Cara Solat Ketika Mengandung


Assalamualaikum. Hai


Aku banyak kali dah terbaca pertanyaan ramai ibu mengandung dalam satu group ibu hamil kat Facebook, macam mana cara solat bila perut dah besar dan tak larat lagi. Selalunya aku jawab dengan kongsikan pengalaman sendiri. 
Setakat 5 kali dah mengandung, macam-macam keadaan solat dah Allah izinkan aku rasai pengalaman. Jadi, kali ni aku nak nukilkan la dalam blog pula. Mungkin boleh jadi rujukan buat orang lain juga


Kewajipan Solat Ketika Mengandung
Bagi aku, masa mengandung adalah rezeki yang paling best sekali sebab takda cuti solat. Banyak pahala dapat kumpul tau. Sangat rugi andai kata ada yang tinggal solat sewaktu mengandung dengan alasan tak larat nak solat. Allah dah bentangkan lorong untuk dapat pahala yang berlipat kali ganda waktu tu. Subhanallah

Jadi apa pun keadaan kita waktu mengandung tu samada 'mabuk' atau perut dah besar, bukan alasan untuk tidak menunaikan kewajipan solat. 
Selagi belum sampai waktu untuk melahirkan, kita WAJIB solat. Dalam keadaan sedang kontraksi pun, masih tetap kena solat. Sekali pun dah turun darah atau pecah air ketuban, kena solat juga. Takda pengecualian. 
Seandainya ada kesukaran untuk melakukan rukun rukuk dan sujud, ada rukhsah (keringanan) untuk solat dengan cara tertentu. Islam itu sangat memudahkan urusan kita. Tapi jangan ambil mudah sehingga gagal tunaikan kewajipan

Solat lah wahai ibu-ibu. Ada mukjizat yang Allah dah 'simpan' untuk kita dan anak yang bakal lahir




Cara Solat Ketika Mengandung
Jadi dalam artikel ni aku nak kongsikan cara solat ketika mengandung untuk keadaan perut dah besar. Maksudnya masa tu kandungan dah 7 bulan ke atas. Aku tahu ada ramai yang bagi alasan tak boleh nak solat sebab perut dah besar susah nak bangun dan duduk waktu solat. Huhu. Sedih sangat. 😢
Aku  sendiri pernah di situasi rasa sukar nak bangun dan duduk waktu solat. Tapi itu bukan alasan untuk aku sengaja tinggalkan solat. Bukan nak cakap aku ni terpaling jaga solat. Aku ni hambaNya yang lemah dan hina. Masih banyak kekurangan aku. 
Tapi aku masih waras dan sedar yang solat adalah kewajipan aku sebagai hambaNya. Rukun Islam kedua yang wajib kita sebagai umat Islam 'pegang' dengan utuh. Sama-sama kita jaga ya wahai ibu-ibu. 
BACA JUGA : Solat Atas Keretapi 

Ini adalah cara bagaimana nak solat dengan keadaan perut yang dah besar dan sarat. 
Solat Seperti Biasa
Percaya tak, ada ibu-ibu yang dah sarat tapi masih boleh solat seperti biasa? Betul. Memang ada. Allah izinkan. Aku sendiri pernah rasa pengalaman tu. Masa mengandung yang sulung, kedua dan kelima. 
Walaupun perut dah besar sampai kaki sendiri pun tak nampak bila berdiri, aku masih dapat solat seperti biasa. Takda masalah pun untuk bangun dan duduk masa dalam solat. Alhamdulillah. 
Jika kita Allah berikan rezeki ni, bersyukurlah sebanyak mungkin sebab Allah permudahkan urusan kita dalam menunaikan kewajipan. 

Solat Duduk Di Atas Kerusi
Aku juga pernah solat dalam keadaan begini. Ketika mengandungkan yang ke-3. Ada 2 cara untuk solat duduk di atas kerusi. 
Keadaan pertama, untuk yang masih mampu berdiri tapi tak boleh nak turun ke bawah waktu sujud sebab khuatir sukar nak bangun berdiri semula. 
Keadaan kedua, untuk yang dah tak mampu nak berdiri semula disebabkan rasa mengah jika banyak pergerakan dan tak dapat nak turun ke bawah waktu sujud atas sebab-sebab tertentu seperti kaki bengkak

Masih mampu untuk berdiri 1. Berdiri tegak seperti biasa di awal solat2. Rukuk seperti biasa3. DUDUK di atas kerusi ketika sujud4. Bangun berdiri semula masa rakaat seterusnya5. Ulang situasi 2, 3 dan 4 sehingga habis solat
Tak mampu untuk berdiri semula1. Berdiri tegak seperti biasa di awal solat2. Rukuk seperti biasa3. DUDUK di atas kerusi ketika sujud 4. Kekal DUDUK di rakaat seterusnya sehingga habis solat
*NOTA : Tundukkan kepala dan badan ketika rukuk dan sujud sewaktu dalam keadaan duduk mengikut paras yang sewajarnya

Solat Duduk Di Atas Sejadah
Masa aku mengandung kali ke-4, Allah bagi aku peluang untuk rasa pengalaman solat secara duduk di atas sejadah. 
Sebolehnya usahakan untuk solat seperti ini jika betul-betul dah terlalu sarat. Untung sebab dapat rasa nikmat sujud. Lagipun banyak kebaikan yang ibu mengandung dapat masa posisi sujud tu antaranya memudahkan kepala bayi masuk ke laluan. 
Caranya :1. Berdiri tegak seperti biasa di awal solat2. Rukuk seperti biasa3. Sujud seperti biasa4. Bangun DUDUK untuk rakaat seterusnya (duduk seperti duduk di antara dua sujud) sehingga habis solat
*NOTA : Tundukkan kepala dan badan ketika rukuk mengikut paras yang sewajarnya dan sujud seperti biasa di setiap rakaat




Dalil Wajib Solat Dalam Keadaan Sakit Apa Pun
Diriwayatkan dalam satu hadis oleh ‘Imran Bin Husain RA, beliau yang sedang menghidap buasir bertanya kepada Baginda Nabi SAW tentang solatnya. 
Baginda SAW bersabda:
صَلِّ قَائِمًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ
Maksudnya: Solatlah secara berdiri, sekiranya kamu tidak mampu, maka (solat) dalam keadaan duduk, sekiranya kamu tidak mampu, maka (solat) dalam keadaan berbaring

Riwayat al-Bukhari (1117)
Jika masa mengandung kita masih boleh berjalan walaupun perlahan, maksudnya kita masih mampu solat. Kalau tak boleh berjalan dengan kaki terpaksa duduk di atas kerusi roda pun, masih mampu untuk solat juga (duduk). Bahkan jika ketika mengandung kita ada masalah kesihatan yang membuatkan kita terpaksa berbaring contohnya bed rest disebabkan uri rendah atau rahim lemah, tetap kita masih mampu untuk melakukan solat (baring). 
Semua keadaan yang kita hadapi, solat tetap kena tunaikan. Jadi solatlah ikut kemampuan dengan rukhsah yang diberikan. Jangan tinggal solat


Syarat Wajib Untuk Solat Duduk
Kena ingat satu perkara ini jika kita nak solat secara duduk, samada duduk di atas kerusi atau duduk di sejadah. 
Wajib berdiri di awal permulaan solat ketika mengangkat takbiratul ikram. Ini adalah syarat sah solat keseluruhannya

Kemudian, teruskan dengan bacaan doa iftitah dan surah Al-Fatihah. Seterusnya rukuk seperti biasa (bagi yang mampu untuk tunduk rukuk), rukuk sekadar mampu (bagi yang tak boleh tunduk seperti biasa). 
Sebab pada aku, bukan perlu waktu yang lama pun untuk berdiri seketika buat rukun yang seterusnya seperti bacaan iftitah, surah Al-Fatihah dan rukuk selepas angkat takbir tu walaupun dibolehkan untuk terus duduk

Cuba la eh buat semampunya. Sekejap je pun. Usahakan. Kita semua boleh InsyaAllah. Anggap seperti kita sedang bersenam untuk memudahkan proses kelahiran nanti. 

Peranan Suami
Sebagai seorang suami, imam kepada isterinya, wajib juga ambil tahu tentang ni. Suami yang baik akan memastikan keadaan solat isterinya ketika mengandung dengan membantu permudahkan urusan solat isteri. 
Banyak cara yang suami boleh bantu, contohnya :
1. Menyediakan kerusi bagi kemudahan isteri untuk solat duduk sekiranya tidak mampu berdiri. 2. Sediakan air untuk isteri berwudhu di tempat solat tanpa perlu banyak bergerak. 3. Jika isteri tidak tahu tentang cara solat ketika mengandung apabila sudah sarat, boleh ajarkan isteri caranya. 

Penutup9 bulan kita mampu usung satu nyawa. Takkan solat yang tak sampai 5 minit setiap waktu kita tak mampu nak buat. Kita sangat mampu. Yakin tu ya wahai ibu-ibu yang dikasihi. 

Bisik-bisik :: Solat tiang agama. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2023/08/cara-solat-ketika-mengandung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikecam Tawar Servis Kebumi Kucing Cara Islam Bayaran Rm3800 Lengkap Kafan Solat Jenazah Dan Batu Nisan

Dikecam Tawar Servis Kebumi Kucing Cara Islam Bayaran Rm3800 Lengkap Kafan Solat Jenazah Dan Batu Nisan

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 377 hits
Tunggang agama level apa ni Sekarang ni ada satu pendedahan tentang operasi sebuah syarikat yang menawarkan khidmat pengebumian haiwan peliharaan Syarikat ini bagaimanapun telah menerima kecaman ramai kerana dituduh cuba menunggang agama Si...
Panduan Saie Niat Cara Bacaan Doa Ketika Saie

Panduan Saie Niat Cara Bacaan Doa Ketika Saie

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 308 hits
Bagaimanakah niat saie cara dan bacaan doa ketika melakukan saie Ini adalah panduan lengkap mengenai ibadah saie untuk Haji dan Umrah meliputi semua perkara berkaitan saie dari awal sehingga akhir saie termasuk bacaan doa untuk setiap pusin...
Solat Dhuha Dan Fadhilatnya Buat Ramai Insaf

Solat Dhuha Dan Fadhilatnya Buat Ramai Insaf

papar berkaitan - pada 7/8/2023 - jumlah : 164 hits
Solat Dhuha Dan Fadhilatnya Buat Ramai Insaf Ramai yang masih belum jelas akan AKIBATNYA SOLAT DHUHA Bila rajin dan istiqamah melakukan solat dhuha kita pasti terpegun dan insaf akan betapa pemurahNya Allah SWT Solat Dhuha boleh dikerjakan ...
Masyallah Bijaknya Maryam Sebak Tengok Anak Pandai Nak Solat Ramai Puji Didikan Ryzal Ibrahim

Masyallah Bijaknya Maryam Sebak Tengok Anak Pandai Nak Solat Ramai Puji Didikan Ryzal Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 159 hits
Video anak pasangan selebriti media sosial Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae yang sudah pandai menunjukkan minat untuk bersolat menyentuh hati orang ramai Tambah mengharukan bila mana aksi Maryam yang begitu terharu dengan Rina yang pandai...
Ajar Anak Perempuan Taat Lelaki Buat Keputusan Sendiri Cara Faezah Elai Didik Anak

Ajar Anak Perempuan Taat Lelaki Buat Keputusan Sendiri Cara Faezah Elai Didik Anak

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 162 hits
Mendidik anak di zaman serba moden ini sememangnya cukup mencabar Perlukan kesabaran yang tinggi dan penuh ketegasan dalam mendidik Hal ini turut sama dilalui pelakon cantik Faezah Elai Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini yang turut terpi...
Mary S Protocol Cara Dan Aturan Pemakaian Essential Oil

Mary S Protocol Cara Dan Aturan Pemakaian Essential Oil

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 244 hits
Assalamualaikum w b t Protokol Baru dari Young Living Mary Young yang merupakan isteri kepada pengasas essential oil Young Living Gary Young telah kongsikan satu The post appeared first on
Tanda Mak Ayat Solat Di Rumah Anak Lancar Sebut Allahuakbar Ryzal Duriankimchi Amp Isteri Dipuji

Tanda Mak Ayat Solat Di Rumah Anak Lancar Sebut Allahuakbar Ryzal Duriankimchi Amp Isteri Dipuji

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 143 hits
Melalui laman TikTok tular video memaparkan pempengaruh Ryzal DurianKimchi dan isterinya Maryam berasa teruja serta gembira selepas anak mereka Nik You Rina boleh menyebut 8216 Allahuakhbar 8217 Dapat dilihat dalam video itu pasangan terseb...
Pakar Kongsi Cara Elak Anak Jadi Picky Eater Boleh Mulakan Seawal Bayi

Pakar Kongsi Cara Elak Anak Jadi Picky Eater Boleh Mulakan Seawal Bayi

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 279 hits
Masalah anak memilih makanan hampir dilalui oleh semua ibu Ada yang tak mahu makan langsung hanya minum susu sahaja ada juga yang hanya makan benda yang sama sahaja dan ada juga yang kalau nak makan terpaksa berperang ke hulu ke hilir nak s...
Takwim Hijri Waktu Solat Pulau Pinang 2023 1445h

Takwim Hijri Waktu Solat Pulau Pinang 2023 1445h

papar berkaitan - pada 24/7/2023 - jumlah : 384 hits
Lihat dan semak Waktu Solat Pulau Pinang bagi tahu 2023 1445 Hijrah untuk memudahkan perancangan harian kita sepanjang tahun Takwim Hijri Waktu Solat Pulau Pinang ini telah disemak oleh Jawatankuasa Falak Negeri Pulau Pinang Kalendar ini di...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lava168 1

Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas