebut turut menyebut bahawa dia sering menerima kata-kata makian semasa dia memegang watak kecil dahulu,
Saya bermula sebagai pelakon tambahan. Sebagai seorang rookie yang sepatutnya tersenyum, saya sering dihina seperti ‘Awak adalah sebab ini menurun’. Namun, kerana saya berlatih berlakon dalam perjalanan pulang, saya terasa baik. Saya tak berasa menyesal langsung.
Mendengar luahan lelaki itu, Yoo Jae-suk memuji,
Jika saya, pasti air mata akan keluar serta-merta. Kekuatan mental awak sangat luar biasa.
Segala kerja keras Namgoong Min akhirnya telah membuahkan hasil!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Saya Dipersalahkan & Dihina..” – Namgoong Min Kongsi Kisah Perit Ketika Mula Berlakon first appeared on KimchiDaily.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/saya-dipersalahkan-dihina-namgoong-min-kongsi-kisah-perit-ketika-mula-berlakon/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=saya-dipersalahkan-dihina-namgoong-min-kongsi-