Risau Ada Fibroid Ketika Hamil Kenali Simptom Ini Nampak Biasa Tapi Kena Selalu Check


Kebanyakan wanita sudah biasa mendengar tentang fibroid, namun sebanyak mana kita tahu tentangnya? Untuk pengetahuan, fibroid merupakan tumor bukan kanser yang tumbuh dalam rahim.  Ia banyak berlaku pada wanita dan lebih teruk, mungkin terjadi ketika seseorang itu hamil.
Dalam kebanyakan kes, wanita dengan ketumbuhan fibroid tidak menyedari bahawa mereka memilikinya, mungkin kerana saiznya terlalu kecil sehinggalah ia menyebabkan komplikasi yang ketara.
Sumber foto: www.shutterstock.com Walau bagaimanapun, fibroid yang lebih besar dikhuatiri boleh mempengaruhi kehamilan, perkembangan janin, atau kelahiran. Ketahui tentang fibroid, simptom serta rawatan yang boleh dibuat seperti mana yang dipetik melalui portal Hello Doktor.
Apakah itu fibroid?
Fibroid ialah ketumbuhan abnormal yang terbentuk pada rahim wanita. Fibroid rahim tidak berkaitan dengan peningkatan risiko kanser rahim dan selalunya tidak pernah berkembang menjadi barah.
Kadangkala, tumor ini menjadi agak besar dan menyebabkan kesakitan abdomen yang teruk bersama darah haid yang terlalu banyak.
Dalam kes lain, ia tidak meninggalkan sebarang gejala atau simptom langsung.
Cara pengurusannya adalah dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom fibroid
Simptom fibroid rahim boleh terbentuk perlahan selama beberapa tahun atau secara pantas dalam beberapa bulan.
Simptom paling biasa bagi fibroid rahim termasuklah:
-Pendarahan haid yang terlalu banyak
-Tempoh menstruasi berpanjangan melebihi seminggu
-Tekanan atau kesakitan pada pelvik
-Kencing dengan kerap
-Kesukaran mengosongkan pundi kencing
-Sembelit
-Sakit belakang atau sakit kaki
Ia boleh juga meningkatkan risiko untuk beberapa jenis komplikasi kehamilan seperti uri tercabut, gangguan tumbesaran fetus, dan kelahiran pramatang.
Antara gejala fibroid semasa mengandung termasuk:
-Kekejangan teruk, serupa dengan kekejangan haid
-Kesakitan dan ketegangan di perut
-Masalah pencernaan, seperti sembelit
-Sering terasa ingin membuang air kecil, kerana fibroid memberi tekanan pada pundi kencing
-Bakal ibu juga mungkin mengalami kesukaran membuang air kecil atau sakit belakang, tetapi simptom ini agak jarang berlaku.
Sumber foto: www.shutterstock.com Ini kesan fibroid ketika hamil
Fibroid secara umumnya tidak mempengaruhi kehamilan dengan ketara.
Walau bagaimanapun, kadangkala ia boleh menyebabkan:
-Keguguran
-Kelahiran pramatang
-Pecah membran pramatang janin (PROM)
-Pendarahan tidak lama sebelum bersalin
-Malpresentation, di mana janin tidak berada dalam kedudukan yang betul
–Obstructed labor (bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin)
-Pendarahan selepas bersalin
-Nekrosis, mengganggu bekalan darah atau menyebabkan kematian sel
Fibroid juga kadangkala memberi kesan kepada kesuburan wanita, dengan menyebabkan kemandulan.
Penyelidik masih menyiasat bagaimana ia berlaku, tetapi mereka berpendapat ukuran dan kedudukan fibroid menentukan sejauh mana kesannya pada tubuh.
Selain itu, fibroid boleh mempengaruhi proses persenyawaan dengan menghalang tiub fallopio, saluran yang dilalui telur sebelum disenyawakan oleh sperma.
Oleh itu, telur yang disenyawakan mungkin tidak dapat melekat pada dinding rahim jika fibroid menghalangi.
Bagaimana fibroid dirawat semasa kehamilan?
Di dalam portal Hello Doktor juga ada berkongsi tentang rawatan fibroid ketika hamil. Semasa mengandung, rawatan untuk fibroid rahim adalah terhad kerana dikhuatiri akan merisikokan kesihatan janin.
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, myomectomy dilakukan pada wanita dalam fasa separuh kedua kehamilan mereka.
Prosedur ini dilakukan untuk membuang fibroid dari bahagian luar rahim atau dari dalam dinding rahim tanpa mengganggu uterus.
Tetapi lain pula bagi fibroid yang tumbuh di rongga rahim, kerana biasanya ia dibiarkan kerana kemungkinan risiko terhadap janin.
Merawat fibroid sebelum kehamilan untuk meningkatkan kesuburan
Pil kawalan kelahiran hormon
Membiarkan fibroid rahim sebelum kehamilan boleh merisikokan kesuburan anda. Rawatan-rawatan fibroid yang sering dilakukan bagi mengekalkan kesuburan termasuk:
Myomektomi: Prosedur pembedahan ini digunakan untuk menghilangkan fibroid. Namun, kaedah ini mungkin meningkatkan risiko kelahiran caesar, dan anda perlu menunggu kira-kira 3 bulan selepas prosedur sebelum cuba untuk hamil
Pil kawalan kelahiran hormon: Sepanjang di bawah pengambilan pil ini, anda tidak akan dapat hamil. Tetapi alat kontraseptif ini mampu membantu meringankan gejala, seperti pendarahan berat dan haid yang menyakitkan
Peranti intrauterin (IUD): Seperti pil kawalan kelahiran, IUD juga berfungsi bagi mencegah kehamilan. Walau bagaimanapun, ia dapat membantu menghilangkan beberapa simptom sambil mengekalkan kesuburan
Gonadotropin-releasing hormone (Gn-RH) agonists: Jenis ubat ini akan menyekat pengeluaran hormon yang menyebabkan ovulasi dan haid, jadi anda tidak akan hamil semasa mengambil ubat tersebut. Pun begitu, ia dapat membantu mengecutkan fibroid
Myolisis: Prosedur ini berfungsi dengan menggunakan arus elektrik, laser, atau pancaran tenaga frekuensi radio untuk mengecilkan saluran darah yang memberi fibroid ‘makan’
Para wanita mungkin juga dapat menurunkan risiko terkena fibroid dengan menjaga diet yang sihat dan meminimumkan masa yang mereka habiskan di kawasan yang tercemar.
Produk makanan yang mengandungi pemanis tiruan, diproses, dan diawet turut meningkatkan peluang terbentuknya pertumbuhan fibroid.
Konklusinya…
Fibroid adalah ketumbuhan yang sering terjadi kepada kaum Hawa, malah para pakar menganggarkan ia telah mempengaruhi sebanyak 40% sehingga 80% golongan wanita.
Bagi sebilangan kes, pertumbuhan ini tidak akan memberi kesan dan tidak memerlukan rawatan, tetapi kadangkala ia mampu mempengaruhi kesuburan.
Di samping itu, bagi kes fibroid dalam kalangan wanita hamil boleh jadi sangat berbeza antara individu.
Sekiranya ia menimbulkan risiko kesihatan terhadap kehamilan, bakal ibu itu mungkin memerlukan rawatan pembedahan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan, dapatkan nasihat serta pandangan daripada doktor.
Pejuang Fibroid Berjaya Hamil Selepas 10 Tahun ‘TTC’
Produk Efferty merupakan salah satu jenama yang membantu wanita yang mengalami masalah kesuburan dengan harga mampu milik. Susu Efferty diformulasikan khas oleh Dr. Raihana Ismail dan telah diuji secara klinikal di makmal bertauliah untuk mendapatkan keberkesanan produk tersebut. Susu Efferty terdiri daripada bahan-bahan semula jadi serta multivitamin.
Efferty banyak berkongsi dan memberi kesedaran tentang masalah fibroid. Salah satu testimoni yang telah berjaya hamil selepas berikhtiar dengan Efferty adalah Pn. Nurshahir yang juga merupakan salah seorang pejuang fibroid.
Menurut sesi interviu Dr. Raihana bersama Pn. Nurshahir, wanita ini merupakan pejuang fibroid yang berusaha untuk hamil selama 10 tahun. Sudah mempunyai seorang cahaya mata, namun Pn. Nurshahir dan suaminya, En. Dzulfaizal, mengalami kesukaran untuk menambah cahaya mata disebabkan masalah fibroid.

Menurutnya, dia mengalami masalah haid tidak teratur sejak zaman persekolahan. Pada awalnya selepas kelahiran anak sulung, dia berhasrat untuk hamil semula selepas dua tahun. Pn. Nurshahir dan suami merancang sendiri tetapi masuk tahun ketiga, akhirnya mereka mula berusaha.
@effertyhq♬ 10 minutes BGM for light training such as yoga(845880) – kakumaru Cerita Pn. Nurshahir, dia berurut serta mengamalkan jamu tetapi tidak berkesan. Lebih teruk lagi, haidnya tidak berhenti serta dia terpaksa menukar tuala wanita setiap dua jam sekali. Selain itu, Pn. Nurshahir juga kerap membuang air kecil.

Risau dengan keadaan itu, dia merujuk masalah ini kepada doktor dan semasa ujian imbasan dibuat, mereka mendapati ada fibroid.
“Terus tanya doktor kalau besar saiz fobroid kena buang (rahim) ke doktor? Sebab biasanya kalau dengar kes besar ni kena buang. Doktor kata kita tengok dulu dan makan ubat, tak semestinya kena buang.
Kita check dulu, tengok kecut ke tak. Kalau kecut walaupun sikit kita takkan operate.”
Tambah Pn. Nurshahir, fibroidnya mengecut tetapi kemudian jadi semula cuma tidak seteruk kali pertama. Tempoh haid juga panjang tetapi tidaklah sebanyak seperti yang awal dahulu.
“Dalam 2021 macam tu, saya ada terbaca tentang Efferty cuma tangguhkan nak mencuba. Sampailah ada seorang kawan mak ni, dia memang minum Efferty dan hamil. Jadi, saya pun buat research tengok okay baru beli. Sebab saya memang dah cakap, masuk umur 40 tahun redalah kalau tak ada. Sebab kita pun dah ada anak seorang.
Saya minum selama enam bulan, suami pun sama-sama minum. Cuma sayalah yang minum straight enam bulan tu, suami sekejap je. Period makin okay, jadi 10 hari dari biasanya dua minggu. Kemudian saya pregnant.”
@effertyhq♬ 10 minutes BGM for light training such as yoga(845880) – kakumaru Biarpun ketika hamil Pn. Nurshahir didapati masih mempunyai fibroid dan cyst. Namun, selepas ujian imbasan untuk bulan berikutnya doktor memberitahu bahawa cyst tersebut tidak aktif. Lebih memeranjatkan fibroidnya tidak kelihatan.
Turut berkongsi tentang tip pemakanan, Pn. Nurshahir memberitahu dia tidak mengambil ayam dan makanan proses juga banyak makan buah kiwi.
Di dalam sesi interviu itu juga Dr. Raihana memberitahu tentang kepentingan sokongan suami sepanjang proses untuk hamil. Katanya lagi, tanpa semangat dari suami mungkin isteri juga akan tarik ‘hand brake’ (putus asa).
 
The post Risau Ada Fibroid Ketika Hamil, Kenali Simptom Ini. Nampak Biasa, Tapi Kena Selalu ‘Check’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/risau-ada-fibroid-ketika-hamil-kenali-simptom-ini-nampak-biasa-tapi-kena-selalu-check/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Akan Menang 5 1 Tapi Tak Boleh Tembus Pulau Pinang Mahathir

Pn Akan Menang 5 1 Tapi Tak Boleh Tembus Pulau Pinang Mahathir

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 296 hits
Malaysiakini Dr Mahathir Mohamad yakin Perikatan Nasional mampu menang di lima daripada enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini Bagaimanapun katanya gabungan parti pimpinan Muhyiddin Mohd Yassin itu diramal tid...
Kawasan Melayu Tapi Pn Letak Calon Cina

Kawasan Melayu Tapi Pn Letak Calon Cina

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 217 hits
Hahahaha bodo punya walaun dok kena kencing Pertahankan hak melayu lah last last undi gelakan yang menentang hudud
Janji Orang Politik Boleh Dengar Tapi Jangan Terlalu Percaya

Janji Orang Politik Boleh Dengar Tapi Jangan Terlalu Percaya

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 220 hits
freemalaysiatoday com 30 Jul 2023 9 00amSilaplah jika mudah termakan jaminan dan ikrar kerana ia mungkin tidak bermakna apa apa Kalau dah free tolong call balik Itu satu pesanan WhatsApp yang saya terima ketika sedang bekerja di tempat baru...
Cut Rani Rindu Tapi Malu Chord

Cut Rani Rindu Tapi Malu Chord

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 229 hits
Cm G A D Fm G A D D entah mengapa G D mataku enggan terpejam Fm A dinginnya malam A D A menambah kerinduan D apa kabarmu G D kasih yang jauh di mata Fm A adakah engkau A D merasa rindu yang sama Fm A D Cm pada malam aku bisikkan Fm A D pada...
Ada Walaun Setuju Debat Tapi Kalau Dia Pakar Dalam Ekonomi Takkan Lah Kelantan Negeri Paling Miskin

Ada Walaun Setuju Debat Tapi Kalau Dia Pakar Dalam Ekonomi Takkan Lah Kelantan Negeri Paling Miskin

papar berkaitan - pada 30/7/2023 - jumlah : 219 hits
Syahir tunggu surat Rafizi untuk debatRafizi Ramli melontarkan cabaran terbaharu itu selepas Azmin Ali dan Sanusi Nor menolak untuk berdebat 30 Jul 2023 4 17pmRafizi Ramli mencabar Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman dari PAS untuk berdeba...
Ini Baru Betul Resipi Donut Peach Bukan Buah Tapi Donut Lembut Gebu Siap Ada Inti

Ini Baru Betul Resipi Donut Peach Bukan Buah Tapi Donut Lembut Gebu Siap Ada Inti

papar berkaitan - pada 28/7/2023 - jumlah : 179 hits
Baru Baru ini viral Donut Peach sampai harganya agak kayangan tapi rupanya adalah buah bukan sejenis donut Tapi ini baru la betul2 Peach DonutBerpuluh kali ganda sedappp Lembut gebu siap ada inti Terasa lemak2 masin dan manis2 gula Ni Resep...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean

Tiada Apa Yang Salah Atau Nak Dimalukan Ramlah Ram Tak Kisah Jika Digelar Penyanyi Tiktok